Kandungan aku sudah menginjak enam bulan. Lagi tiga bulan, MiaHez junior akan mengenali dunia. Aku makin kerap sakit pinggang.
Hezry juga sudah tidak mengizinkan aku memandu ke pejabat. Hari-hari dia hantar dan ambil aku.Bukan setakat memandu, malah fast food pun dia dah tak bagi makan. Sedih betul.
Balik dari monthly check up di klinik tadi, aku dan Hezry dua-dua half day.
"Sayang jom shopping barang baby." Ajak Hezry.
"Tak awal sangat ke?" Aku tanya sambil tengok dia yang sedang memandu.
"Just nice. Nanti kalau Mia dah sarat, tak larat pula. Tak payah beli banyak-banyak terus. Sikit-sikit dah la." Hezry masih mahu mengajak aku.
"Okey. Tapi balik rumah dulu boleh? Mia tak selesa lah pakai ni." Aku menunjukkan kasut kerja kepada Hezry.
Meskipun tanpa tumit, agak kurang selesa untuk aku berjalan di dalam mall nanti.
"Takpe. Abang dah bawa spare untuk Mia. Ada dekat belakang." Balasnya.
Kebetulan lampu isyarat bertukar merah, Hezry berpaling ke tempat duduk belakang untuk mengambil sandal Clark aku.
Aku menukar kasut yang aku pakai kepada sandal yang baru dihulurkan oleh Hezry.
"So dah lama plan?" Aku tanya dia mahukan jawapan.
Dia geleng. "Pagi tadi."
Hezry memilih One Utama untuk membeli barangan bayi yang pertama.
Setelah sejam setengah memilih, tangan Hezry sudah penuh dengan beg plastik dan juga beg kertas hasil daripada belian yang kami lakukan.
Hezry lebih banyak membeli berbanding aku. Dia yang terlebih teruja nampaknya."Mia nak lunch dekat mana?" Tanya Hezry sambil berjalan. "But no fast food." Sambung Hezry belum sempat aku menjawab.
"Kenny Rogers?"
Hezry kelihatan berfikir sejenak. "Jomlah." Dia tarik tangan aku menghampiri restoran Kenny Rogers Rosters.
"Mia ingat tak..." Hezry tiba-tiba bersuara dengan ayat tergantung sebaik pelayan yang mengambil pesanan kami berlalu.
"Ingat apa?" Aku yang sedang membaca Whatsapp, mengalihkan pandangan kepada Hezry.
"Ingat yang Mia bawa Abang datang sini lepas kita first time jumpa."
"Mestilah ingat. Banyak betul Abang paw Mia. Sampai 800." Bebelku kepada Hezry.
"Dah ada orang nak belanja." Dia jawab sambil ketawa.
"Abang tau tak, teruk Mia kena basuh dengan Mel dan Muiz lepas balik tu. Yelah tiba-tiba nak belanja stranger. Banyak pulak tu. Bengang betul diorang." Aku ceritakan kepada Hezry.
"At least diorang tahu Abang baik je kan?" Dia kenyit mata.
"Eleh puji diri sendiri nampak." Aku buat muka dekat Hezry.
"Betul apa." Dia senyum. "Mia, tadi Daddy jumpa Abang dekat ofis. Dia tanya nak buat majlis doa selamat ke apa-apa tak nanti Mia 7 bulan?"
"Entahlah. Mia pun tak tahu. Kalau diorang nak buat Mia ikut je. They know better." Aku memberikan jawapan untuk mengikut sahaja.
"Tapi Abang nak buat baby shower."
"So western huh?" Aku jongket kening dekat Hezry.
"Tak payah la ikut diorang. Kita buat makan-makan, jumpa kawan-kawan sementara masih larat kan."
"Sebenarnya Mia tak kisah pun. As long as semua orang happy. Jadi, kita kena tanya Mummy, Daddy, Mama dengan Papa dulu. Kalau diorang okey, Mia on je."
YOU ARE READING
My White Knight
RomanceMia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya biarlah hatinya sembuh dahulu. Namun hadirnya Hezry sedikit seban...