Bab 37

30 0 0
                                    

Nowadays...

"Shah?" Seru satu suara sambil menggoncang lembut tubuhku.

Perlahan kepala yang berbaring atas meja beralaskan lengan sendiri, aku angkat. Lalu mata memandang ke arah si pemanggil tadi bersama riak wajah yang masih mamai. Sodap aku lelap tadi.

"Kau okay tak?" Soal Rachel. Riak wajah risau terpamer jelas di wajahnya.

Aku menegakkan posisi badan di atas kerusi lalu kepala mengangguk perlahan.

"Okay. Aku okay. Alhamdulillah." Wajah Rachel aku pandang lagi. Dahinya berkerut hebat.

"Are you sure? Kalau okay, kenapa sehari dua ni aku nampak kau asyik terlelap je? Tak cukup tidur ke macam mana ni?" Soalnya lagi. Masih risau seperti tadi. Awlolo, shoo suwittt laaa diyeeee.

"Ouu....Biasa la. Musim bulan mengambang. Aku memang macam ni kalau tengah datang bulan. Mudah terlelap. Mengantuk je kerja." Sambil tersengih aku memberitahu. Harap dia percaya la ayat aku tadi.

Rachel terdiam lama seperti sedang memikirkan sesuatu. Tetapi kemudian, kepala dia angguk perlahan sambil bibir menyebut 'ooo' panjang-panjang. Percaya la kot rasanya tu.

Baru sahaja Rachel ingin melangkah pergi dari meja kerjaku, dia berpaling semula seraya menghulurkan satu fail berwarna kuning kepadaku.

"Almost forgot. Nah. Ni file yang kau minta tadi pagi. By the way, interkom kau tadi bunyi. Bos kesayangan panggil." Kening dia jongket berkali-kali berserta sengihan kecil dibibir, ingin mengusikku.

"Oh. Okay okay. Thanks." Ucapku lalu fail tadi bertukar tangan. Abaikan je la gelaran yang dia beri buat mamat lif kat dalam pejabat tu.

"You're most welcome, my madam to be." Mata dikenyitkan. Bercicit Rachel pergi dari situ setelah aku berura-ura ingin menghumban sebatang pen ke arahnya. Haa.. Tahu takut.

Pen tadi aku letakkan kembali ke atas meja. Interkom berwarna hitam menjadi tatapan. Lantas, terlepas satu keluhan kecil daripada bibir. Nak kena hadap juga ke muka mamat tu?

"Shah?" Aku terkejut beruk tatkala interkom yang sedari tadi aku renung, menyala dan berbunyi. Kus semangat!

Muslim kan? Salam mana salam?! Terkujat kiter. Dada aku urut perlahan lalu punggung aku angkat daripada kerusi. Sempat mataku mengerling ke arah ruang meja kerja Rachel yang berada berdekatan dengan pintu masuk.

Rachel memberi senyuman mengusiknya buatku tatkala mata kami bertembung. Sempat dia mengenyitkan mata seperti tadi. Aku hempuk juga minah ni kang.

Kemudian, ruang pejabat milik Harris Naufal menjadi tujuan. Pintu bilik aku ketuk perlahan sebelum kaki melangkah masuk sesudah mendapat kebenaran daripada si penghuni bilik.

"Yes, Sir? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Soalku tanpa berdolak dalih setelah kaki terpacak betul-betul di hadapan meja kerjanya. Bukan apa, jadual untuk hari ni aku dah bacakan untuk dia pagi tadi. All things yang berkaitan dengan syarikat ni pun aku dah inform kat dia.

"Today is the day, Shah. Are you ready?" Sejurus mendengar soalan yang dilontarkannya, kepala aku angkat laju lalu mata merenung tepat ke dalam anak matanya. Apa maks-

Five days ago...

"Eh boss. Good afternoon." Rachel menyapa seraya menunduk perlahan ke arah sir. Aku menjeling sekilas tingkahnya seraya turut melakukan benda yang sama.

"Err assalamualaikum, sir." Ucapku perlahan.

"Good afternoon to you too Rachel. And...." Dia menggantung ayatnya dengan sengaja. Lantas aku mengangkat wajah dan memandang ke arah sir sekilas.

BestfriendWhere stories live. Discover now