Bab 17

22 0 0
                                    

Nowadays..

Aku menapak mendekati lif hotel dengan laju.

Dah lambat, dah lambat!

Jam d pergelangan tangan kiri, aku kerling sekilas.

Pak ah! Dah pukul 11. Meeting dah mula. Dan aku masih stuck kat dalam lif.

Mampus la aku kejap lagi!

Auch!

Aku sentuh bibir. Darah. Gila!

Terlalu gemuruh punya pasal, tanpa sedar aku mengigit bibir sendiri agak kuat.

Ah! Aku takde masa nak rasa sakit bagai. Dah lambat, dah lambat.

Terbuka sahaja pintu lif, dengan pantas aku berlari anak menuju ke meeting room 3.

Langkah aku hentikan tatkala pintu meeting room itu berada tepat hadapanku.

Nafas ku tarik dalam. Lalu hembus. Tenang, Shah.

Tombol pintu aku pulas perlahan. Here we go!

Eik?

Aku pandang sekeliling. Eh?

Betul la bilik ni kan. Signboard atas pintu bilik itu aku lihat.

Ha ah. Betul la. Meeting room 3. Tapi asal kosong je bilik ni?

Tab ditangan aku buka laju. Kot-kot aku salah tengok.

Pukul 11 - Meeting with Dato Rashman. (Meeting room 3)

Haa betul lah.

Tapi...

Tiba-tiba, tanganku terasa ringan. Eh tab!

Laju aku menoleh ke sisi. Ke arah si empunya tangan yang sesedap hati dia je ambil barang orang.

"Lupa nak bagitahu kau, Dato Rashman postpone meeting hari ni. To tomorrow." Dengan selamba dia bertutur.

"Lupa nak bagitau?" Aku menyoal sinis seraya menarik nafas dalam. Panas hati aku. Tau tak aku punya kelam kabut tu tadi cemana?!

Beg tanganku ditarik ke depan membuatkan jarak aku dengan Sir menjadi agak rapat. Tapi takde la rapat sangat.

Sir diam seraya memandangku lama. Aku pun turut diam. Terkelu punya pasal. Tetiba je tarik beg orang. Terkejut tite tauu!

"Ikut aku." Beg tanganku ditariknya lagi dan membuatkan aku mengikut langkahnya perlahan dari belakang.

"Pergi mana? Meeting takde kan untuk hari ni." Aku bersuara setelah agak lama mengelu kan diri. Haa kau terbang hilang tatabahasa aku.

"Ada."

Keningku berkerut mendengar jawapannya.

Eh, bukan satu je ke meeting hari ni?

Nak tengok tab, tab tu masih kat tangan bos ke 'sayangan' aku.

Ikut je la.

🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉

Aku pandang sekilas kedai hadapan.

Kemudian, pandanganku jatuh ke muka Sir.

"Sir ada meeting kat farmasi ke?"

Seingat aku, takde mention farmasi dalam jadual harian sir.

"Ada. Meeting kita." Jawabnya selamba. Lalu ditinggalkan aku seorang terconggok berdiri kat luar farmasi.

Dia menapak masuk. Aku sekadar melihat. Malas nak ikut. Bukannya ada kepentingan pun kan. Heilaaa, kalau la aku tahu hari ni takde meeting bagai.

BestfriendWhere stories live. Discover now