BAB 25

4.8K 210 3
                                    

Aku duduk berteleku di dalam bilik air. Cuba menganalisa semula apa yang telinga aku dengar tadi. Niat yang pada awalnya mahu mandi terlebih dahulu sudah terbantut tambahan pula sudah lewat malam.

Sekarang ni tak tahulah aku nak menangis atau ketawa. Teringat kembali kata-kata Hezry sewaktu aku bangun dari tangga tadi menjadikan aku terpana.

"InshaAllah I will sort things out. She's my beloved wife anyway."

Aku kembali terduduk mendengarkan kata-kata Hezry. Aku kembali membuka telinga. Tak salah dengar kan tadi? Wife dia sorang je setakat ni setahu aku.

"By the way thanks daddy for your advises, somehow it makes me feel like I'm a small boy again." Hezry ketawa. "I just need someone to talk with. Tapi jangan bagitahu mummy ya, she will be worried padahal it's a normal thing. Okey lah daddy, Mia dah lama tunggu kat atas tu. Nanti dia pelik pula. Goodnight. Assalamualaikum."

Sesungguhnya aku merasa bingung untuk ketika itu, tapi menyedari yang Hezry akan naik ke bilik bila-bila masa je mendebarkan aku. Jadi aku segera bangun dan berlalu ke bilik air seberapa segera.

Buat malu je wei beremosi segala. Padahal salah faham je pun. Aku bermonolog sendiri sambil mengetuk-ngetuk kepala. Cengeng sangatlah pulak. Tapi siapa suruh Hezry guna ayat macam tu. Siapa je yang tak salah faham. Tapi apa-apa pun bersyukur juga sebab benda tu tak betul. Cuba kalau betul, memang tak boleh nak bayang.

Nasib baik jugalah aku tak terus serang dia tadi.

Keluar sahaja dari dalam bilik air, aku lihat Hezry sudah selesai menukar pakaian. Rambutnya juga masih basah menandakan dia sudah mandi. Mandi di bilik sebelah mungkin. Kami memang menyediakan toiletries yang lengkap di setiap bilik air bagi memudahkan sekiranya ada tetamu yang bertandang.

"Lamanya dalam toilet. Abang ingatkan mandi tadi." Tegur dia sambil memandangku pelik.

Memanglah lama kalau termenung lepas tu fikir benda yang entah apa-apa je.

"Tak jadi mandi la pula. Mia sakit perut tadi." Hmm tipu sunat boleh kut. Takkan nak bagitahu benda sebenar. Buat malu je. Kantoi pula dah satu hal.

"Okey. Ni dah solat Isyak belum?"

Aku geleng. "Belum lagi."

"Kalau macam tu solat sama je la." Cadangnya. Lebih kepada satu arahan sebenarnya.

"Kejap Mia tukar baju dulu." Ujarku. Memang tak selesa lah kalau nak terus solat pakai dress ni sedangkan ada option untuk tukar kepada pakaian lain.

"Ok."

Selesai solat, Hezry menarik tangan aku ke katil lalu dia dudukkan aku di bucu katil yang aku duduk sebentar tadi sebelum dia turut duduk berhadapan dengan aku. Kedua belah tangan aku dia pegang.

"Sebelum tu abang nak minta maaf." Ujarnya perlahan.

"For?" Soalku kurang faham.

"Sebab abang termarah Mia tadi masa dekat Marini's tu. I just want you to understand me." Beritahunya seolah mahukan aku untuk memahami situasinya.

Salah aku juga sebenarnya.

"You've been too quiet. So not you."

"Taknak spoil mood abang plus Mia takut kalau abang makin marah kalau Mia jawab apa-apa." Aku memberikan jawapan jujur.

"How can I be mad with you? Sekejap tu je. Selebihnya rasa bersalah je."

Aku diam tak menjawab. Tiba-tiba rasa macam kekok pula.

My White KnightWhere stories live. Discover now