"Hai?" Aku mendongak.
Hmmm...boleh tahan lawa. Tapi rasanya, lawa lagi ibu aku. Ni kalau ibu aku dengar ni, mahu satu hari dia senyum!
"Yup?" Jawabku. Separuh menyoal.
"I duk sini boleh?" Soalnya lembut. Amboi! sotong pun rasanya mengalah dengan lenggok minah ni!
Aku memandang sekeliling. Banyak lagi meja kosong. Dah kenapa minah ni nak duk kat tempat aku bagai?
"Tapi kenapa ye?" Soalku hairan.
Dia tersenyum lalu dengan bersahaja dia duduk di depan ku. Siap pandang aku dengan gaya menggoda lagi tu!
Ewww..gross! Kau ingat aku ni ada taste ngan spesies sendiri ke apa?
"I sebenarnya dah lama perhatikan you. I nampak you duk sorang dari tadi. Sebab tu la I tergerak hati nak teman kan you." Ujarnya mendayu-dayu. Meremang bulu roma aku!
Eeee minah ni! Gedik nak mati. Hastag. Sila berhambus!
"Nah, it's okay. Aku tengah tunggu member sebenarnya. Tapi biasa la, janji melayu. Tu yang lambat bebenorrrr datangnya tu." Ujarku bersama senyuman paksa di bibir.
"Are you sure?" Tiba-tiba, dia eluskan tangan kanannya ke lengan ku dengan lembut. Apakah?
Aku pandang jarinya,kemudian aku pandang wajah lawanya yang tengah senyum bergula kat aku. Manis sangat! puihh.
Kemudian, aku pegang pergelangan tangan kanannya lalu ku bawa mendekati bibirku.
Nampak dia teruja. Ingat aku nak cium la tu tangan dia. Eee, tak hingin beta! Tangan nya ku genggam kuat lalu ku tarik dia ke depan.
Riak wajahnya berubah terkejut.
"Jangan la kat sini. Terbuka sangat." Ujarnya malu-malu. Waddaaa....pisshhh! Ingat aku nak kiss dia ke apa?!
Ewww..excuse me. Bagi free pun aku tak nak tau!
Aku senyum sinis lalu ku pandang wajahnya tajam.
"Where is him?" Soalku.
Dia terkejut. "Him? Who? I tak faham."
Aihhh...cuba nak berselindung lagi ke?
"Harris Naufal." Habis je aku sebut sebaris nama tu, bahu ku di tepuk dari belakang. Aku menoleh. Hah, datang pun si pemilik nama.
"Bro." Dia sengih lalu mengambil tempat duduk di sebelahku.
Tangan minah tu, aku lepas. Nampak macam dia tengah bingung.
"Eh, girlfriend kau ke doh?" Soal Ariz.
Aku mengerutkan dahi. Aih.. dah bedepan cam ni pun, still nak berlakon lagi? Lagipun,apa kau ingat aku ni lesbian? Kuang asam punya sahabat!
"Dah-dah la tu wehh, awek ni... kau upah kan. Nak kenakan aku macam hari tu." Wajahnya aku pandang dengan pandangan 'Duh, you're busted.'
Dahinya berkerut hairan. "No. Aku tak kenal dia." Ujarnya menafikan. Aku menjulingkan mata ke atas. Tak percaya.
"Yah. I pun." Ujar minah tu pula. Mengiakan.
Aku menjulingkan lagi mata ke atas. Tercabut jugak bebola mata aku ni kang!
"Yeah whatever. So, minah. Can you, syuhhhh..." Ujarku lembut dan perlahan. Menghalau cara baik kata orang.
Riak wajahnya berubah. Nampak tersinggung. Sorry la minah, you flirt with a wrong person. Beside, I am a girl too.
"Whatever." Kemudian dia berlalu keluar dari cafe itu. Uishh...berhambus terus! Bagus bagus.
"Who's she?" Soal Ariz. Ooo..memang dia tak kenal la rupanya. Tapi bagus juga aku halau minah tu, kang lagi lama dia duk sini, takut juga tak pepasai lebam bijik mata anak orang.
YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionHarris Naufal.....A gay? Dia sendiri pun tak sangka yang dia tu gay. Rahsia tu satu orang je yang tahu. Tak lain tak bukan, sahabat paling rapatnya sejak kecil. Shah. Atau nama panjang sikit. Shahira Natasha. Nama secantik puan punya badan. Tapi sa...