BAB 53

6K 295 34
                                    

DAH HABIS BACA JANGAN LUPA VITE DAN KOMEN YA ❤️❤️❤️

BY THE WAY NI CHAPTER FAVE I, RASA CAM MENUSUK KE JANTUNG BETUL. KORANG CEMANA?

Mia dekat taman dengan Uzayr.

Aku meninggalkan pesanan buat Hezry yang menurutnya pulang lambat hari ini kerana dari Semenyih menghadiri mesyuarat.

Memang suka lari dari rumah bila suami nak balik eh?

Aku tersentap membaca balasan dari Hezry.

Sebenarnya, semenjak pulang dari sekolah lagi Uzayr mengajak aku untuk bermain di taman namun aku mempunyai kerja yang banyak jadi aku memaksanya tidur dahulu sementara aku menyiapkan kerjaku untuk dihartar kepada Ryan petang ini.

"Mommy, I wanna play at the playground."

"Mommy, I wanna play at the playground."

Pintanya beberapa kali meluluhkan hati aku. Namun permintaan itu dibuat pada pukul 2 petang.

Mana ada orang main dekat taman pukul 2 petang. Panas kut! Karang tak pasal-pasal kena heat stroke.

"Why don't you sleep first so you can revive your energy. Nanti boleh main lama-lama dekat taman." Pujukku.

"Really?" Soalnya teruja.

"Ya sayang. Uzayr tidur lepas tu petang sikit mommy kejutkan okey?" Aku meyakinkannya.

"Mommy sleep with me." Uzayr yang sudah berbaring di atas katil menepuk bantalnya menyuruh aku tidur bersama.

Tidak lama kemudian dia tertidur dalam pelukan aku. Bukan susah sebenarnya nak pujuk Uzayr ni.

Which park?

Whatsapp dari Hezry masuk lagi sekali.

Aku segera menaip balasan.

Yang dekat rumah kitalah.

Ingatkan pergi yang dekat Shah Alam. Hmm Flagstaff ke.

Hezry membalas tidak lama kemudian.

Balasan yang tidak aku perlu sebenarnya namun Hezry terus-terusan menyindir aku.

Redha jelah Mia, kau cari pasal sangat. Mendapatlah.

Aku membiarkan Uzayr bermain sendirian kira-kira 10 meter dari aku.

Baru sampai, dia sudah cepat bergaul. Mungkin kerana sudah terbiasa di sekolah agaknya.

Sementara aku memerhatikan Uzayr, sempat aku memikirkan akan apa yang harus aku buat untuk menjadikan Hezry kembali seperti dahulu.

"Tunggu anak majikan bermain?" Tegur seorang wanita sekitar 30 tahun yang duduk di sebelah kiri aku.

"Teman anak saya." Aku jawab untuk memperbetulkan keadaan.

Aku ni selekeh sangat ke sampai dia ni ingat aku ni bibik. Pakai seluar Zara dan Uniqlo dengan tudung dianggap selekeh ke?

"Ohh. Awak ada masalah ke? Selalunya orang muda duduk dekat taman, termenung macam tu, selalunya kepala tengah kusut." Ujarnya.

"Eh taklah. Saya hanya menikmati saat-saat macam ni untuk saya lebih menghargai hidup saya dengan melihat sekeliling. Saya dapat tengok kanak-kanak yang bermain tanpa perlu memikirkan apa-apa, bonding antara ibu bapa dan anak-anak.. Banyak lagilah". Aku memperbetulkan persepsinya yang menuduh melulu itu.

Hati aku merasa tidak enak.

Perempuan ini sangat lain macam. Creepy!

Aku bangun untuk menghampiri Uzayr yang sedang bermain gelongsor.

My White KnightWhere stories live. Discover now