Bab 5

26 2 0
                                    

Aku menghempaskan tubuh atas katil empuk milik Ariz. Ibu dan Abah dah tahu aku tidur kat rumah Ariz malam ni. Awalnya, memanglah ibu bantah habis. Yelah, dia dah plan nak ajar aku memasak, boleh pula aku takde kat rumah. Huhuhu. Tapi setelah dipujuk rayu, akhirnya ibu membenarkan.

Laptop milik Ariz yang terletak atas meja sebelah katil ku buka lalu aku on kan. Password aku masukkan, lalu setelah refresh mende ni sebanyak 7 kali, aku menekan folder movie.

Makanan ringan yang aku bawa dari dapur tadi, ku buka laju. It's movie time! Patutnya aku tunggu Ariz. Tapi budak putera katak tu sakit perut la pula! So tak payah la tunggu dia.

Namun, belum sempat aku enjoy tengok wayang, laptop dah ditutup dari arah belakangku. Laju aku menoleh.

Niat nak maki orang yang tutup laptop tu!

Tapi, niatku segera terbantut saat wajah pojaan hatieee berada di depan mata.

"Dah berapa kali Alang pesan, kau tu perempuan Shah. Tak elok duduk dalam bilik lelaki. Apatah lagi, tidur berdua sebilik." Ujar Harry Potter ku. Eh.

"Shah.. Wayang dah mul.." Terbantut hasrat Ariz nak tanya aku tatkala pandangan matanya mendarat ke arah Alang.

"Kau Ariz. Berapa kali Alang pesan. Korang tu bukan muhrim. Umur pun dah belasan tahun kan. Patutnya tahu mana yang betul, mana yang salah." Dah mula dah kesayangan aku ni membebel.

Rasa seronok pula tengok dia macam ni. Macam lelaki yang tengah risaukan kekasih nya. Ehek.. Tak salah berangan kan.

Ariz garu kepala seraya tayang sengih di bibir.
"Aku tak plan pun nak tidur sebilik dengan Shah, Lang. Kita orang nak tengok wayang je. Habis wayang, aku pindah la tidur bilik tetamu. Lagipun, Shah ni bukan taste aku la Lang. Don't worry. Nothing happen punya la. Percaya kat aku." Panjang lebar dia bersuara.

Aku mencebik. Memanglah bukan taste kau. Dah kau kata kau gay! Lainlah kalau aku ni lelaki.

"Even if you say like that. Tak mustahil, Ariz. Kau ni. Apa yang Alang pesan selama ni, tak pernah kau nak ambil peduli langsung. Shah ni perempuan, kau tu lelaki. Tak elok duduk sebilik kalau tak ada hubungan yang sah."

Ariz menjulingkan matanya ke atas. Mesti dia bengang gila sekarang. Lepas ni, confirm dia mengaduh kat aku.

Aduii,, aku datang sini nak lepas dari Ibu dan Abah. Bukannya nak tengok drama sebabak beradik ni.

"Yelah yelah. Habis je wayang ni, Ariz terus masuk bilik tetamu. Now please. Syuh syuh, Lang." Tubuh Harry ditolaknya keluar tanpa sempat lelaki itu menghalang. Pintu bilik terus dikuncinya rapat. Malas nak dengar bebelan abangnya la tu.

Aku hanya tersenyum senang. Dapat melihat wajah crush dah cukup bahagia buat aku! Bukan setakat nampak muka dia, siap dengar dia membebel lagi tu. Suami material betul!

"Hoi!" Kepalaku diluku Ariz kuat.

"Sakitlah bengap!" Laju tanganku naik menggosok kepala. Betul betul sakit dia luku.

"Tahu lah dapat jumpa crush, tapi aku pelik. Apa yang kau suka sangat dengan Alang tu ek? Dah lah kuat membebel, macam mak mak. Ish! Pastu, tak hensem pula tu."

Pap! Bahunya ku tampar kuat. Mengaduh kesakitan juga mamat ni.

"Cakap tu elok sikit eh? Tak hensem, mata kau. Mata aku, dia lah lelaki yang paling hensem aku pernah jumpa selepas abah aku." Puji ku melangit.

Ariz mencebik. Laptopnya dia buka kembali, lalu butang play di tekan. Tangannya tanpa segan silu, mengambil makanan dari tanganku.

Eh eh mamat ni. Nak siku aku ke apa.

BestfriendWhere stories live. Discover now