Harris Naufal POV
(Hospital Queen Elizabeth - SABAH)
"Macam mana saya nak pulihkan kembali ingatan dia, doktor? Without hurting her." Soalku tanpa melepaskan pandangan daripada wajah tenang Shah yang tidak sedarkan diri.
"Otak manusia antara salah satu organ yang sangat hebat. It protect us from things that we don't want to remember the most or, things that can make hurt us. That's why, some peoples that had experienced bad or traumatised incident loses part of their memories." Terang doktor tersebut.
Tidak sesaat pun aku melepaskan pandanganku daripada wajah Shah yang terbaring di hadapan.
"Tapi, kalau dia sendiri yang nakkan memori tu? How, doc? There must be a way. Any way." Ujarku lagi. Wajah doktor itu, aku pandang sekilas sebelum mataku jatuh ke wajah Shah kembali.
"Hurmm.. Then, bawa dia ke tempat yang pernah dia tuju dahulu. Atau....ke tempat di mana berlakunya kejadian yang make her lost her memory. But, I can't give you a promise that it won't hurt her. Kalau pun bukan mental dia, maybe her heart. Perasaan dia. Because whatever it is, itu benda yang otak dia chose to forget about. Just, be extra careful." Pesan doktor itu sebelum berlalu keluar dari bilik sakit Shah.
Tamat imbas kembali.
"Alang? Isn't it?" Soalan daripada Shah membuatkan kepalaku tertoleh ke sebelah dengan laju. Reaksi wajah Alang yang semakin memucat, dapat kami lihat dengan jelas.
"Kau nampak dia dalam mimpi?" Soalku. Wajah Shah kini menjadi tatapanku. Menanti jawapan daripadanya.
Shah mengangguk selamba sebelum matanya tertuju ke arahku.
"Masa tu, kita nak pergi lawat Ahmad dekat hospital. Aku datang rumah kau, then terjumpa dengan encik ni kat... Err.. Situ. Betul-betul kat situ." Shah menunjuk sopan ke arah tempat dimana Alang tengah duduk sekarang ni.
"Ooo yang tu." Nafas yang aku tak tahu sejak bila tertahan, segera aku hembus lega. Namun rasa takut yang sering bertandang dalam diri aku dahulu, terasa muncul kembali.
Apa yang kau cuba buat, riz? You want to make her remember it or not? If yes, then don't be a cat! Kalau kau takut, siapa lagi nak tolong Shah kembalikan memori dia?
"Dia ke orang yang sir maksudkan?" Soalan daripada Shah mengembalikan aku ke dunia nyata. Reality yang agak pahit.
Reaksi penuh ingin tahu terpamer jelas pada wajahnya.
"Shah, meet Harry. Atau nama yang kita dua selalu panggil dia dulu. Alang." Ujarku memperkenalkan mereka berdua. Seperti orang yang baru sahaja bertemu buat pertama kalinya. Well, it is. Except the fact that they did knew each other 7 years ago- okeh enough talking bout that '7 years' stuff.
Shah hanya berdiam diri bersama senyuman yang agak palsu terukir di bibirnya. Mata pula memandang lama ke arah wajah Alang. Okay... Dia dah ingat ke? Did her memories back?
"Shah?" Aku seru namanya perlahan. Cuba mengembalikan dia ke dunia reality. Namun, tiada reaksi yang aku dapat darinya.
"Shah-" Baru sahaja aku menyeru namanya sekali lagi, Shah memotong laju suaraku dengan ayat yang seperti sengaja digantung lama olehnya.
"I bet...." Shah jeda.
Aku menahan debaran yang kembali bertandang di dada.
"You are the real reason on why I'm being like these, few years ago. Correct me if I'm wrong." Dengan jelas dan lancar ayat itu keluar daripada mulut Shah. Aku tergamam.
Perlahan, kedua mata aku labuhkan ke arah wajah Alang yang sepertinya sama terkejut denganku.
"Is it..... Is it true?" Sedikit tergagap suara Shah menyoal kami kembali. Aku pandang ke arah Shah semula. Dia yang kini sudah berdiri statik di hadapan kami, membuatkan aku turut melakukan hal yang sama.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bestfriend
Teen FictionHarris Naufal.....A gay? Dia sendiri pun tak sangka yang dia tu gay. Rahsia tu satu orang je yang tahu. Tak lain tak bukan, sahabat paling rapatnya sejak kecil. Shah. Atau nama panjang sikit. Shahira Natasha. Nama secantik puan punya badan. Tapi sa...