Shah POV
Aku mengekori langkah kaki sir di hadapan dengan laju.
"Sir!"
Dia yang baru sahaja menapak masuk ke dalam perut kereta, terhenti tingkah. Wajahnya di palingkan ke arah aku yang melangkah mendekatinya.
Hanya isyarat muka dan reaksi bingung dia berikan untukku.
"Err..." Nak tanya ke tak?
"Err?" Dia masih memandang ke arahku.
Aku balas pandangan sir. Kang kalau aku tanya, banyak pula cekadak dia nak kenakan aku. Tapi kalau tak tanya, ah! Lantak!
"About this." Kertas yang sedari tadi berada di dalam genggaman tangan kananku, aku tayangkan tepat di hadapan wajahnya.
Seperti dugaanku. Terbit senyuman kecil di bibir sir sebaik sahaja matanya singgah pada wajahku. Berselang dengan surat tadi.
"Dah agak-"
"Shh! Bla bla bla bla. Save your sinister to tomorrow or whenever." Aku hentikan ayatnya. Nafas aku tarik dalam lalu,
"This. Aku nak surat yang sebenar." Sambungku lagi. Senyuman sir masih seperti tadi. Tidak berkurang dan tidak bertambah. Matanya tunak melihat wajahku.
"But what if, you do the same thing as what you did before?" Kini dia tersenyum sinis.
Aku terdiam. Agak lama.
Pintu kereta yang masih terbuka, aku tutup pantas. Membuatkan bahu sir terangkat sedikit. Terkejut?
Cermin tingkap kereta di turunkan sir dari dalam. Wajahku di tatapnya bengang. Heh. Berubah pun reaksi muka kau.
"You.." Hanya itu yang terkeluar daripada bibir sir. Giliranku tersenyum sinis padanya. Tubuh aku rendahkan sedikit agar wajahku setara dengan wajah bengang sir.
"Surat." Ujarku senada.
"Kau ni Shah. Kalau ye pun, bagi la salam dulu sebelum nak tutup pintu tu. Terkejut aku. Nasib baik kaki aku kat dalam tadi. Kalau kat luar, maunya putus oleh kau." Putus lagi bagus. Ek? Hehe.
"Aku nak surat yang sebenar." Ujarku lagi tanpa memberi respon pada ayatnya.
Melihatkan keadaan diriku yang seperti terdesak menginginkan surat sebenar, senyuman kecil sir yang tadinya hilang muncul kembali. Automatik terkeluar keluhan kecil daripada bibirku.
"Cepat la, Ariz. Aku malas nak main-main sekarang ni." Aku pandang malas wajah sir.
Senyumannya yang baru sahaja muncul sebentar tadi, perlahan-lahan menghilang. Dah kenapa?
"Kau panggil aku apa, Shah?" Soal sir. Keningku berkerut hairan mendengar soalannya.
Aku ada salah cakap ke tadi?
Pintu kereta yang tiba-tiba dibuka daripada dalam, membuatkan kakiku berundur ke belakang secara drastik.
Wajah penuh pengharapan sir, aku pandang pelik. Butang suiz psycho dia on balik ke apa ni?
"Shah. Call me that again." Ujarnya lagi.
"Mende kau ni? Panggil apa?" Soalku kembali. Serius tak faham dengan maksud mamat ni.
"Ariz. You called me Ariz just now."
Ariz? Eh. Aku panggil dia Ariz ke tadi?
"Semalam pun. Aku ingat aku salah dengar. But, you did called me Ariz. Ayat kau tadi mengiakan pendengaran aku semalam." Kini sir tersenyum lebar seraya memandang lama ke arahku.
YOU ARE READING
Bestfriend
Fiksi RemajaHarris Naufal.....A gay? Dia sendiri pun tak sangka yang dia tu gay. Rahsia tu satu orang je yang tahu. Tak lain tak bukan, sahabat paling rapatnya sejak kecil. Shah. Atau nama panjang sikit. Shahira Natasha. Nama secantik puan punya badan. Tapi sa...