Pagi menjelma.
Aku membuka kelopak mata dengan payah. Serius ngantuk weh. Tapi jangan cepat menuduh.
Aku ada bangun subuh tadi. Cuma tulah, lepas je solat subuh terus tidur balik.
Ish ish ish. Teruk gila perangai aku. Jangan diikut ya.
Huarghhhh...
Jam di dinding bilik, aku lihat.
Jarum pendek tunjuk nombor 9, jarum panjang tunjuk nombor 4.
Ooo, baru 9 lebih.
Eh apa?!
Aku yang mamai tadi terus segar. Mati la! Sir meeting pukul 10!
Dengan kadar laju, aku sambar tuala lalu menapak ke dalam bilik mandi.
Dalam masa 10 minit, aku dah siap. Rambut tak sempat nak basuh. Kang nak keringkan lagi. Ambil masa.
So, now pakai baju dan seluar. Touch up ala kadar je. Then, tudung.
Aduhmak, bab tudung ni aku stuck sikit.
Takpe, tenang Shah. Tenang. Relax. Kau stylekan je macam biasa.
Tudung bawal cotton warna kelabu menjadi pilihan. Matching sikit dengan baju yang aku pakai.
Beg kerja ni jangan lupa. Kang tertinggal kang, nak bubuh mana maklumat yang aku perlu isi untuk Sir nanti.
Okay done. Jam di dinding aku pandang sekali lagi.
9.50 am. Okay cantik! Aku siap 10 minit awal.
Sebelum aku menapak keluar dari bilik, nafas ku tarik panjang.
Come on Shah. You can do it. Just, be confident to yourself.
Kata-kata semangat sempat ku tutur buat diri.
Tombol pintu ku tekan ke bawah dan pintu aku tarik.
Bismillah...
"Eh, eh. Assalamualaikum jodoh. Tepat pada masanya."
Suara tu.
Aku tarik nafas panjang sekali lagi sebelum wajah ku angkat malas. Salamnya aku jawab dalam hati.
"Tak jawab salam, tak baik tau." Eh eh dia ni. Memandai je.
"Dah jawab la. Dalam hati."
"Tahu. Aku dengar." Dahiku berkerut. Hairan dengan balasan yang dia berikan.
Aku pandang wajahnya yang menunjukkan riak selamba.
"Haa? Macam mana boleh dengar?" Tiba-tiba dia mendekatkan telinga kirinya ke arahku seraya berkata begitu. Eh dah kenapa mamat ni? Aku tak cakap apa pun.
"Sebab.." Ayat dia gantung, lalu perlahan dia kembali berdiri tegak seperti biasa. Senyuman manis di lempar kepadaku.
"Aku ada kat dalam hati kau. Kau je yang tak perasan. Sebab tu aku dapat dengar kau jawab salam tadi."
Sesaat... Dua saat.... Tiga saat...
Terkebil-kebil mataku memandang wajah Sir yang tersenyum manis.
Dia bagi aku pickup line siaaaaa..
Ee ewww.
Aku buat muka jijik yang teramat jijik.
"Sir, sebelum kita terlambat masuk meeting, maka eloklah sekiranya kita bergerak sekarang." Sesudah berkata begitu, aku melangkah laju meninggalkan Sir di belakang.

YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionHarris Naufal.....A gay? Dia sendiri pun tak sangka yang dia tu gay. Rahsia tu satu orang je yang tahu. Tak lain tak bukan, sahabat paling rapatnya sejak kecil. Shah. Atau nama panjang sikit. Shahira Natasha. Nama secantik puan punya badan. Tapi sa...