Tangan kiri Hezry mengengam tangan kananku erat.
"Ready?" Tanyanya sewaktu aku berpaling ke arahnya.
Aku angguk. "As long as abang tolong Mia." Aku senyum dekat Hezry yang kelihatan tak sabar-sabar.
"Tolong apa pula?"
Aku juihkan bibir dekat tangan kami. "Ni laa. At least kalau nak tersembam ke apa sebab kasut ni boleh la abang tolong."
"Nak jatuh and high heels eh? Reminds me of our first meeting. Mia tahu something tak?"
Time ni dia nak cerita pasal ni ke? Sangat tak kena.
"Sambung lepas majlis eh abang. Bukan Mia taknak dengar. Tapi nervous ni. Kita pun dah nak masuk dewan." Aku bagitahu dia.
Hezry ketawa kecil mendengarkan jawapan aku.
Namun tawanya tidak lama kerana ketika ini, seorang staf hotel yang bertugas mengisyaratkan yang kami akan memasuki ke dalam dewan dalam masa seminit lagi.
"Baiklah Puan Mia." Jawab Hezry.
Tiba-tiba rasa diri tua pula lepas sedar yang sekarang ni aku dah bersatatus puan. Haha
Pintu dewan dibuka lalu kami berjalan masuk ke dalam dewan yang sengaja digelapkan di bahagian tetamu dan hanya di laluan kami sahaja yang dibiasi cahaya lampu dan sportlight yang menyuluh ke arah kami diringi dengan bunyi muzik yang dipasang.
Kami berjalan mengikuti enam orang flower girls di hadapan. Mereka merupakan sepupu aku dan Hezry. Mawar merah ditabur oleh kanak-kanak di hadapan ini di atas karpet putih yang sedang kami pijak. Baru aku faham kenapa lalu ni bukan warna merah macam kebiasaannya.
Bau bunga lavender menusuk hidungku.
"Bau bunga ni lagi kuat dari perfume abang." Sempat aku bagitahu Hezry meskipun nak kena jaga tingkah laku sebab kami berdua sekarang ni jadi tumpuan. Video yang dirakam oleh jurukamera turut dipancarkan terus di skrin besar.
"Mia okey tak?" Hezry yang mengetahui aku senang diserang sakit kepala dengan wangian berasakan bungaan segera menanya aku.
"Okey. Kuat tapi tak memeningkan pun. Mia suka bau lavender." Aku segera menjawab soalan Hezry sebelum menyambung memberikan senyuman sepanjang laluan.
Dua minit kemudian barulah kami duduk di atas pelamin. Melissa dan Muiz menjadi pengapit kami malam ini. Seterusnya majlis dimulakan dengan bacaan doa dan selawat yang diketuai oleh seorang Ustaz.
Majlis bersanding dan menepung tawar berjalan dengan lancar. Diikuti pula dengan sesi bergambar bersama ahli keluarga terdekat dan seterusnya rakan-rakan aku dan juga Hezry. Selesai sahaja makan beradab yang dihiasi dengan persembahan oleh busker yang dijemput khas, kami bergegas ke bilik persalinan untuk menukar pakaian kedua.
Berbanding tadi, kami kini masing-masing memakai dress berwarna gold dan tuxedo hitam. Meskipun agak renyah untuk menukar-nukar pakaian, aku tetap berpuas hati kerana dapat menggayakan dress yang mama reka sendiri khas buatku.
Masuk semula di dalam dewan, kami kembali duduk di atas pelamin. Video yang dirakam sewaktu penggambaran pre wedding beberapa minggu lalu ditayangkan. Disusuli dengan video akad yang diambil sewaktu akad nikah minggu lepas.
"Hari tu masa kita shoot video ni abang tak cakap pun nak pasang masa resepsi?" Aku bisik dekat telinga Hezry. Tak sangka betul. Aku ingatkan video tu saja je untuk buat kenangan kami. Kalau setakat gambar tu tak kisah sangat.
"Dah nama pre wedding. Mestilah pasang masa wedding. Takpe abang ada sama masa Syariff edit. Bukan semua pun dia masukkan." Kata-katanya melegakan hati aku.
YOU ARE READING
My White Knight
RomanceMia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya biarlah hatinya sembuh dahulu. Namun hadirnya Hezry sedikit seban...