Bab 8

30 1 0
                                    

Seminggu aku jadi PA Harris Naufal.

Dan jujur aku katakan, nama dia kedengaran familiar gila kat telinga aku.

Dejavu kah?

"Natasha." Interkomku berbunyi.

Aku yang faham dengan panggilan itu segera bergerak ke arah pejabatnya bersama tablet di tangan.

Pintu bilikku ketuk.

Tiada sahutan dari dalam.

Aku mengetuk pintu bilik pejabatnya sekali lagi. Kali ni lebih kuat.

Pun, tiada sahutan. What the..

Tanpa membuang masa, tombol pintu ku pulas perlahan dan aku menjengukkan kepala sedikit ke ruang pejabatnya.

Bibir ku kertap geram sebaik sahaja aku ternampak kelibatnya sedang duduk tersenyum sambil matanya memandang ke arahku.

Dia sengaja! Childish gila perangai!

Tanpa suara, aku menapak masuk lalu berdiri tegak di hadapan meja kerjanya.

Tablet ditangan aku nyalakan.

"Today you don't have any appointments, Sir." Aku memberitahu akan jadual kerjanya pada hari ini.

Wajah ku angkat kembali.

Dia masih memandangku dengan senyumannya tadi.

Pehal mamat ni? Dah la seminggu tak masuk kerja.

Semenjak aku mula kerja seminggu yang lalu, sejak itu lah sir aku ni takde. Outstation kata Rachel.

Lagipun, seminggu tu dah kira training week untuk aku.

"Kalau dah takde apa-apa, saya minta diri..."

"No. You can't." Dia memotong ayatku.

Aku cengang. Hah? Apa lagi dia ni?

"You have to join me. Lunch." Sambungnya.

Aku diam. Did he just..?

"Pardon?" Aku melihat ke arahnya bingung.

Dia menatapku, masih dengan senyuman tadi.

"Lunch. You and me."

"Just...the two of us, Sir?" Aku meminta kepastian.

Dia angguk.

Okay, this is weird.

"Why?" Soalku tanpa berselindung.

"Because I miss you." What? Aku salah dengar ke apa ni?

Aku pandang dia. Dia pandang aku balik dengan riak wajah serius.

"No." Laju aku menolak ajakannya.

"What no?"

"Aren't you a gay, Sir?" Tanpa sempat ku tahan, mulutku menyoal laju.

Dia tertawa kecil.

"Then, takkan takut dengan gay? It's just a lunch." Yeah. And the reason of why you want to have lunch with me, scared me the most.

Gay...rindu aku? Lagipun, aku bukannya kenal sangat dengan mamat lif ni. Jadi bos pun baru seminggu. Tu pun, hari ni baru nampak muka dia balik.

"Kita pernah kenal ke sebelum ni?" Sumpah aku cakap. Nama dia familiar gila weh!

Dengan gaya dia sekarang yang...acah-acah bekas kekasih aku. Puik! Kenal pun tidak. Tu pun sebab aku kerja kat syarikat besar ni.

BestfriendWhere stories live. Discover now