Bab 35

19 1 0
                                    

7 years ago....

Aku tatap bintang di langit. Malam yang indah. Dan aku ditemani Ariz disebelah. Yang turut mendongak ke langit.

"Kenapa kau bawa aku lepak sini? Kau okay? Ke masalah tu semakin berat? Atau, kau ada berita gembira nak bagitahu aku?" Soalku perlahan. Mata kemudiannya mengerling sekilas ke arah Ariz yang masih menatap langit malam.

Bukan apa. Tapi tempat lepak ni, selalunya kami akan 'ziarahi' kalau-kalau tengah down teruk atau tengah gembira habis. Yelah, sebab tempat ni tenang dan indah.

Tengok la sekarang. Cantik je pemandangan. Nasib baik hujan tak turun hari ni. Eh. Tak baik. Rahmat tu Shah. Eh. Tapi cuaca elok macam ni pun rahmat juga. Semuanya rahmat Allah.

"Kau percaya cinta, Shah?" Soal Ariz tiba-tiba. Membuatkan hatiku berdebar laju namun aku tutup dengan tindakan mengangkat bahu.

"Entah. Asal?" Jawabku bersahaja.

Buk! Aduh. Aku menggosok bahu kiriku yang baru sahaja menerima tumbukan darinya. Tak sakit mana pun. Saja je.

"Betul-betul la weh!" Amboi, marah benar!

"Betul la entah. Aku tak tahu. Yang kau beria tanya ni kenapa?" Nak tahu juga. Apa sebabnya beria sangat? Ke dia dah tangkap cintun ngan aku? Hehe. Mana la tahu.

"Then, kalau kita teruskan dengan plan tu..kau okay tak?" Soalnya lagi. Aku terdiam seketika. Plan apa? Jangan cakap yang...

"Plan mana? Kita banyak plan apa." Tanpa basa basi, aku soal dia pantas.

"Be my partner." Jawabnya serius. Aku terkedu sesaat.

Kemudian, gelak tawa aku lepaskan bagi menutup tinggi mana level keterujaan yang aku rasakan sekarang ni.

Crush kau sendiri bawa couple siaaa! Gila tak terujaaaaa.

"Mimpi apa kau malam tadi Riz?" Soalku masih tertawa. Kononnya tak berapa kesah sangat la. Walhal, dalam hati.

Lagipun, kalau Ariz bergurau lagi macam mana? Tak ke kantoi aku minat dia, kalau jawapan aku 'YES AKU SUKA IDEA TU!'.

"Aku mimpi Z."

Automatik, ketawaku mati. Boleh pula aku lupa masalah serius sahabat aku ni!

"Takde plan lain ke, Riz?" Soalku cuba bertarik tali. Kau perempuan Shah. Kena jual mahal sikit. Lagipun, Ariz tak tahu kau suka dia. Kang dia tahu, mampus putus persahabatan korang.

Dia menggeleng perlahan. Dan aku menarik nafas dalam-dalam. Maybe this is it! Ini peluang aku untuk buat dia sukakan aku!

"Then, kita cuba lah." Putusku akhirnya.

Ariz kemudiannya tersenyum lega lalu memaut bahuku. Gaya buddy gitu.

"Thank, bro." Ucapnya. Dan biarpun hatiku sedikit pahit mendengar gelaran 'bro' daripadanya, well at least I get the chance!

Peluang untuk tukarkan panggilan tu. Hue hue hue.

"You're my world, riz. Of course I will help you." Ujarku tulus. Bahunya aku paut kembali lalu mata melihat ke langit.

"Err.. By the way, nanti kita dah tak boleh sentuh-sentuh macam ni tahu? Ni last." Ujar Ariz tiba-tiba sambil melepaskan pautan di bahuku.

Aku pandang dia sekilas lalu mengangguk. Faham. Eh jap. Aku turut melepaskan tautan di bahunya. Tubuh aku bawa menghadap Ariz.

"But why?" Ha ah. Kenapa? Selama ni okay je paut bahu, sampai peluk-peluk bagai semua.

"Sebab haram la. Aduhai kau ni. Kan mama papa dengan ibu abah selalu pesan macam tu. Lagipun, kita dua dah besar. Rasa macam, tak elok la sekiranya bersentuhan bukan mahram. Kan kan?" Wow.

BestfriendWhere stories live. Discover now