BAB 30

5.2K 202 8
                                    

"Is Mr. Hezry in?" Sapaku kepada Nayla yang sedang tekun menaip di komputer. Mangkuk tingkat aku letakkan di atas meja dia. Dah lama tak datang office dia bawakan lunch macam ni. Sekali sekala buat surprise macam ni apa salahnya. Alang-alang Ryan dah bagi aku cuti macam ni.

"Eh Puan Mia." Nayla mengangkat kepala dengan wajah seakan terkejut melihatku. "He's in tapi dia ada tetamu la. Want me to inform him that you are here?"

Aku jengukkan kepala memandang ke dalam bilik Hezry yang pintunya kebetulan terbuka sedikit. Kelihatan dia sedang berbicara serius dengan seorang wanita berambut warna burgundy sambil meneliti kertas A2 atas mejanya.

Mungkin tak lama dah nak habis. Tadi awal-awal dia dah bagitahu hari ni nak balik makan tengah hari dekat rumah.

"I can wait." Ujarku sambil senyum dekat Nayla. Memang tadi tak bagitahu Hezry awal-awal pun nak datang.

Jam aku pandang lepas duduk dekat sofa yang tersedia di sini. Lagi sepuluh minit masuk waktu lunch. Tunggu jelah. Telefon aku keluarkan dari dalam handbag. Layan instagram lah kejap.

Kedengaran seakan berlaku pertengkaran dari dalam bilik Hezry. Namun butir bicaranya tidak dapat aku fahami dengan jelas. Aku sedikit tersentak. Takkan tiba-tiba je? Tadi elok je diorang berdua dalam tu. Aku mengangkat punggung menghampiri semula meja Nayla.

Nayla yang kelihatan sedang tergamam aku pandang. Dia menyambung membuat kerjanya beberapa saat kemudian.

"Siapa kat dalam?" Soalku mahu tahu.

Dia kelihatan teragak-agak mendengarkan soalanku.

"Err." Dia mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Is he really this strict when it comes to work?" Tanyaku lagi. Nama lagi perfectionist kan. Mana tahu dia memang macam tu. Aku tak pernah kerja dengan dia jadi tak tahulah. Nayla mengelengkan kepala. "Taklah."

Aku pandang dia dengan pandangan pelik. "Just tell me." Pintaku masih berlembut.

"Sebenarnya Miss Irine dekat dalam." Jawabnya perlahan.

"Stop all these shits when I'm still being nice!" Kedengaran suara lantang Hezry dari dalam biliknya.

Aku yang belum sempat tekejut dengan kenyataan Nayla menjadi terkejut kuasa dua mendengarkan tempikan Hezry. Apa yang Irine dah buat? Dia tak pernah marah macam tu dan setahu aku dia bukan jenis panas baran pun. Tambahan pula Irine tu kan kawan dia.

Aku dalam dilema samada nak curi dengar ataupun balik je.

"Memang Irine selalu datang sini ke?" Aku memandang Nayla semula.

"Tak puan. Dia datang sebab nak consult Encik Hezry je. Sebab company dia sub contractor project kita. Ni baru kali kedua."Jawab Nayla segera. Taknak aku salah faham mungkin.

"Puan, saya keluar lunch dulu ya." Ujarnya seketika kemudian.

Aku angguk walaupun perasan ingin bertanyakan lebih banyak lagi perihal Irine daripadanya. Fikirku Nayla tak nak menyibuk dalam perihal yang sedang berlaku maka aku pun taknak lah paksa dia.

Akalku mencadangkan yang aku patut meninggalkan mereka berdua namun kaki aku berat untuk melangkah. Akhirnnya aku membuat keputusan untuk terus berada di sini. Mana tahu dengan cara ni boleh buktikan yang mereka berdua memang takde apa-apa. Just make it a go.

"Look Irine, you jumpa I sebab kerja kan. Discussion kita pun dah habis. Let's not drag personal matter here. Please be professional. It's a lunch time anyway so I pun kena isi perut I. Petang ni I ada meeting lagi."

"Okay let's have lunch together." Pelawa Irine yang kedengaran teruja. Dia segera bangun dari kerusi yang diduduki itu.

Eh gedik pula minah ni. Bebel aku sendirian.

"No." Jawab Hezry segera mendengarkan pelawaan Irine tu.

"But why?"

"I nak balik lunch dengan Mia."

Oh my. That's my husband! Rasa nak masuk dalam peluk Hezry je sekarang ni lepas tu bagitahu Irine yang dia tu loser.

"Tak habis-habis dengan dia. I tak tahu la apa yang dia dah buat. What's so great about her? Dia yang tak bagi you jumpa I kan? So childish. You pun bodoh sebab ikut je apa yang dia kata."

Choy. Dia kata aku childish? Kalau betul aku childish dah lama aku masuk dalam tarik rambut dia. Aku percaya je dekat Hezry, dia yang aku tak percaya sekarang ni.

"You lupa ke yang dia wife I? Mestilah I kena lebihkan dia. It's not her yang tak bagi I jumpa you. Takde benda penting kan so there's no need nak jumpa. I taknak dia salah faham. Cukup la selama ni dia salah anggap pasal kita." Balas Hezry lembut namun kedengaran sinis.

"Mia Amanda tak pernah salah anggap. Have you ever heard about wife's intuition is always right? You je yang buta."

Kan aku dah kata. Irine ni sesuatu je. Lagi Hezry cakap aku suka assume bukan-bukan je. Sekarang dah dengar sendiri.

"You are wasting my time. So please. I nak kena datang office balik pula lepas ni." Hezry bangun dengan muka bengang dan sedia mahu meniggalkan Irine di situ.

"Guess what will Mia Amanda do when the truth reveals?" Soal Irine tiba-tiba. Aku mencuri pandang wajahnya yang merah padam.

Sebenarnya mereka cakap pasal apa ni? Macam manalah Hezry boleh tahan dengan Irine ni. Tukar topik tiba-tiba. Tapi Hezry pun sama. Jawab benda lain juga.

Hezry terhenti di situ sebelum kembali duduk. "Just call her Mia."

"You must have be mine kalau bukan dengan permintaan mengarut dan keinginan gila you. Everything was just fine until.."

"Stop Irine! Jangan ungkit benda yang dah jadi. Benda yang you assume tu langsung tak betul. You nak cakap apa cakaplah sorang. I takde masa nak layan. Lagipun I percaya dah memang jodoh I dengan dia. Dah lama tertulis dekat Luth mahfuz lagi. You jangan nak cabar takdir Allah pula."

"We used to call her Amanda so it's kinda weird kalau tiba-tiba nak panggil Mia. That's why I prefer Mia Amanda. Kenapa you takut dia tahu ke? I wonder lah, kalau dia tahu agak-agak macam mana lah reaksi dia kan Ayiff?" Kata-kata Irine seakan mengugut Hezry.

Aku yang setia mendengar menjadi bingung. Mereka cakap pasal aku, tapi kenapa aku yang tuan punya badan ni tak faham apa pun isi perbualan mereka. Apa yang mereka rahsiakan dari aku? Kenapa Hezry macam nak menafikan kenyataan tu dan kenapa Irine mendesak Hezry dengan "rahsia" tersebut. Dan lagi sekali aku dengar nama Ayiff lepas Ryan sebut hari tu.

"Look, it's better for you not to meddle in my personal life. I boleh settle sendiri and please don't make things more complicated. I tak larat lah nak layan semua ni." Ucap Hezry sebelum bangun semula. Telefon atas meja dia ambil. "Kalau you betul nak tolong I, please jangan ungkit pasal ni lagi and act professional."

Perasankan keadaan itu aku segera tersedar. Mangkuk tingkat yang sedia berada di sebelah aku ambil. Segera aku mengetuk pintu bilik Hezry. Berlakon jelah Mia. Buat macam kau tak dengar apa-apa walaupun perasaan ingin tahu membuak-buak.

"Abang..." Ujarku sambil mengangkat muka. Nak belakon kena real okay.

"Eh Sayang. Abang baru nak balik. Maaf susah-susah." Balasnya sambil menghampiri aku.

Tangan kanan Hezry aku salam dan cium. Seusai itu, aku buat-buat terpandangkan Irine yang sedang duduk. "Eh sorry tak tahu Abang ada tetamu."

"Eh Mia Amanda, no biggie lah. Kami punya discussion pun dah habis, I pun nak keluar lunch ni."

"Oh yeke? Maaf la you kena makan sorang sebab I bawa bekal ni pun sikit je cukup kami dua orang je makan." Balas ku saja taknak dia join kami.

Aku nampak Irine buat muka sebelum beredar. Langsung tak say goodbye ke apa ke?

My White KnightWhere stories live. Discover now