7 years ago..
Aku memandang wajah tenang ibu. Dia yang sedang melipat pakaian, aku dekati perlahan.
"Ibu. Nak tanya something boleh?"
Ibu melihat ke arahku sekilas bersama senyuman manisnya dibibir. Dia mengangguk cuma.
"Err... Sebenarnya, Shah nak tanya pasal.. Pasal hati." Aku bersuara perlahan dan agak rendah. Malu.
Pergerakan tangan ibu terhenti. Dia kini memandang lama wajahku. Tubuh di pusingkan menghadapku. Pakaian yang belum dilipat tadi, ditolak ketepi sedikit. Okeh. Now what? Girls talk ke macam mana?
Aku terkebil memandang wajah ibu.
"Who's the man? Shah jatuh cinta dengan siapa?" Soalan daripada ibu berjaya membuatkan aku tersedak air liur sendiri. Terbatuk aku dibuatnya.
Ibu tertawa kecil seraya mengusap belakang tubuhku perlahan. Aku menggeleng perlahan bersama batuk yang mula mereda.
"Nah, bu. It's not bout me. Ni pasal... Errr-kawan Shah! Ya. Dia. Err, dia suka satu orang lelaki ni. Kawan rapat dia juga. Diorang kenal dah lama. Nak dekat 11 tahun juga la. Shah -punya kawan ni, baru sedar yang dia ada perasaan dengan kawan baiknya tu. So, pada pendapat ibu.. What should she do?" Soalku sambil menjeling sekilas wajah ibu.
"Luah je la kat kawan dia tu." Jawab ibu. Dia kini sudah berpeluk tubuh di hadapanku.
"Masalahnya, bu... Lelaki tu tengah nak dikenenkan dengan satu orang perempuan ni. Takkan nak luah juga? Lagipun, hubungan ka- err diorang, kawan Shah dengan bff dia tu rapat gila. Tak merosakkan persahabatan ke nanti?" Hampir aku tersasul kat situ. Fuh fuh. Harap ibu tak perasan.
Ibu mengangguk faham mendengar ayatku. Kemudian, wajahku direnungnya lama.
"Terpulang pada kawan Shah tu. Whether she want to confess her feeling or not. Well, love need courageous. And sacrifice. So, kalau betul nak luah, just go on. Takut menyesal tak kesudah pula nanti kan. But, for ibu la kan. Better keep it quiet. Kalau betul dia jodoh Shah, berpisah jauh mana pun. You will meet and get together." Aku mengangguk perlahan. Sebelum anggukanku itu terhenti secara drastik. Ibu cakap apa tadi? Jodoh Shah?
"No no no. Like I said tadi, bu. This is not about me. Ni pasal kawan Shah tu. Not me." Dengan laju dan agak sedikit panik, aku menafikan.
Ibu hanya tergelak seraya menyambung kembali kerjanya yang tergendala sebentar tadi.
"Betul, bu. Ni bukan pasal Shah. Ni pasal kawan Shah." Err fikir satu nama Shah. Lia? Jap. Takkan nak guna nama Lia pula. Padahal dia tu la perempuan yang nak dikenenkan tu. No no.
"Nama kawan Shah tu Irah, bu. Dia suka dengan kawan rapat dia, nama Fuan." Beriya-iya aku memberitahu ibu. Dia hanya melihat ke arahku sekilas kemudian kembali melipat pakaian.
"Ya ibu percaya. Cumanya, kamu tolong pesan la kat kawan kamu tu Shah. Budak sekolah lagi kan? Jadi ada eloknya fokus pada belajar dulu. Pendam rasa tu. Nanti bila tiba masa yang sesuai, barulah luah kemudian lamar. Kejar dulu cita-cita. Bahagiakan dulu ibu bapa." Mendalam maksud nasihat ibu. Aku menunduk. Mungkin betul. Lagipun, dia dah ada Lia. Biarpun belum official lagi, tapi dah menuju ke arah itu.
Jadi, aku kena bersedia dengan segala kemungkinan. Hati dan mental kena kuat! Haip! Like ibu said tadi, kalau betul ada jodoh..We will meet again and be together forever.
"Nanti Shah sampaikan." Aku memeluk lembut bahu ibu lalu berlalu keluar dari bilik ibu dan abah.
💐💐💐💐💐💐💐💐💐
"Kenapa kau dengan Lia tak jadi pula? Aku ingatkan selepas korang bersetuju nak date tiga empat kali tu, means dah settle down. Tapi.. Why?" Aku menyoal. Walaupun hati aku sedikit lega dan girang sebab diorang tak jadi, tapi... Bagaimana dengan perasaan Lia? Bukan dia sukakan Ariz ke?
YOU ARE READING
Bestfriend
أدب المراهقينHarris Naufal.....A gay? Dia sendiri pun tak sangka yang dia tu gay. Rahsia tu satu orang je yang tahu. Tak lain tak bukan, sahabat paling rapatnya sejak kecil. Shah. Atau nama panjang sikit. Shahira Natasha. Nama secantik puan punya badan. Tapi sa...