7 years ago...
Shah POV
Aku menguap. Mulut yang terbuka aku biarkan.
Pap! Mulutku ditekup dari depan.
Bang...sattt!
"Aku halang syaitan masuk. Kau dah la berperangai spesis tu. Kang masuk lagi, tak tau jadi apa la kau." Ariz membebel. Tangannya masih lagi menekup mulutku.
"Mm.. Mmm... Mm" Aku cuba bersuara.
"Haa tengok. Kan dah merapu entah apa-apa."
Pap! Giliranku menampar kuat tangannya.
"Ssssstttt" Dia berdesis kuat sambil mengusap lengan kanannya. Haaa, tu makan dia.
Aku jeling Ariz tajam.
"Tu bukan merapu, ngok. Aku nak cakap something, tapi kau kan tutup mulut aku. Heih, otak mana otak?"
Ariz masih lagi mengusap lengannya.
"Kot ye pun, takyah la pukul kuat-kuat." Muncung sedepa ke depan.
Kang aku hempuk juga budak lelaki ni.
"Asal tetiba ajak aku lepak?" Soalku mula serius. Cewah.
Wajahnya ku pandang.
"Aik. Salah ke aku nak ajak kau lepak?" Soalan berbalas soalan.
"Tak. Tapi dah dua hari kau tak contact aku. Call, mesej, apa pun tak. Tiba-tiba, tadi pagi call, ajak lepak."
Selepas inside dua hari lepas kat mall tu, budak ni tak chat aku langsung. Jangankan bluetick, online pun idok!
"Kau kemana selama dua hari ni?" Aku soal dia.
Dia diam. Pandangan ditalakan kehadapan.
Dan jawapan aku dibiarkan bagai angin berlalu... Kurang asam punya member. Palau aku!
"Susah sangat ke soalan aku?" Aku menyoal lagi.
"Aku.....study."
What?
"Pfft! Lawak bhai. Ha ha ha ha ha." Aku gelak palsu.
Dia hanya menjelingku selamba.
Aku balas jelingannya.
"Asal bibir kau lebam? Kau cari pasal dengan sape doh?" Kini tanpa selindung, aku menyoal.
Bukannya aku tak perasan tadi. Biarpun Ariz mengelak gila tak nak tunjuk muka dia sepenuhnya kat aku, aku nampak weh.
Apa gunanya mata yini kalau tidak melihat. Tak gitu?
Ariz sengih sumbing. Kemudian dia berdesis perlahan. Haaa, kan dah merasa.
Dah lebam tu takyah la sengih!
Tanpa aba-aba, wajahnya aku tarik menghadapku.
Hmmm.. Bibir dia lebam sebelah kiri. Patutlah asyik jeling-jeling aku je dari tadi. Sejak aku sampai sini.
Teruk juga lebam dia ni. Tempat itu aku sentuh perlahan.
"Ssstt." Dia berdesis lagi. Wajahnya yang berkerut, aku pandang lama.
"Now tell me yang sejujur-jujurnya. Dengan siapa kau gaduh ni? Kat mana dan bila?" Selagi aku tak dapat jawapan, selagi itu aku takkan larikan tangan aku dari muka dia.
Lantak dia la rasa tak selesa pun.
Dia pandang aku lama.
Mata kami bertentangan.
YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionHarris Naufal.....A gay? Dia sendiri pun tak sangka yang dia tu gay. Rahsia tu satu orang je yang tahu. Tak lain tak bukan, sahabat paling rapatnya sejak kecil. Shah. Atau nama panjang sikit. Shahira Natasha. Nama secantik puan punya badan. Tapi sa...