Nowadays..
Shah POV
Aku mendekati meja Rachel dengan wajah yang tak berapa nak senyum.
Tadi habis je lunch dengan boss gila tu, aku terus menapak naik tak tunggu dia.
Eee tak nak weh!
Entah lah. Aku rasa seram pula dengan bos aku tu. Dengan ajak aku lunch sama.
Aku bukan nak perasan lebih ek? Tapi firasat aku kuat mengatakan yang mamat lif tu, tengah cuba nak ngorat aku.
Dan..
"Chelly." Rachel angkat wajah menatapku.
"Heyyy, Natasha." Dia menyapaku sambil tersenyum manis.
"Nombor yang kau bagi dua hari lepas tu, bukan nombor kau kan?" Soalku.
Senyumannya mengendur.
"Alamak. Sorry Nat, aku hanya mengikut arahan bos." Dia senyum serba salah.
Aku mencebik perlahan. Sah! Bos kami gila! Dah kenapa nak buat macam tu?
Macam dia tahu tahu je apa yang akan jadi.
"Rachel." Interkom Rachel berbunyi.
Siapa lagi kalau bukan mamat tu.
"3 minute." Ujarnya.
Aku pandang Rachel. Dia pandang aku balik seraya berdiri dan melangkah ke arah bilik pejabat Harris Naufal.
"Nanti kita sambung ek, Nat? Nak jumpa bos." Ujarnya lalu semakin mendekati pintu bilik bos.
Aku sekadar melihatnya masuk ke dalam pejabat lelaki itu.
Kemudian, ruang kerjaku aku tuju.
Punggung ku labuhkan, lalu kerja dimulai!
💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐
Selepas lunch tadi..
Harris Naufal POV
Aku mengerling wajah Shah yang jelas jelas menunjukkan riak tak puas hati di sebelah.
Senyuman yang ingin terbentuk ku tahan.
"Sedapkan makan kat mamak tadi?" Aku membuka bicara. Lebih tepatnya, ingin buat Shah makin menyampah.
Dia boo layan.
"Nanti kita lunch kat tempat lain lagi la. Tapi ma-mak juga." Sambungku.
Kali ni, Shah membalas.
"Kita? Nanti?" Soalnya.
Aku angguk. Sambil sesekali mengerling ke arahnya yang turut memandangku tajam.
"Sorry. Tak berminat." Shah kembali pandang depan.
Aku senyum senget.
"I will make you." Ucapku perlahan.
"Pardon?" Tapi minah ni dengar juga.
"I said... I will make you." Ujarku jelas.
Diam. Eh? Shah tidak membalas.
Aku menoleh ke arahnya sekilas.
Dengan selamba, Shah memandang ke hadapan semula. Laaa.. Dia buat derk je dengan aku.
Fikir aku memain ke cakap macam tu?
Lama gila kot aku cari Shah.
"Abah ibu, kat mana?" Soalku tanpa dapat ditahan.

YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionHarris Naufal.....A gay? Dia sendiri pun tak sangka yang dia tu gay. Rahsia tu satu orang je yang tahu. Tak lain tak bukan, sahabat paling rapatnya sejak kecil. Shah. Atau nama panjang sikit. Shahira Natasha. Nama secantik puan punya badan. Tapi sa...