BAB 43

4.7K 188 3
                                    

Hampir seminggu di sini, Muiz dan Melissa mengajar aku macam mana nak gunakan public transport kalau aku nak ke mana-mana.

Tidak banyak beza dengan Malaysia yang selalunya menggunakan touch and go manakala di sini pula, kami perlu menggunakan myki card untuk menggunakan pengangkutan awam.

Aku mula bekerja dengan Ryan hari ini. Memandangkan aku sudah biasa dengan cara kerja yang kami jalankan selama ini, maka aku dapat menyesuaikan diri kembali dengan cepat.
Staff-staff department aku juga sedia membantu sekiranya aku memerlukan bantuan.

Namun beberapa hari ini aku masih boleh berehat kerana semua staff sedang menjalani team building sehingga hari ini dan aku dikecualikan. Kerja yang diberikan juga diminta sebaik mereka habis program tersebut.

Sedang aku lekat melihat dokumen yang diforward oleh Ryan di dalam laptop, Muiz mengetuk pintu bilik.

"Kakak buat apa tu?" Soalnya sambil menjengukkan kepala ke dalam bilik.

"Tengah baca report je. Kenapa?"

"Ingat nak ajak kakak keluar. Jalan-jalan dekat taman then we can have dinner together. Lagipun ada orang nak jumpa kakak tau."

Aku garu kepala.

"Siapa?"

"Adalah. Tak surprise la kalau bagitau." Muiz nekad tidak mahu memberitahu.

"Okey lah. Kakak siap-siap dulu. Mel mana?" Aku tanya Muiz kerana langsung tidak terpamdangkan kelibat Melissa bersamanya.

"Mel ada group discussion dekat library lepas kelas tadi. Habis je dia terus join kita nanti." Jelas Muiz.

Dia kemudiannya meninggalkan aku untuk bersiap.

"Jangan orang yang nak jumpa aku tu Hezry sudahlah." Desis hati aku tiba-tiba.

Sampai di Flagstaff Garden yang jaraknya cuma kira-kira 5km dari apartment kami. Aku lihat Melissa dan seorang lelaki sedia menunggu kami di suatu sudut. Bukan main lagi dia ni dah jumpa pakwe dekat sini.

"Mel dah lama sampai?" Aku tanya Melissa sebaik menghampirinya.

"Baru je lagi. Dalam 10 minit." Jawabnya sambil melihat jam di tangan kirinya.

"Taknak kenalkan?" Soalku sambil menjuihkan bibir kepada lelaki yang duduk di sebelahnya.

"Ohh lupa pula. Ni Daniel, classmate kitorang. Dia roomate Ian sebenarnya. Ian yang ajak dia datang tadi." Jelas Melissa.

Aku senyum dekat dia. "Hai Daniel, panggil Kak Mia je. Ausmat juga ke?" Aku tanya dia sekadar berbasa basi.

"Eh taklah. Kenal dekat sini je." Balasya pendek.

"Mel, Ian pergi mana? Tak nampak batang hidung pun?" Soal Muiz.

"Dia pergi ambil pizza. Tadi dia order delivery punya. Kejap lagi datang la tu."

"So yang nak jumpa kakak tu Ian lah kan Muiz?" Tekaku kepadanya.

"Haah. Tapi dia pula yang takde ni." Balas Muiz sambil menjengukkan kepala mencari bayangan Ian.

Tidak lama kemudian Ian datang dengan tiga kotak pizza bersaiz regular dan botol jus oren. Dia berlari-lari anak menghampiri kami.

"Kak Mia. Lamanya tak jumpa. Last jumpa masa kenduri doa selamat hari tu kan?"

Aku ketawa kecil.

"Mana ada lama. Baru sebulan lebih la Ian."

"Eh haah laa. Tapi still rasa macam dah lama." Balasnya tidak mahu mengalah.

My White KnightWhere stories live. Discover now