"So, sir nak turun ke tak ni?" Soalku buat sekian kali seraya memandang malas ke arahnya.
Dia juga yang berkeras nak hantar aku balik rumah tadi. Siap kata nak jumpa ibu dan abah la apa la. Tup-tup dah sampai ni, aku tengok reaksi sir macam takut nak jumpa diorang pun ada. Apekedehal?
Sir pandang aku semula bersama riak wajahnya yang semakin resah, tapi cuba dikawal.
Eleh dia ni. Kata bff aku dulu, takkan tak tahu seketul Shah ni hebat dalam menilai reaksi manusia.
"Err..." Dia teragak-agak nak bagi jawapan. Bhai, simple kot soalan aku tadi tu. Nak turun ke tak. Just say yes or no.
"Kalau macam tu, saya turun dulu la yer. Penat. Nak rehat. Assalamualaikum, sir. Terima kasih sebab sudi hantar saya balik." Aku menapak keluar dari perut kereta miliknya. Dengan hanya menggalas beg tangan, aku melenggang kangkung menapak ke arah rumah sederhana besar milik abah.
Eh? Bagasi aku woi!
Dengan kelam kabutnya, aku berpaling ke belakang semula. Nasib baik kereta mamat tu masih ada kat situ. Aku melangkah kembali merapati kereta tersebut.
Heiya. Punya la. Boleh-boleh aku lupa bagasi aku sendiri! Ni semua mamat tu punya pasal. Lama dah sebenarnya kami sampai. Tapi mamat tu takde tanda-tanda nak turun ke apa pun. Dia cuma tenung pintu rumah milik abah bagai nak tembus, dengan riak wajah gelisah dan resahnya tadi.
Aku duk tanya-tanya dia banyak kali, nak turun ke tidak. Nak turun ke tidakkk. Tup-tup, aku pula yang lupa barang aku.
Baru sahaja aku ingin mengetuk cermin tingkap kereta itu, pintu di sebelah seat pemandu terbuka dari dalam.
Dan keluarlah si jejaka yang sedari tadi tak jawab soalan aku. Ceh mamat ni. Tadi aku tanya nak turun ke tak. Dia jawab errr errr errr. Nak je aku lempang kuat-kuat. Ni kenapa tetiba keluar kereta pula ni.
Bonet kereta dia tuju. Ooo, nak keluarkan bagasi aku rupanya. Jadinya, dia perasan la kebodohan diri ini? Uhuhu. Tak sangka, aku mengaku bodoh. Facepalm muka sendiri.
Dia mendekatiku seraya mengangkat bagasi tak berapa besar di tangan kanannya.
"Jom la naik. Kau jalan dulu, sebab kau tuan rumah." Ujarnya sambil menatapku.
Aku sekadar mengangguk lalu kembali menapak mendekati rumah abah. Eh rumah keluarga kami, means rumah aku la juga kan. Haip! That's not the point here.
Sampai je depan pintu rumah, bagasi tadi sir letakkan atas lantai dengan perlahan. Aku memberi salam agak kuat seraya menekan butang yang berada di sebelah kiri pintu.
"Waalaikumussalam, Shah ke tu-" Pintu terbuka dari dalam bersama suara ibu yang membalas salam yang ku beri tadi. Namun, pandangannya tidak terpaku padaku. Wajah ibu yang mula berubah riak, menarik minatku.
Aku turut memandang sir disebelah. Cumanya, riak wajah aku dan ibu, cukup berbeza. Aku pandang sir biasa-biasa je. Ibu pula- aku pandang ibu kembali. Kenapa macam terkejut benar reaksi ibu? Kenal ke? Jadi betul la apa kata sir kat pantai tempoh hari?
"Ibu." Sir menunduk cara sopan seraya menggelar ibuku 'ibu'. Aku kalih pandang, nak tengok reaksi ibu. Masih tersisa riak terkejut tadi, tapi kini disertai air mata. Eh? Ibu menangis?
"Err.. Ibu okay?" Aku soal ibu lalu memegang perlahan bahu kanannya. Ibu kalih pandang aku. Ha.. Baru reti nak lihat anak sendiri. Eh. Hehehe. Gurau je.
Ibu angguk lembut seraya menarik tubuhku masuk dalam pelukannya. Eh eh. Ni tahap rindu gaban kat aku ke macam mana? Pelukan dan aura ibu kali ni, lain macam sikit. Tapi, dah kena peluk kan, aku balas la pelukan ibu lagi erat.

YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionHarris Naufal.....A gay? Dia sendiri pun tak sangka yang dia tu gay. Rahsia tu satu orang je yang tahu. Tak lain tak bukan, sahabat paling rapatnya sejak kecil. Shah. Atau nama panjang sikit. Shahira Natasha. Nama secantik puan punya badan. Tapi sa...