Aku melangkah masuk ke dalam mall bersama ais krim di tangan kanan.
Sebelum masuk mall tadi, aku tarik jaket Ariz menuju kedai jual ais krim.
Teringin nak makan sejuk-sejuk.
"Wayang apa kita nak tengok kang?" Soalku tanpa melihat Ariz disebelah.
Ariz tengok aku. Kemudian, tangannya mengambil tisu dari dalam poket beg selempangku.
Dah memang situ aku selalu letak mende alah tu. Senang nak ambil kang.
Kemudian tanganku yang terkena cairan ais krim, di lapnya menggunakan tisu. Kami berhenti melangkah.
"Kau ni la Shah. Makan ais krim tak pernah nak bersih."
Aku cebik bibir.
"Dah memang begitulah lumrah orang yang makan ais krim. Memang akan kena punya. Sebab ais krim ni benda yang cepat cair." Ujarku membela diri.
Dia menggeleng kepala lalu mengambil lagi sehelai tisu. Di lapnya lembut mulutku.
Dah biasa dah dengan gaya dia jaga aku sejak dulu. Ariz ni dah macam mak aku dah aku rasa.
"Dah." Kemudian, tisu tadi dibuangnya ke dalam tong sampah berdekatan kami.
Aku kembali menyantap ais krim. Dah nak habis. Kami kembali melangkah.
"Wayang apa weh?" Soalku lagi.
Dia tengok skrin telefon pintarnya lalu kembali melihatku.
"Hantu." Jawabnya sepatah. Hek eleh.
"Pukul 3. Aku dah beli tiket online. Sementara nak tunggu wayang tu mula, aku lapar. Jom makan." Beg selempangku ditariknya perlahan.
Eh eh.
"Jap, jap. Sikit lagi ni. Aku habiskan dulu." Kami berhenti menapak.
Aku segera menghabiskan ais krim di tangan, lalu membuang tangkai ais krim ke dalam tong sampah berdekatan.
"Jom." Bahu Ariz aku peluk lalu beriringan kami menuju ke tingkat bawah mall.
Ruang makanan. Heaven gila. Dah la aku memang tengah lapar ni.
Kecur liur tengok makanan-makanan ni semua. Perghhh enak dimakan begitu saja.
Sedang leka aku melihat makanan, figura seseorang yang amat aku kenali menghentikan langkah kakiku.
Tak berkelip mataku memandang si dia. Ariz yang kebetulan berjalan dibelakangku, terlanggar perlahan tubuhku yang mula mengeras.
"Kau dah kenapa, minah?" Soal Ariz.
"Tu......" Aku menunjuk ke arah si dia menggunakan muncung bibir. Ariz melihat ke arah yang aku maksudkan.
"Alang kan?" Soalku perlahan.
Ariz diam. Dia turut melihat lama ke arah alangnya.
"Err, Shah. Jom ah pergi tempat lain. Kita makan area sana. Jom, jom." Ariz memaut bahuku lembut lalu dengan laju menarikku menjauhi tempat makan tadi.
Aku sekadar mengikut langkah kakinya. Selera makan aku dah mati. Dia ka?
Kepala aku toleh ke belakang. Ingin mengesahkan untuk kali yang terakhir.
Namun, dengan laju Ariz menghadang pandanganku dengan wajahnya. Begitu rapat. Sampai aku terkedu habis.
"Tepi la." Aku tolak kasar wajahnya ke kiri.
Baru sahaja aku ingin melihat dengan lebih jelas ke arah alang, pipiku kiri dan kanan di pegang Ariz.
Aku dipalingkan melihat ke arahnya.

YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionHarris Naufal.....A gay? Dia sendiri pun tak sangka yang dia tu gay. Rahsia tu satu orang je yang tahu. Tak lain tak bukan, sahabat paling rapatnya sejak kecil. Shah. Atau nama panjang sikit. Shahira Natasha. Nama secantik puan punya badan. Tapi sa...