Bab 19

28 2 0
                                    

Ariz pandang aku.

Aku pandang dia balik.

Pehal? Keningku jongket arahnya. Dah la tadi tarik tangan orang. Nasib baik tak terjatuh aku. Kalau tak, malu dengan seisi kelas. Dah la dia langgar janji dengan mama.

Hari tu baru je cakap, 'I will not tarik her again' depan mama. Puik! Melayu betul! Ouuu sebab tu ke dia senyum creepy masa tu? Eeee, aku sepak juga tak lama dia ni.

"Cakap la apa kau nak cakap. Lepas ni kelas Cikgu Halima. Dah la kerja rumah dia sikit pun aku tak buat lagi."

Tu la Shah. Masa diberi seminggu lebih kot! Kerja rumah tu bukannya susah mana pun kan. Yang kau tak siapkan dari awal tu, kenapa? Hadui laa. Tension.

Ariz tiba-tiba berlari pecut meninggalkanku di kantin sekolah.

Aik, budak ni. Dia juga yang tarik aku pi sini tadi. Kata ada hal penting la apa la. Aku dah kata aku tak lapar. Dah la homework aku........

Aduh, apa aku nak jawab dengan Cikgu Halima kang?

Aku angkat punggung sambil memikirkan ayat kelentong apa yang patut aku bagi kat cikgu.

Kakiku melangkah perlahan meninggalkan ruang kantin sekolah. Baru sahaja aku ingin membelok masuk ke kawasan kelas, tanganku ditarik dengan kuat buat kali kedua.

Bapppp.. Ergh! Durjana betul la yang tarik tangan aku ni!

"Kita ada masa berapa puluh minit je lagi weh." Ariz tarik aku menuju tempat duduk kami sebentar tadi.

Aku lempang juga mamat ni kang.

Aku labuh punggung menghadapnya. Ariz kemudian tunduk, menulis sesuatu dibuku.

Eh. Macam kenal buku tu.

"Shah, kita teruskan dengan plan kau ek?" Dia menyoal tanpa mengangkat wajahnya. Aku yang ralit memandang ke arah buku latihan ditangannya, tersentak sedikit.

"Plan apa? Oh. Carikan kau awek tu ke?" Wajahnya yang tenang, aku pandang lama.

Ariz angguk. "Cuba je la. Daripada mengalah."

Aku turut mengangguk.

"Nanti aku tolong kau usha awek. Ramai kot yang lawa kat sekolah kita." Sangat ramai. Muka macam artis korea, Yoona tu pun ada.

Ariz angguk saja. Tekun benar dia menulis sesuatu pada buku hadapannya tu.

"Kau buat apa weh?" Akibat terlalu bingung, soalan dari bibirku keluar. Apa tah yang dia khusyuk sangat.

Ariz angkat wajah memandangku sekilas seraya tersenyum kecil. Lalu menunduk menyambung kembali only-him-know-what.

Soalan aku dibiar bagai angin berlalu. Wow.

Palau lagi. Takpe, Ariz memang suka palau aku.

"By the way, Shah." Haa bersuara pun.

Aku sekadar menghmmm pendek.

"Kalau kita ikut plan yang satu tu pun, okay juga." Sambungnya.

Plan mana? Keningku berkerut. Aku pandang Ariz yang menunduk dengan seribu satu macam soalan.

"Hmm?"

Ariz masih menunduk seperti tadi. Tangannya lincah menulis atas buku latihan yang seperti aku kenali..?

"Yang why not kau je jadi girlfriend aku." Ha?

Aku terbatuk perlahan. Tak habis-habis lagi rupanya dia dengan plan yang satu ni. Aku hela nafas panjang.

BestfriendWhere stories live. Discover now