Bab 7

27 2 0
                                    

Bukk! Adoi!

Kelam kabut nak larikan diri punya pasal, sampaikan tak nampak orang kat depan aku.

"Eh Cik Natasha. Sorry, sorry.. Kenapa tetiba keluar ni? Nasib baik hujung fail ni tak kena cik." Suara macam kenal.

Aku mendongak. Oh gadis manis tadi.

"Cik okey?" Dia membantuku berdiri.

Aku mengangguk laju. Baru sahaja aku ingin membuka langkah seribu, suara garau dari dalam pejabat menghalang niatku.

"Rachel. Bawa dia masuk." Empat patah perkataan. Dan aku dah kejung kat sini.

"Baik, bos. Cik Natasha, jom?" Bahu kiriku di tepuknya perlahan. Aku pandang Rachel meminta simpati.

"Cik sure dah okey?" Soalnya tiba-tiba sambil perlahan bergerak mendekati pintu bilik si tuan besar.

Tanpa di suruh, kaki ku turut bergerak mengikuti langkahnya.

"Saya okey je. Hehehe." Sebenarnya, punggung aku dah rasa sakit dah ni. Apa taknya, macam nangka busuk aku jatuh tadi.

Nasib baik lah 7th floor ni tak banyak orang sangat. Kalau tak, malu gila bhai!

Lama aku mengelamun memikirkan hal memalukan tadi, sampai tak sedar kami dah berdiri kat depan bos baru aku.

Ingatkan nak lari jauh, last-last kat depan dia juga aku berdiri.

"Ni fail dan dokumen-dokumen yang bos minta." Fail di tangan, diletakkan di atas meja.

Mamat tu mengangguk. "You can go now ." Dia melihat Rachel sekilas lalu menatapku lama.

Scary siot.

Rachel mengangguk lalu berpaling hendak pergi dari situ. Aku mengikuti langkahnya dengan yakin.

"Not you Natasha." Langkahku terhenti.

Whut? Aku kerling Rachel yang kini menutup pintu bilik pejabat dengan perlahan. Sempat dia memberiku gelak kecilnya.

Kini tinggal aku dan mamat lif.. Eh bos baru aku. Kekok gila!

Tapi, nak tak nak. Aku kena settle kan masalah ni. Tak besar mana pun kan sebenarnya. So, breath, in.. Out.... In... Out...in..ou..

"Come here." Nafasku terhenti seketika.

Diktator betul mamat ni! Tahulah bos. Tak boleh ke letak 'please' on his first sentences? Mengarah orang je tau!

Aku menoleh, memandangnya yang kini sudah menyandar di hadapan meja. Tangan di selukkan ke dalam seluar.

Eh? Tak dengar pun bunyi tapak kaki dia tadi.

"I am so sorry for what had happen before. It was not your fault. None of them yours, it's mine. My fault. Sorryyyyyyyy." Tuturku laju. Sengaja perkataan sorry ku dayu dayu kan.

Dia masih lagi dengan riak bekunya seraya memandang tajam ke arahku.

"You stepped on my foot. Hard." Suaranya dalam. Weh dendam ke apa mamat ni? Lahai. Baru pijak kaki, takkan dah goyah kot?

Aku mencebik. "Yeah. Kau jentik dahi aku takpe pula?" Bebelku perlahan. Tak nak dia dengar sebenarnya.

"What?" Laaa.. Dia dengar juga rupanya. Aku menggeleng laju.

"Now, dengan minta maaf macam tu je, kau fikir salah kau kat aku akan settle?" Duh.. Apa mamat kayu ni nak sebenarnya?

"Errr... Saya minta maaf." Aku akur kesalahan diri. Uhuhu.. Tafakur jap.

BestfriendWhere stories live. Discover now