Bab 24

19 1 0
                                    

7 years ago...

Aku menguap panjang seraya membuka tingkap bilik. Jam di dinding, aku pandang sekilas. Dah pukul 2 pagi. Apa budak ni mahukan?

Nasib baik aku tak silentkan phone. Ceh! Bila masa pula aku silent phone? Ariz ni pun satu. Boleh pula dia call masa aku tengah sedap menganyam mimpi? Hampeh punya member.

Ikutkan hati, lantak dia la. Tapi, dah 4 kali telefon berdering. Mahu tak mahu, aku angkat la juga panggilan darinya. Nampak macam penting semacam je.

Elok je aku hoi kan dia, suara serak basah miliknya membuatkan mataku terbuka luas. Seperti orang yang baru selesai menangis. Atau sedang menangis.

Then dia kata dia kat depan tingkap bilik aku sekarang. Ada hal penting katanya nak bagitahu.

Aku pandang raut wajah Ariz samar-samar di luar tingkap bilik tidurku. Tak boleh nak keluar melalui tingkap, sebab ada gerigil besi. Eh gitu ke ejaan dia?

"Hmm?" Aku menyoal bersama suara yang masih lagi serak-serak basah. Al maklumlah, baru je kena kacau tidur sebentar tadi.

"Aku...aku nak bunuh diri Shah." Jawapan darinya berjaya membuatkan kantukku hilang. Mula-mula tu memang la aku hmm kan lagi, tapi bila otak dah berjaya menganalisis ayat dia, auto segar biji mata yini.

"Wait. Kau pergi depan. Aku keluar." Dengan itu, pantas saja kaki ku melangkah keluar dari bilik tidur. Pintu utama rumah aku buka luas.

Terpancul Ariz bersama riak wajahnya yang nampak benar kusut. Matanya naik memandang tepat anak mataku.

Dang! Air mata Ariz bertakung weh!

"Shah..." Serunya perlahan. Setitis air mata Ariz jatuh mengalir ke pipi. Aku yang masih tidak faham berasa sebak dan sempit di dada.

Tanpa aba-aba, aku mendekati dirinya.

Kepala Ariz aku tarik perlahan, bawa landing atas bahu kanan. Aku usap belakang kepalanya. Terasa baju bahagian bahuku basah.

"Ssh.. It's okay, riz. I'm here." Pujukku lembut. Please jangan lemah riz. Kau nangis macam ni, buat aku nak nangis sama woi!

Ariz kelihatan begitu lemah sekarang. What happened to you?

Sisi baju kiri dan kananku digenggamnya erat. Wajah disembamkan betul-betul antara leher dan bahu kananku.

Okeh. Aku mengaku. Aku agak tersentak, terkejut dan segala macam ter la. Tapi, tak sampai hati pula nak tolak mamat ni. Nampak macam dia perlukan aku sekarang. Lagipun, kami member kan? Hal-hal macam ni, aku patutnya dah biasa.

Tapi kenapa, dada aku berdebar semacam?

"Ssshhh. Let it go, riz." Nak je aku nyanyikan lagu frozen tu. Tapi, macam tak sesuai dengan keadaan sekarang. Hmmmm.

Selang beberapa minit kemudian, Ariz melepaskan genggamannya pada bajuku. Kepala turut dijauhkan. Matanya merenung aku lama.

Aku usap lagi kepalanya perlahan. Mata kami bertembung.

"Okay dah?" Soalku agak lembut. Nak memujuk kan. Takkan nak kasar-kasar macam selalu, kang nangis lagi mamat ni. Dah la bahu aku dah naik kebas. Kaki pun dah agak sakit.

Bongok kau Shah. Tak ikhlas bantu member.

Takde la. Gurau je.

"Sorry. Aku basahkan baju kau." Ucapnya serak. Awlolo, nampak comel pula budak bertuah ni.

"Lek ah. Kata member. Lagipun, tak kotor mana. Boleh je minta tolong ibu cuci nanti." Tuturku selamba.

Buk! Kepalaku diluku perlahan dari arah depan.

BestfriendWhere stories live. Discover now