"Leganyaaa.." Aku cakap dekat Ryan Masa keluar dari dewan.
"Me too. Being able to join this is a great opportunity but sometimes it can be boring too." Balasnya.
Kami ketawa setelah Ryan mengucapkannya. Dah memang betul pun bosan.
Kami berjalan menghampiri dewan sebelah yang digunakan untuk peserta menjamu selera.
"Can't wait to be home." Ucapku lepas selesai makan hidangan yang disediakan.
"Mia you bawa passport tak?"
"Huh? Passport kenapa?"
"Answer me first." Balas Ryan sambil senyum.
"Hmm. Ada je bawa."
Memang selalu ada dalam handbag pun. Sebab takut ada emergency takde la kalut nanti.
"Okay. Follow me. I want to take you somewhere."
Aduhai ajak pergi mana pula ni? Aku tengok jam. Pukul 11 tengah hari. Ini kalau pergi tempat lain tak sempatlah balik rumah prepare apa-apa nanti Hezry balik. Pagi tadi dia kata flight dia malam ni.
Aku berjalan mengikuti Ryan ke tempat parking.
"You nak ajak I pergi mana ya?"
"Singapore."
Mendengarkan jawapan Ryan aku jadi serba salah. Patutnya tadi masa dia tanya bawa passport ke tak aku dah boleh agak dah.
Aku menjadi serba salah. Ini kalau cakap taknak pergi macam mana ya.
"Lama tak?" Aku tanya dia mahukan kepastian.
"It won't take long."
"My husband is also coming home today. Flight dia malam nanti. So macam tak best la kan dia balik-balik rumah wife takde."
"No worries, I'll make it short."
Nasib baik aku dah kemas luggage tadi jadi takdelah Ryan nak kena tunggu dan boleh balik rumah terus. Dah rindu Hezry sangat ni.
"Boss, kalau saya tanya suami saya dulu boleh?"
"Silakan."
Aku mengambil telefon dari dalam handbag. Nombor Hezry aku tekan namun voicemail yang jawab. Aku mencuba beberapa kali lagi namun tetap sama. Mungkin dia dekat tempat susah dapat coverage agaknya.
Aku kemudiannya memilih untuk menghantar Whatsapp kepadanya. Namun belum sempat aku tekan send telefon aku sudah kehabisan bateri.
Tangan meraba dalam handbag namun aku langsung tidak menjumpai powerbank. Kepala aku ketuk. Macam mana boleh lupa semalam ada caj. Mesti pagi tadi lupa ambil.
"Boss, ada powerbank?" Aku tanya Ryan.
"I tak bawa Mia. Sebab pagi ni kan sekejap je."
Ryan sudah bergerak keluar dari perkarangan hotel.
"Kalau macam tu boleh pinjam phone?" Aku tanya dia beberapa minit kemudian.
"Here." Dia hulurkan kepada aku.
Aku cuba untuk mendial nombor Hezry sekali lagi namun hampa. Keadaan masih lagi sama. Akhirnya aku cuma meninggalkan pesanan mengatakan aku mungkin balik lewat sikit sebab Ryan ajak pergi Singapore.
Ryan menghampiri Takashimaya Shopping Centre. Nak shopping je ke? Macam la dekat KL takde tempat shopping yang best. Even JPO pun ada tak payah datang jauh-jauh macam ni. Aku mula merasa tidak puas hati dengan dia. Kalau tadi dah tolak awal-awal kan best?
YOU ARE READING
My White Knight
Любовные романыMia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya biarlah hatinya sembuh dahulu. Namun hadirnya Hezry sedikit seban...