BAB 2

11.2K 389 1
                                    

Aku turun ke dapur untuk membantu Acik Hanim menyediakan sarapan. Aku lihat Acik Hanim sedang menumis bawang untuk memasak nasi goreng. Kebiasaannya memang begitu, sarapan dan makan tengah hari disediakan oleh Acik Hanim manakala makan malam pula disediakan oleh mama.

"Acik Hanim nak Mia tolong pape tak?" Soal aku dekat Acik Hanim yang sedang menggaul nasi goreng di dalam kuali.

"Tak ada apa-apa dah Mia. Nak siapkan goreng nasi je ni."

Peti sejuk aku buka lalu air susu segar Goodday aku ambil dan letak atas barstool. Gelas kaca aku ambil dari atas kabinet lalu aku tuangkan susu kedalamnya. Baru beberapa teguk aku minum, terdengar suara papa menegur dari belakang.

"Mia, apa ni pagi-pagi dah minum air sejuk." Papa yang dah siap berpakaian kerja bersuara seraya berjalan menghampiriku. Rambut aku yang dilepas bebas diusap oleh papa.

Aku kalih pandang kearah Papa lalu senyum. "Memanglah tak bagus minum air sejuk pagi-pagi tapi kan pa, rasa  dia heaven tau. Irresistable. Nak cuba?" Aku suakan gelas aku kepadanya. Konon nak beli jiwa dia.

Aku tahu Papa selalu minum air kopi ataupun teh untuk sarapan. Memang takkanlah dia nak minum susu dah tu pagi-pagi pula lagi. Tapi gelas di tangan aku diambil lalu disisip sikit. "Hmm not bad. Okey la papa approve, tapi kalau minum air kosong suam pun bagus juga." Pesan dia lembut.

"Thank you." Ucap aku kepada papa yang telah duduk disebelahku.

"Mia ada nak keluar pergi mana-mana ke hari ni?"

Mengingatkan kembali permintaan mama semalam yang mengajak aku ke butik pagi ini aku angguk. "Ingat nak pergi butik mama kejap lepas tu keluar dengan Muiz dan Mel. Muiz tu dah berapa hari ajak pergi main ice skating."

Menurut mama, dia mahu aku menemaninya berbincang mengenai rekaan dalaman cawangan baru Amani Couture & Cafe. Cawangan baru ini bakal dibuka dalam masa beberapa bulan lagi di sekitar Shah Alam. Aku juga baru tahu akan hal ini semalam. Alhamdulillah.. Meskipun Amani Couture & Cafe baru saja ditubuhkan tahun lepas. Namun sambutan hangat daripada pelanggan menjadikan perniaagan mama makin maju dan berkembang.

Aku kira keputusan mama untuk berhenti kerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat konsultan adalah bukan tindakan yang sia-sia. Meskipun hal ini mengundang pelbagai pendapat negatif orang sekeliling kami. Namun demi membesarkan sendiri anak-anaknya, Mama lebih memilih untuk melepaskan kerjayanya setelah kelahiran Muiz dan Melissa.

Hari ini, aku sangat berbangga dengan mama kerana sudah berjaya merealisasikan minatnya yang telah lama terpendam sejak dulu. Kami sekeluarga sentiasa menyokong dari belakang.

"By the way papa, Mia ada cadangan." Aku senyum tipis kearahnya

"Cadangan apa? Papa boleh pertimbangkan kalau bagus." Susu dalam gelas aku diteguk hingga habis oleh Papa. Eh?

"Ni cadangan baik punya." Aku berjeda seketika. "Mia ingat nak balik kampung before habis cuti ni. Maybe dengan adik-adik je kut kalau yang lain busy. Dah lama la tak spend time dengan atuk dan nenek macam dulu-dulu." Aku tengok papa dengan muka seposen. Harap-harap dia setuju.

Papa mengetuk-ngetuk dagunya perlahan tanda berfikir. "Seminggu dua ni papa busy sikit. Lusa ni nak kena pergi Ipoh few days. Lepas tu nak kena fokus dekat proposal next project pula." Papa kalih tengok aku.

"Kalau Mia nak balik nanti tanya abang bila dia free kut dia nak join juga. Tak pun boleh pinjam Pakcik Man. Kalau setakat seminggu papa tak kisah sangat." Tokoknya lagi. Haa tengok Papa dah bagi green light tu. Siap offer pinjam driver dia lagi.

My White KnightWhere stories live. Discover now