7 tahun kemudian...
Aku mencapai telefon bimbit milikku yang berdering nyaring sedari tadi.
Siapa lahai gerangannya yang call aku ni?
Panggilan ku jawab tanpa melihat pemanggil talian.
"Assalamualaikum. Ha hello?" Jari pantas menaip pada keyboard laptopku.
"Waalaikumussalam. Boleh saya bercakap dengan cik Shahirah Natasha Binti Aiman?" Formal sungguh soalannya.
Eh nama aku.
"Ya saya?" Jari jariku berhenti menaip. Fokusku lebih kepada pemanggil di talian.
"Saya wakil dari syarikat Emir Holdings, company yang cik pergi temuduga minggu lepas. Tahniah..." Dan selanjutnya aku dah macam 'hilang' dah.
Happy gila! Tak sangka aku dapat juga kerja tu.
"Err bila saya boleh mula kerja?" Tanyaku sopan. Dah kena terima, kenalah sopan. Tak gitu.
Sedang menahan jeritan gembira sebenarnya.
"Cik dah boleh mula kerja besok." Jawabnya dihujung talian.
Aku menge'yes' kan tanpa suara. Alhamdulillah.
Akhirnya dapat juga kerja.Setelah selesai bertanya itu ini, talian dimatikan.
Excited punya pasal, aku tinggalkan laptopku atas katil lalu meluru laju ke almari pakaian.
Apa nak pakai besok? Apa nak pakai besok? First day kut. Kenalah nampak lawa gitu.
_____________________________________________Aku melangkah penuh anggun seorang wanita masuk ke dalam bangunan gah tu.
Emir Holdings. Antara syarikat besar kat dalam Malaysia ni. Tak sangka aku dapat!!!!
Ibu dan abah pun gembira macam aku.
Waktu sarapan tadi, ibu menghidangkan ku segelas air susu dan nasi lemak.
Excited punya pasal, sampaikan ibu lupa yang aku ni tak minum susu. Lahai ibu... Berdekah abah gelakkan aku.
Takde lah. Tak lah berdekah sangat abah gelakkan aku, ketawa kecil je.
Gila nak berdekah? Kang tak pasal pasal, kena humban periuk dengan ibu.
Akhirnya aku hanya minum air kosong dan membaham nasi lemak tadi. Syukurlah dah isi perut. Kan kan.
Eh yang aku melalut ingat pasal sarapan tu kenapa?
Aku segera menapak ke arah lif. Nasib aku baik hari ni, pintu lif terbuka sebaik sahaja aku ingin menekan butang di tepi.
Tanpa berlengah, aku melangkah masuk ke dalam lif. Nombor 7 ingin ku tekan. Tapi eh..orang kat belakang aku ni dah tekan rupanya.
Wah.. Office mate aku ke? Nak jadi ramah sekarang ke tak? Ramah ke tak? Ke nanti je? Ke..
"New staff?" Aku terperanjat teruk sampai terjongket bahu aku dek soalan mengejutnya.
Aku mengalihkan pandangan ke belakang, lalu menggangguk.
Hensem orangnya. Dan... Nampak familiar.
Tiba-tiba dia mendekatkan diri padaku. Drastik aku berundur laju ke belakang.
Cis! Asal lif ni sempit bak hang! Aku dah tersepit antara dinding lif dan mamat tadi.
"Kau pehal doh?" Keluar dah perangai sebenar aku. Wajah bekunya ku tatap marah.
"This is VVIP lif. Usually, pekerja biasa yang naik lif ni, akan keluar dari bangunan ni, within one hour. Which mean, di pecat serta merta. But," Dia menjauh. Tangan disilangkan di dada.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bestfriend
Teen FictionHarris Naufal.....A gay? Dia sendiri pun tak sangka yang dia tu gay. Rahsia tu satu orang je yang tahu. Tak lain tak bukan, sahabat paling rapatnya sejak kecil. Shah. Atau nama panjang sikit. Shahira Natasha. Nama secantik puan punya badan. Tapi sa...