BAB 12

7.4K 291 7
                                    

Aku menggubah hantaran kahwin Abang Mukhriz di ruang tamu tingkat atas. Baru nak mula je sebenarnya. Tapak dulang hantaran aku hiaskan dengan kain lace putih serta beberapa reben berwarna emas aku tampalkan. Ingin menjadikan hiasan dulang hantaran seminima mungkin. Minima namun elegant. Seperti permintaan Abang Mukhriz.

Abang Mukhriz yang kembali dari mengambil barang-barang hantaran dari dalam biliknya lalu meletakkannya di hadapan aku.

"Mia, how's life? Lama tak borak-borak. Sorry sebab Abang selalu busy balik malam je." Abang Mukhriz memulakan perbualan sebaik sahaja bersila di atas karpet tersebut.

"Macam biasa je. Busy sikit dengan thesis. The rest still sama." Aku menjawab persoalannya.

"Hezry?"

"Kenapa dengan dia?"

"Any progress?"

"Macam biasa je kut. Why?"

"No lah. Abang tengok dia okey je. Mia tak rasa nak bawa relationship korang further ke? Tunang ke kahwin ke?"

"Setakat ni tak rasanya. Still in a phase of knowing each other." Ada ke patut suruh tunang or kahwin. Aku baru kenal dia dua bulan kut.

"One thing for sure. Kita kenal lah orang tu selama mana pun, bercinta bertahun pun belum tentu dah betul-betul kenal. You only reveal your true self once you get married sebab dah tak boleh nak fake-fake dah. Mia kan dah nak habis belajar dah. Just nice la tu lagipun kan Hezry dah kerja. Stabil je financial dia. Nanti tak adalah macam Abang dengan Alia. Tunang sampai nak dekat dua tahun sebab dua-dua busy dengan karier masing-masing." Dia memberikan pendapat.

Aku cuma diam. Berkira-kira dengan pendapat Abang Mukhriz. Tak salah pun kata-kata dia. Cuma.. Tak rushing sangat ke?

"Apa kata kita kahwin sekali?" Cadang Abang mukhriz.

What? Kahwin sekali? Biar betul dia ni. Sebulan je lagi kut. Memang mustahil.

"Not too soon lah Abang." Aku menolak cadangannya. "Nak tanya pendapat boleh?" Teringatkan hari lahir Hezry tiga hari lagi. Boleh la tanya Abang Mukhriz akan apa yang sesuai untuk aku berikan kepadanya.

"Apa dia?" soalnya sambil menjongketkan kening.

"Ahad ni birthday Hezry tapi kan Mia tak tahu nak bagi apa dekat dia. Abang rasa apa eh sesuai." Soalku tanpa berlengah.

"Mia bagi je apa-apa. Asalkan ikhlas sebab Abang rasa dia bukannya kisah itu semua. Just show him your appreciation. Bawa la pergi picnic ke candle light dinner ke. Sometimes, people wants to see your actions. Not just by being showered with money or expensive things. Bukan semua orang mata duitan." Abang Mukriz memberikan cadangan berserta nasihat.

"Bagus juga idea tu but still Mia nak belikan dia something." Tambahku.

"Beli je. Anything will do." Sambung Abang Mukhriz menyokong aku.

"Thanks." Balasku sebelum menyambung menghias hantaran. Abang Mukhriz turut membantu mana yang perlu selain memberikan cadangan akan hiasan barangan di atas dulang tersebut.

Cuma dua dulang yang berjaya aku siapkan kerana kami masing-masing dah mengantuk. Banyak masa lagi. Buat awal tak adalah kelam kabut nanti.

*****

Balik dari kelas tengah hari semalam, aku singgah di One Utama untuk mencari hadiah hari lahir Hezry. Selepas lebih kurang 30 minit mencari idea akan apa yang harus aku berikan kepadanya sambil meronda-ronda di dalam shopping complex tersebut akhirnya aku mengambil keputusan untuk membeli kasut Nike Air Max Essential.

My White KnightWhere stories live. Discover now