"Aku nak jenguk ibu dan abah boleh?" Soalan yang keluar dari arah kanan membuatkan kepalaku tertoleh kesana.
Wajah sir aku pandang lama. Like, seriously? Kau dah ikut aku sampai depan pintu rumah abah kut. Baru nak tanya?
Aku boo layan soalan dia. Tombol pintu aku buka pantas.
"Assalamualaikum, ibu abah." Ucapku sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam rumah.
Abah yang berada di ruang tamu melihat ke arahku sekilas seraya membalas salam yang aku beri tadi. Manakala, suara ibu kedengaran menjawab salam dari arah dapur.
Tubuh abah aku dekati. Tangannya aku capai dan salam.
"Assalamualaikum, abah." Elok aje aku berdiri ketepi sedikit, sir mengambil alih tempatku tadi lalu turut menyalam tangan abah.
"Eh. Ariz. Waalaikumussalam. Laaa, tak perasan kamu ada sekali tadi. Shah pun senyap je." Ujar abah yang kini tersenyum lebar seraya memandang wajah sir.
Ewah ewah abah. Tadi aku salam tangan dia, takde pula senyum lebar siap pandang lama-lama macam tu. Siapa anak abah sebenarnya ni?
"Shah pula yang kena. Dia sendiri yang masuk ikut Shah." Aku mula membebel kecil. Tanda tidak puas hati.
"Shah. Tak baik cakap macam tu. Ariz ni tetamu. Lagipun, dia bukannya orang luar." Ujar abah pula mempertahankan sir.
Aku pandang geram wajah sir yang jelas nyata tengah perli aku sekarang ni.
Tengok tu! Siap angkat-angkat kening tengok aku. Dengan senyum sinis bagai. Ergh!
"Takpe. Ariz faham keadaan Shah." Sir yang kini membalas pandangan abah, aku lihat bengang.
"Shah naik dulu. Nak bersihkan diri apa semua." Ujarku memberitahu sejurus mataku dan mata sir bertemu pandang sekali lagi.
Kaki aku atur menuju anak tangga. Baru sahaja berada di anak tangga yang kedua, aku membalikkan tubuh lalu bergerak turun ke bawah semula.
"Eh kata nak naik?" Sir yang sudahpun melabuh punggung atas sofa sebelah abah, menegur aku yang lalu disitu.
Aku pandang dia sebelah mata cuma. Heh! Kau hebat Shah.
"Nanti. Ada benda aku lupa." Balasku bersahaja seraya kaki menapak masuk ke ruangan dapur.
Kelibat tubuh ibu yang sedang memotong sayur, aku dekati. Dia sekadar mengangkat wajahnya seketika bersama senyuman kecil dibibir. Lalu, menyambung kembali kerjanya sebentar tadi.
"Nak salam." Tangan aku hulur ke arahnya.
"Tangan ibu kotor." Ujar ibu. Tapi dihulur juga tangan kanannya ke arahku.
Aku tergelak kecil melihat tingkahnya. Tangan kanan ibu aku sambut lalu cium perlahan.
"Takpe. Tak kotor mana pun."
"Ah kalau macam tu. Cium yang ni pula." Ibu menghulurkan tangan kirinya kepadaku.
Aku tergelak lagi. Tangan kiri ibu juga aku sambut. Lalu cium.
"Kaki ibu tak nak cium?" Soal ibu lalu tergelak.
Amboi, bu. Gurau kasar pula dia.
"Bak. Nak cium." Aku pun layankan saja.
Ibu tergelak lagi. Sampaikan dengan aku-aku sekali gelak.
"Okay la. Shah nak naik atas. Nak mandi apa semua. Nanti dah siap, Shah turun tolong ibu." Ujarku memberitahu setelah gelak kami beransur reda.
"Takpe. Dah nak siap dah pun."
Aku sekadar mengangguk faham lalu ingin melangkah keluar dari ruangan dapur.

YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionHarris Naufal.....A gay? Dia sendiri pun tak sangka yang dia tu gay. Rahsia tu satu orang je yang tahu. Tak lain tak bukan, sahabat paling rapatnya sejak kecil. Shah. Atau nama panjang sikit. Shahira Natasha. Nama secantik puan punya badan. Tapi sa...