Tudung ekspress di kepala aku betulkan. Hish! Tak pepasal aku pakai tudung kat dalam rumah sendiri. Semua ni salah dia!
Wajah tenang sir yang sedang menyantap makanan berdepan denganku, aku jeling sekilas. Kemudian, aku kembali menunduk memandang makanan atas meja.
"Sir." Aku dapat rasa pandangannya beralih ke wajahku. Tak payah tengok dah tahu. Aura dia tu kuat sangat. Lain macam.
"Can you briefly tell me more about my past?" Soalku lalu pandangan jatuh pada wajahnya. Sekilas aku dapat tangkap senyuman manis yang mula terukir dibibirnya.
"Sure. Tapi lepas kita makan. Deal, Shah?" Soalnya kembali. Seperti membuat rundingan. Bincang sekarang tak boleh ke?
Aku terdengar gelak kecil keluar dari bibir ibu. Spontan mataku jatuh pula pada wajah ibu.
"Ibu?" Aku seru ibu perlahan. Dia kini tersenyum manis seraya memandang aku dan sir silih berganti.
"Lama dah ibu tak dengar ayat tu. Rindu rasanya." Senyuman ibu masih dibibir sambil mata merenung meja makan, namun aku tahu fikirannya bukan disini. Keningku berkerut hairan.
"Maksud ibu?" Ayat siapa? Yang mana satu? Aku ke -mamat ni? Wajah sir dan abah yang sedang menguntum senyum aku pandang.
"Ariz tak suka bincangkan masalah yang berat-berat waktu tengah makan. Katanya takut mati tercekik kalau-kalau benda tu benda yang boleh memeranjatkan." Jawab abah bagi pihak ibu yang kini sudah menyuap makanan ke dalam mulut.
Oooo. Aku angguk berkali-kali tanda faham. Well, ada betulnya. Kang aku tercekik kang, lain pula sakit aku dapat. Eee, minta simpang!
Simpang kat tempat mamat ni ke. Eh. Tak baik doa bukan-bukan kat orang. Apatah lagi bos sendiri. Merangkap bestfriend yang aku tak ingat.
💐💐💐💐💐💐💐💐💐
Aku melabuh punggung atas kerusi. Taman belakang rumah yang kecil milik ibu menjadi tatapanku. I know dah malam. Gelap.
But hey, ada lampu okeh? Biarpun agak malap sedikit. So, nampak juga la warna-warni bunga milik ibu.
Dan ini memang tempat favourite aku semenjak kami pindah masuk rumah ni. Damai je rasa.
Gelas minuman di tangan aku letak atas meja bulat di hadapan. Tangan naik memeluk tubuh. Tanpa sedar, memoriku mengimbau segala kejadian pelik yang berlaku semenjak dua menjak ini.
Correction. Sejak aku kenal dia. Tuan Harris Naufal.
"Assalamualaikum, bidadari." Lamunanku tersentak. Tak perlu menoleh sebab aku kenal sangat suara tu. Salamnya aku jawab dalam hati.
"Mind if I join you?" Aku belum pun memberi kata putus, dia sudah melabuh duduk atas kerusi hadapanku. Lantak dia la.
"So, about my question just now." Aku kalih pandang dia yang seenak-enaknya membawa bibir gelas minuman milikku ke bibirnya.
Hey, my drink! Aku segera ingin mengambil kembali gelas tersebut, namun cepat sahaja sir bertindak. Dia beralih ke kanan sedikit lalu dengan laju meneguk air dari gelas minumanku.
Aku buat muka lalu kembali memeluk tubuh seperti tadi. Takpe, banyak lagi minuman kat dalam. Alah, kau boleh buat sendiri kalau betul dah habis pun. Kopi je.
"Thanks." Gelas tadi dia letakkan kembali di atas meja. Aku memerhati. Wah, sampai habis kau minum eh? Dah la minum air minuman aku.
"Welcome." Aku menjawab bersahaja. Layankan.
"Shah." Panggilnya perlahan. Aku pandang tepat pada wajah kacaknya.
Ew. Gross. Tarik balik.
Asal aku cakap dia kacak?

YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionHarris Naufal.....A gay? Dia sendiri pun tak sangka yang dia tu gay. Rahsia tu satu orang je yang tahu. Tak lain tak bukan, sahabat paling rapatnya sejak kecil. Shah. Atau nama panjang sikit. Shahira Natasha. Nama secantik puan punya badan. Tapi sa...