Wajah Lia aku pandang lama. Harap dia bersetuju la. Sebab, aku tahu pandangan aku tak salah hari tu.
Lia sukakan Ariz.
"Errr, Ariz kata apa?" Soalnya padaku.
"Dia okay je. Dia kata, maybe you're the one." Eh rasa pahit pula hati ini. Shah! Kau jangan macam-macam.
Lia diam lalu tunduk mengurut jari sendiri.
"Okay." Putusnya perlahan.
Aku dah tersenyum kecil. Bagus. Now, tinggal nak aturkan date diorang dua ni lagi.
"Mmmm.. Nanti pukul 3 petang, kita jumpa kat Chillax Cafe boleh? Tahu kan Cafe tu kat mana?" Aku menyoal Lia.
"Tahu." Dia angguk.
"Ok good. Err masa tu aku bawa Ariz sekali. Ni kira macam first date korang la. Nak bagi korang kenal-kenal lebih dalam dulu." Ujarku.
Lia mengangguk lagi. Faham.
Aku memberinya senyuman manis sebelum tubuh aku hadapkan ke hadapan semula. Kan dia duduk belakang aku.
"Shah." Panggilnya membuatkan aku sekali lagi berpaling ke belakang. Kening aku angkat.
"Nak pakai lawa-lawa ke?" Soal Lia. Aku tertawa kecil mendengar soalan yang diajukan.
"Hmm.. Mana kau je. Kalau kau rasa nak melawa, ha lagi bagus. Mana tahu, Ariz terus fall in love dengan kau kat situ juga." Aku jongket kening berkali-kali. Dia tergelak kecil.
"Okay faham. Jumpa petang nanti, Shah." Ujarnya. Aku sekadar mengangguk lalu kembali menghadap hadapan kelas bersama senyuman yang semakin memudar dibibir.
Kenapa ni, wahai hati? Jangan tetiba sebak boleh tak?
💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐
"Aku dah bagitahu Lia tadi. Dia on. Petang ni pukul 3 macam tu, first date korang kat Chillax Cafe." Aku memberitahu Ariz.
Dia yang baru sahaja ingin menyuapkan makanan ke dalam mulut, terhenti. Sudu diletakkan kembali atas pinggan. Wajahku direnungnya lama.
"Shah. Kau betul-betul nak bagi aku dekat perempuan lain ke?" Amboi soalan mamat ni.
"Ariz. This all is for your sake. Lagipun, bila korang couple nanti tak bermakna kita putus kawan kan. Kau tetap member aku." Jawabku seraya menyuap makanan ke dalam mulut.
Ariz mengeluh berat.
"That is what I'm trying to say Shah. Kau tak tahu ke? Nanti kalau aku dah ada awek, aku dah tak boleh nak keluar berdua dengan kau selalu. Alah, tak best ah takde kau. Batalkan je la niat kau tu Shah." Rungut Ariz. Makanan dipinggan di kuisnya perlahan.
Aku terdiam mendengar ayatnya. Betul juga. Nanti bila dia dah ada awek, confirm hubungan persahabatan kami akan terbatas. Lagipun, dia mesti la utamakan awek dia tu nanti kan. Adui. Nak buat cemana ni?
"Aku dah bagitahu Lia la, riz. Kau ni. Asal aku nak kenenkan dengan mana-mana perempuan, mesti kau buat hal. Itu la, ini la. Kau nak settlekan masalah peribadi kau tu ke tidak?" Aku menyoal geram. Takkan aku nak musnahkan kebahagiaan Lia yang baru sahaja aku suntik pagi tadi kat dalam kelas?
Kang kalau aku bagitahu tak jadi kang, mendapatla aku musuh baru. Lagipun, Lia comel apa. Kesian dia, belum berjumpa depan-depan pun dah kena reject dengan member aku sorang ni.
"Ish. Kan aku dah kata, kau je la jadi awek aku. Kau tak nak. Serabut la nak ada awek. Nanti dia kongkong hidup aku cemana?" Ariz mula membebel.
Aku terdiam lagi. Demi Ariz. Aku perlu mengorbankan sedikit persahabatan kami kan? Betul ke tindakan aku ni?
YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionHarris Naufal.....A gay? Dia sendiri pun tak sangka yang dia tu gay. Rahsia tu satu orang je yang tahu. Tak lain tak bukan, sahabat paling rapatnya sejak kecil. Shah. Atau nama panjang sikit. Shahira Natasha. Nama secantik puan punya badan. Tapi sa...