BAB 48

5.2K 192 4
                                    

"Mia teman Abang pergi somewhere kejap boleh?" Soalan yang keluar dari mulut Hezry menerbangkan lamunan aku.

Nak pergi mana pula. Aku dah la mengantuk dan sakit pinggang ni. Rasa nak berbaring je tapi untuk menolak aku rasa tidak wajar kerana kata-kata Hezry itu adalah lebih kepada pernyataan bukannya pertanyaan.

"Mia ikut je. Tak lama kan?" Aku tanya dia.

Riak kurang selesa aku cuba sorokkan.

"Haah kejap je."

"Abang nak pergi mana?" Aku cuba berbasa basi dengan dia.

"Rumah Irine."

Jawapan yang diberikan langsung membuat aku hilang mood.

Rajin betul minah tu abalik KL walaupun kerja dekat Penang.

"Abang nak jumpa dia kenapa ajak Mia. Tak suka la nak jumpa-jumpa dia." Aku cakap jujur. Dalam ramai-ramai orang dalam dunia ni, Irine adalah orang yang aku paling taknak jumpa.

"Abang tak cakap nak jumpa dia pun. Abang cakap nak pergi rumah dia je."

Huh. Malas nak layan.

Hezry memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah corner lot dua tingkat. Aku memandang sekeliling. Macam sunyi je rumah ni. Kereta pun takde.

"Jom Mia."

Aku mengikuti Hezry separuh rela.

Seorang wanita dalam lingkungan empat puluhan membuka pintu pagar dari dalam.

"Ayiff dah sampai? Ni Mia ya?" Soalnya sebaik terpandangkan aku. Aku senyum nipis. "Masuklah dulu." Ajaknya sambil bersalaman dengan aku.

"Maaf lambat sikit Kak Ja. Tadi balik rumah Mummy dulu kejap. Ni pun tak boleh lama ni." Balasnya sambil menghulurkan buah tangan kepada wanita tersebut.

"Terima kasih laa. Susah-susah je."

"Takde hal la."

"Mia dengan Ayiff duduk dulu ya. Kak Ja naik atas kejap." Dia meminta diri.

Tidak lama kemudian dia turun ke bawah sambil mendukung kanak-kanak lelaki yang kelihatan sedang menggenyeh mata yang masih tertutup rapat. Sebelah tangan lagi memegang botol susu yang sedang dihisap.

"Dia baru bangun ni. Sedang elok dengan Ayiff datang ni." Ujarnya sambil menidurkan kanak-kanak tersebut ke atas tilam kecil yang sedia ada di ruang tamu.

Hezry bangun menghampiri kanak-kanak tersebut.

Kak Ja sudah berlalu ke dapur. Buat air agaknya.
Aku juga yang awkward atas sofa ni.

Kelihatan Hezry mengusap-usap pipi Uzayr yang separa sedar.

"Uzayr, wake up." Sapanya lembut.

Mata dibuka perlahan.

"Assalamualaikum." Ucap Hezry. Uzayr senyum melihatkan kehadiran Hezry di depan matanya.

"Waalaikumussalam Daddy." Segera dia bangun dan memeluk leher Hezry yang sedang duduk itu.
Mesranya Hezry dengan Uzayr.

"Mommy..." Panggilnya sebaik melihat aku.

Hezry bangun sambil mendukung Uzayr lalu duduk di sisi aku. Uzayr diletakkan di tengah-tengah kami. Namun situasi tersebut hanya kekal beberapa saat sebelum dia merangkak untuk naik ke atas riba aku.

"Mommy?" Dia cakap lagi sambil pegang pipi aku dengan kedua belah tangannya.

Aku pandang Hezry. Dia senyum.

My White KnightWhere stories live. Discover now