BAB 33

4.6K 190 1
                                    

Demam Hezry kebah sedikit pagi ni. Risau juga aku semalam sewaktu sebelum tidur aku rasakan badannya semakin panas.

"Mia kalau nak pergi ofis, pakai kereta Abang. Sorry sayang Abang tak larat nak hantarkan." Pesan Hezry selepas aku suapkan dia bubur Salmon.

"It's okay. Mia cuti hari ni. Mana boleh biarkan Abang macam tu je. How are you feeling?" Soalku sambil merasakan suhu di dahinya.

"Better. Mia ada dengan Abang kan. Kalau Mia takde, yang sihat pun boleh jatuh sakit tau." Hezry senyum senget.

Hmm nampak gaya macam dah sihat je ni dah start buat ayat macam tu.

"Takdenyaa. Abang demam bukan sebab Mia pun." Aku buat muka dekat dia.

"Siapa cakap Abang demam bukan sebab Mia?" Dia tanya aku.

"Daddy.."

"Mia mengadu dengan Daddy eh?" Dia tanya sambil tarik hidung aku.

"Mia call nak bagitahu Abang MC sebab demam je." Aku menjelaskan hal sebenar.

"Lepas tu? Dia kata apa?" Soalnya ingin tahu.

"Elehh. Abang mesti dah boleh agak kan? Saja je buat tak dengar selama ni. Dia suruh Mia pesan dekat Abang not to push yourself beyond the limit. Dah tahu badan dah start tak sihat, pergi berjemur tengah panas kenapa?" Aku memulakan sesi bebelan.

"Sayang... Tak kesian dekat Abang ke? Tunggu la nanti sihat baru bebel. Tak best laa." Hezry buat muka. Aduhh dah start dah perangai budak-budak dia.

"Kesian je. Tapi kalau Abang asyik sakit je nanti Mia sedih laa hero Mia pun tak reti jaga diri sendiri. Macam mana nak jaga Mia." Aku turut buat ayat sedih.

Riak Hezry berubah sedikit suram.

"Sorry susahkan Mia. Promise lepas ni Abang tak overworked lagi." Ujarnya sambil mengangkat tangan ibarat sedang mengangkat sumpah.

"Daddy takde cakap pape lagi?" Soal Hezry kelihatan sedikit gusar.

Aku memikirkan soalan Hezry. "Daddy cakap apa lagi eh? Haa ada ada."

"Pasal apa?" Soalnya sedikit gelisah.

Aku kerutkan dahi melihatkan tindak tanduk Hezry.

"Dia cakap nak datang lawat Abang je. Gaya macam kucing hilang anak kenapa?" Pelik betul Hezry ni.

"Takde. Just asking."

"Abang ada sorokkan apa-apa tak dengan Mia? I smell something fishy. Tapi tak tahu apa." Aku cuba nasib untuk mengorek rahsia dari Hezry.

"Ohh ada. Sorry Abang lup nak bagitahu semalam Abang jumpa Irine dekat Coffe House. Tapi Zack dengan Sam ada sama." Hezry menjelaskan.

"As long as bukan berdua je I'm okay. Abang, Mia nak teman Mama kejap lagi boleh?" Aku minta izin Hezry.

"Teman Mama pergi mana?" Dia kerutkan dahi.

"Jumpa caterer untuk doa selamat lusa. Tapi nak singgah butik dulu." Aku bagitahu dia planning aku.

"Pergilah. Tapi jangan lama sangat. Nanti Abang rindu."

"Thanks! Janji tak lama."

Telefon Hezry aku ambil. Sebenarnya tadi dia suruh caj tapi aku lupa. "Abang ada nak pesan apa-apa tak dekat Nayla. Mia boleh tolong informkan."

"Just bagitahu dia Abang tak sihat. Tahulah dia nak buat apa nanti."

==========
Balik dari menemani Mama berjumpa dengan caterer untuk majlis nanti, aku segera menghantarnya ke butik. Aku lihat kereta Daddy dekat halaman rumah. Ingatkan nak datang petang nanti. Ni tak pasal-pasal kata aku teruk main tinggal je anak dia macam tu.

My White KnightWhere stories live. Discover now