Bab 31

27 1 1
                                    

Harris Naufal POV

Aku pandang lama wajah tenang Shah.

Boleh-boleh minah ni pengsan kat depan lif tadi. Nasib baik aku ada.

Eh! Bukan mengambil kesempatan eh. Dah aku je lelaki yang ada kat floor ni. Dia pun berdiri kat sebelah aku. Yelah. Sebab waktu tu, aku nak bawa dia jumpa someone.

Which was, Shah tak tahu pun aku nak bawa dia jumpa orang tu. Adui la Ariz. Ni amaran kot. Takyah bawa jumpa selagi dia belum okay sepenuhnya. Lagipun, dia tak tahu kau nak bawa dia jumpa siapa. Shah fikir kau nak bawa dia gi meeting macam selalu.

Kena pula masa tu aku tengah curi-curi pandang Shah dari tepi. Tup-tup ternampak tubuh dia macam terhuyung hayang nak rebah. Aku apa lagi? Sambut la.

Takkan nak biarkan wanita yang aku kasihi, yang aku sayangi jatuh berdebab atas lantai. Mesti la tak!

Rachel yang duduk di mejanya sebalik pintu kaca warna hijau tu pun turut terkejut melihat kami berdua.

Tak menang langkah dia berlari anak ke arah kami.

Then, aku dukung lalu letak la kekasih hati aku ni baring atas sofa dalam bilik pejabat aku. Nasib baik sebab kenapa dia pengsan tu tak teruk mana. Hei laa Shah. Dah kenapa kau kurang rehat pula ni?

Bukan dulu kau suka tidur ke?

Heish.. Buat risau aku je kau ni, sayang.

Nak belai kepala dia tak boleh. Nak pegang tangan dia pun sama tak boleh. Belum halal lagi. Uhuhu. Bertabahlah wahai hati.

Aku keluarkan telefon bimbit dari kocek seluar. Nombor seseorang aku dail laju.

"Kami tak jadi datang." Beritahuku senada.

"Kenapa? Shah..... Err tak sudi nak jumpa aku ke?" Soalnya dihujung talian.

"Dia pengsan. Kurang rehat." Nada suaraku masih seperti tadi.

"Eh? Dia okay tak?" Soal orang itu, sedikit cemas. Well he should be!

"Tu.... Kau tak perlu tahu. Nanti, bila dia dah okay, aku akan bawa korang berdua jumpa. Selesaikan apa yang patut." Ujarku memberitahu.

Lama dia diam di hujung talian. Aku sekadar menanti. Tahu ada sesuatu yang ingin dia katakan.

"Aku minta maaf, Riz. Aku rasa bersalah sangat." Kemudian aku dengar suaranya seperti teresak.

Laju mataku menala pada wajah tenang Shah. She looks so calm right now. Bukan seperti pada malam itu. Wajah yang penuh ketakutan dan kesakitan.

"Bukan pada aku kau patut ucapkan benda tu." Marahku tiba-tiba menaik. Dan aku tidak mahukan itu. It's not good for me to be really mad.

Shah tak suka tengok aku marah-marah. Lagipun, selama ni aku dah boleh bertenang. I suppose to know on how to handle my anger right now. Penumbuk disisi aku kepal erat.

"Ya. I know. But still. I am so sorry. Semua ni jadi sebab aku." Dia teresak lagi.

Aku tarik nafas dalam.

"Enough. Nanti bila dia dah bersedia, aku akan bawa dia jumpa kau. Masa tu la kau merayu melutut minta maaf. Assalamualaikum. Apa-apa pun. Jaga diri kau baik-baik." Ujarku lalu mematikan panggilan sebaik sahaja salam berbalas.

Skrin telefon pintar menjadi tatapanku lama. Nama yang tertera diskrin telefon, aku pandang tidak lepas. Mungkin ada hikmahnya semua itu berlaku.

Telefon pintar itu aku genggam erat sebelum aku dikejutkan dengan ringtone yang agak kuat daripada telefon pintar milik Shah.

BestfriendWhere stories live. Discover now