"Kau buat apa kat sini, Mad?"
Ahmad sekadar mengangkat kedua bahunya.
"Serius ah weh. Apa kau buat kat sini? Lepak ke? Dengan siapa?" Aku tengok sekeliling. Mana la tahu ada member dia ke apa.
"Aku ada date." Jawabnya bersahaja. Wajah Lia dipandangnya agak lama.
Aku dah rasa tak sedap hati. Apa aku nak buat ni? Sah-sah la dia dah dengar 'perbincangan' aku dengan Lia kat dalam kelas pagi tadi.
"Wah. Sama la dengan diorang dua ni." Sengaja aku tekankan suara. Ingin mengingatkan dirinya tentang ayat yang aku maksudkan masa kat pagar sekolah tadi. About 'kenenkan' Riz dengan Lia. Lagipun, dia sendiri dah jelas-jelas tahu pasal aku nak satukan diorang ni. Takkan nak halang sekarang kut?
Please jangan rosakkan rancangan aku, Mad. Ni pun aku setuju nak teruskan selepas dah fikir masak-masak, siap hangit lagi kat rumah tadi.
Aku dah janji kan? So, nak tak nak. Kena la laksanakan. Lagipun, kes Ariz dah makin teruk. Z tinggalkan hint lagi. Secara terang-terangan! And as his bestfriend, I know that I need to do something.
"Kau date dengan siapa? Budak kelas kita atau kelas lain? Ke dari sekolah lain?" Soal Lia seraya memandang wajah Ahmad dihadapan. Aku dah telan air liur kat sebelah dia.
Ahmad kuntum senyuman senget dibibir lalu badan dibawa ke hadapan.
Jangan jawab benda merepek, Mad. Please. Aku meray-
"Kau." Jawabnya sepatah.
"Ha. Ha. Ha. Lawak la kau ni Mad." Aku tertawa sepatah-patah seraya mata memandang wajah Lia. Eh? Biasa-biasa je muka dia. Tak nampak terkejut pun.
"Oh." Ujar Lia sepatah. Lahai Lia. Dia fikir Ahmad tengah bergurau kut. Fuh fuh sibaik.
Ish Ahmad ni pun! Wajahnya yang jelas menunjukkan riak tidak puas hati disebabkan balasan 'oh' daripada Lia, aku tatap tajam.
"Dia ada date dengan aku." Ujarku sedikit geram. Senyuman palsu ku ukir di bibir seraya mata memandang ke arah Lia, kemudian Ariz. Dia nampak terkejut. Maaf la buddy. Aku tipu kau kejap.
"Jom ke meja sana, Ahmad Farhan?" Aku dah berdiri dari duduk. Ahmad yang faham dengan renungan tajam dan senyuman tak berapa ikhlas dariku, turut berdiri.
"Err, korang kenal-kenal la dulu eh. Riz, chao jap." Sempat aku angkat tangan kanan buat Ariz yang masih terdiam seperti tadi. Lia sekadar memerhati dan mengangguk.
Kesian member aku. Tak pasal-pasal kena tipu hidup-hidup.
Kaki dengan segera aku atur ke arah meja yang aku ingin duduki sebelum Ahmad ni datang tadi. Dia membuntuti aku dari belakang.
"Kenapa kau datang sini weh? Nak halang rancangan aku ke apa?" Aku menyoalnya dengan nada suara yang sedikit berbisik. Wajah Ahamd yang kini sudah duduk di depanku, aku pandang tajam. Kan bagus kalau tembus terus!
"Nah. Tak terniat pun sebenarnya. First tu aku just nak join korang sekejap. Then blah. But, bila kau cakap macam tadi tu. Hati aku rasa macam... Aduh." Dengan tenang dia bersuara.
Cakap macam tadi? Apa yang aku cak- oh. Sama la dengan diorang dua ni. Tu ke? Alah. Niat nak bagi amaran konon, tup-tup terguris pula hati dia.
"Sorry. Aku tahu kau suka Lia. Tapi...." Aku diam. Nak cakap apa? Tapi apa? Tapi Lia milik Ariz? Macam tu? Nak mampus?! Kang dia heret Lia balik- eh jap. Dia takde hak nak buat macam tu kat Lia.
"Tapi apa?" Disebabkan aku jeda agak lama, Ahmad menyoal.
"Tapi, boleh tak bagi aku masa seminggu?" Soalku kembali. Otak dah bagi satu idea bernas untuk aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bestfriend
Teen FictionHarris Naufal.....A gay? Dia sendiri pun tak sangka yang dia tu gay. Rahsia tu satu orang je yang tahu. Tak lain tak bukan, sahabat paling rapatnya sejak kecil. Shah. Atau nama panjang sikit. Shahira Natasha. Nama secantik puan punya badan. Tapi sa...