House warming Aryan ni dah macam kenduri kahwin. Macam terlebih meriah je. Aku melihat-lihat sekeliling. Rumah yang didiaminya merupakan rumah semi-D hadiah perkahwinan mereka. Untung kan? Kahwin je dapat rumah.
Awalnya aku agak keberatan untuk datang memandangkan Acik Hanim yang sendirian di rumah. Namun Muiz dan Melissa mengasakku untuk datang maka aku ikutkan saja. At least mereka pun pergi tak adalah bosan sangat. Mama dengan papa pula menghadiri majlis perkahwinan rakan niaga mereka. Itu yang menyebabkan Acik Hanim sendirian di rumah.
Aku menyambung memakan puding triffle yang disediakan. Melissa dan Muiz di sebelah aku sedang makan nasi daging. Authentic dari Kedah. Maklumlah ibu mertua Aryan berasal dari Kedah.
"Korang ni macam tak pernah jumpa makanan pula. Jakun semacam je. Jangan gelojoh sangat boleh tak? Macam budak-budak sangat tau." Aku mula membebel apabila melihatkan mereka berdua seolah-olah kebulur sangat.
"Mula lah tu nak jadi mak-mak. Apa kata kakak kahwin cepat. Boleh lah jadi mak depat." Melissa membidasku laju.
Aku lihat Muiz mencubit lengan Melissa lalu menjeling kearahnya.
Aku tahu maksud Muiz. Tak mengapa. Benda dah lama. Aku sendiri pun dah move on dengan Rizqi. Tak baik meratapi orang yang dah pergi.
"Kakak, sorry.. I wasn't mean to say so.. Maaf terlepas." Melissa menuturkannya dengan muka bersalah. Tak berani melihat aku.
"Nevermind lah. No offence. Dah makan cepat. Nanti boleh survey makanan lain pula."
Aku tahu Melissa tak sengaja. Malahan aku sendiri pun tak ambil hati akan hal ini.
"Sekejap kakak, sekarang ni Mel musykil sangat." Beritahu Melissa dengan dahi yang berkerut.
"Apa benda pula? Ish makan je la. Nanti cakap puas-puas." Balasku tak puas hati. Puding triffle aku suapkan ke dalam mulut. One last bite! Big one.
"Tengok belakang kakak." Melissa menjuihkan bibirnya kearah aku.
Ada-ada je laa dia ni. Aku memusingkan badan ke belakang dengan mulut yang penuh. Hampir tersedak aku rasakan saat ini.
"Biar betul? Hezry? Aduhh kenapa lah dia ni selalu muncul sekarang ni?" Aku bermonolog sendiri.
Tekak aku terasa perit sekali. Hanya air yang aku fikirkan ketika ini untuk melegakan tekak aku.
"Nah.." Dia hulurkan air buat aku. "Tak sangka. Mesmerized tengok saya ke sampai macam tu sekali?" Aku cuma menyambut gelas yang diberikan lalu air sunquick aku minum dengan kuantiti yang agak banyak bagi melegakan tekak yang perit ni. Tak kuasa aku nak layan ayat perasan dia.
"Thanks." Walaupun aku tak suka dia, tapi dia kan dah tolong. Tak salah pun berterima kasih.
Dia melihat aku dengan wajah sinisnya. Ini tak lain nak cari pasal la tu. Bukan boleh kira dia ni. Tambah-tambah kagi bila dah keluar muka keji dia tu. Mesti ada muslihat. Yakin!
"Clumsy.. As always." Dia tersenyum sinis buatku. "Oh.. By the way, saya dah minum air tu tadi. Kira kita dah kiss undirectly lah kan? So disebabkan awak dah menodai saya..."
"Tak payah nak perasan sangat. Ternoda konon. Awak yang ambil kesempatan lagi nak kenakan orang. Kiranya siapa yang ternoda sekarang ni?" Balasku berang. Mana aci macam ni. Asyik semua salah aku je. Setiap kali mesti salah aku je.
Aku menjeling ke arah Muiz dan Melissa. Mereka berdua berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku dengan hanya makan nasi daging yang dari tadi lagi tak habis-habis.
YOU ARE READING
My White Knight
RomanceMia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya biarlah hatinya sembuh dahulu. Namun hadirnya Hezry sedikit seban...