Bab 36

26 0 2
                                    

"Assalamualaikum." Aku menapak masuk ke dalam rumah yang di diami Ariz dan keluarganya berserta ucapan salam dibibir.

Tak usah nak tunggu kat luar. Bukan kurang ajar atau takde adab ke apa, tapi dah memang selalu macam tu. Mama pun dah bagi green light.

Dia kata 'Kalau Shah datang sini, anggap je ni rumah Shah. Tak payah nak segan bagai.' Takkan la aku nak menidakkan ayat orang tua-tua kan.

"Waalaikumussalam. Eh, Shah. Nak jumpa Ariz ke?" Soal Alang setelah menjawab salam yang aku beri sebentar tadi. Dia yang duduk bertentangan dengan seorang lagi jejaka jambu di atas sofa ruang tamu, berpaling melihat ke arahku.

Aku mengangguk seraya menapak ke arah mereka bersama senyuman kecil dibibir.

"Dia masih kat dalam bilik rasanya tu. Dah hampir dua jam alang duk kat sini, tak nampak pun batang hidung budak tu." Ujarnya. Aku melabuh punggung ke atas sofa yang tidak mereka duduki sambil mata memandang ke arah alang.

"Ooo. Tengah bersiap kot." Jawabku bersahaja.

"Eh? Korang nak gi mana? Lepak?" Soal alang padaku.

"Ha ah." Entah kenapa, hati aku tergerak untuk kelentong alang. Mungkin sebab aku malas nak explain sekiranya dia tanya lebih lanjut. Kang aku kata nak gi lawat kawan kat hospital, banyak pula tanya. Alang hanya mengangguk mendengar jawapanku.

Seketika matanya bertatapan dengan anak mata jejaka yang duduk bertentangan dengannya, sambil mata jejaka itu sesekali melihat ke arahku. What?

"Oh lupa. Shah, kenalkan.. Ini Faizul. Kawan alang. Haa, Faiz. Nama dia Shahirah, panggil Shah. Bestfriend Ariz." Alang memperkenalkan kami berdua. Aku dan jejaka tadi.

Faiz? Mmm. Asal cam familiar gila nama tu?

Aku pandang wajah jejaka tersebut bersama senyuman ikhlas di bibir. Cari kawan, bukan lawan. Dia turut melakukan hal yang sama kepadaku.

"Oi, riz. Tak nampak ke Shah kat sini ni? Kau dah la tak keluar-keluar bilik dari tadi. Entah apa saja budak ni buat kat dalam tu." Bebelan alang dengan nada suara yang sedikit kuat berjaya membuatkan perhatian aku beralih kepada sesusuk tubuh manusia yang amat aku kenali di hujung tangga.

"Bila kau sampai? Tak bagitahu aku pun." Tanpa mengendahkan sindiran pedas si abang, Ariz menapak mendekati aku.

"Baru je. Nak jalan dah ke?" Aku menyoal dia kembali.

Ariz kemudiannya menarik tangan kananku lalu diheretnya aku ke luar rumah. Sempat aku melambai mesra ke arah Faiz dan alang yang hanya memerhati tingkah kami berdua.

"Laju sangat kenapa nih, riz?" Aku soal dia setelah kaki kami terpacak di luar pagar rumahnya. Tangan kananku yang masih berada dalam genggamannya, aku lihat lama.

Senyuman kecil muncul dibibir tanpa aku sedari. Kata hari tu, the last nak sentuh-sentuh aku. Ni, apa ni?

"He's Z." Ha?

"Ha?" Serius tak faham. Aku terlalu happy dengan genggaman kat tangan ni haa.

Ariz pandang aku lama lalu keluhan berat dilepaskan.

"Lelaki yang ada kat dalam dengan alang tadi tu. He is abang Faiz." Ujarnya perlahan.

He what?

Oooo. Dia la penyebab kawan ak- eh no. Bukan salah dia pun sebenarnya.

Hmmm. Tapi sayangnya, handsome-handsome gitu gay. Ish ish ish. Kalau dapat kat ak- eh. Shah! Ariz kau nak campak mana?

Gurau gurau.

BestfriendWhere stories live. Discover now