"So here we are again." Sir membuka suara. Semenjak aku melabuhkan punggung beberapa minit yang lalu, suasana sepi menyelubungi kami.
Awkward~
Nasib baik dia tegur dulu. Aku agak malas sebenarnya nak memulakan perbincangan yang secara tiba-tiba seperti ini. Dah la di awal pagi.
"Ada apa-apa yang kau nak tanya?" Dia menyoal setelah mendapat anggukan kecil dariku sebagai balasan ayatnya tadi.
Aku tarik nafas dalam. Wajah sir aku pandang.
"Ahmad." Satu baris nama meniti dibibir berjaya membuatkan pandangan terkejut sir beralih pada wajahku.
"You -you remember him." Tuturnya perlahan. Agak sayu.
"Kinda. Macam yang saya explained kat Airport semalam, I only know their name. So, Ahmad tu siapa?" Soalku setelah mengingatkannya kembali akan peristiwa kelmarin.
"He's your deskmate. And.." Jeda. Dia menarik nafas seketika sebelum menyambung ayatnya.
"Was your boyfriend."
Aku berdiam diri. Cuba menganalisis maklumat yang aku dapat. Did Ahmad? Tapi kenapa aku tak rasa macam tu? In my dream, biarpun sekadar mimpi.. But. That may be the past me. The story of my past. Yang aku lupa.
I just. I can tell that aku dengan Ahmad, bukan lah seperti yang dikatakan sir. Tapi takkan dia nak menipu kan? Apa yang sir dapat kalau betul dia tipu aku pun? Manipulation my mind? Duh.
"He's not my boyfriend." Ujarku menidakkan ayatnya.
Sir pandang aku, agak lama. Bibirnya menguntum senyuman manis.
"Yah. He's not. At least, you do remember some facts." Ujarnya pula.
Aku hanya diam sambil merenung wajahnya. Patutkah aku ceritakan padanya? Atau hanya berdiam diri sahaja sehingga mimpi seterusnya datang?
Should I... or shouldn't I?
"Yes, Shah?" Dia masih memandangku sambil tersenyum seperti tadi.
Eh tahu pula mamat ni aku nak cakap sesuatu dengan dia. Obvious sangat kut?
"Actually, aku mimpi." Beritahu ku singkat.
Kening sir aku lihat berkerut hebat.
"Mimpi apa? Pasal kita ke?" Soalnya pula.
"Emm. Lebih kurang macam tu la."
"Kalau tak keberatan, can you tell me the specific place or whatever yang kau mimpi tu?" Tidak mendesak dan tidak juga terlalu membiarkan. Gentleman juga cara sir minta kebenaran dengan aku.
"Masa tu kita kat sekolah, then habis sekolah kita pergi kat satu cafe ni and.. Err. Ha! A date. Yah. It's about a date. Between, Ariz dengan Lia. And saya dengan Ahmad." Beria aku mengingat kembali mimpi tadi pagi.
"Oh. The first date. The beginning of our story." Sir memandangku tidak lepas.
"The beginning?" Aku mengulang ayatnya dalam bentuk soalan.
Sir hanya tersenyum sambil mengangguk perlahan. Takde tanda-tanda nak explain kat aku pun.
Ok fine! Tak nak story sekarang takpe, nanti-nanti je la aku tanya dia pasal the beginning tu.
Aku sekarang ada benda lain nak tanya sebenarnya.
"Nak tanya sesuatu boleh?" Dah dia minta kebenaran cara gentleman dengan aku tadi, so aku kena lah contohi akhlak baik dia. Minta kebenaran cara baik.
Sir jongket kening cuma. Kini matanya memandang taman kecil milik ibu.
"Kau dengan Lia... Err, macam mana?" Entah kenapa, hati kecilku memberontak ingin tahu penghujung jalan cerita mereka. Berdasarkan mimpi aku tadi tu, Shah yang dulu-form 3 tu, suka secara sembunyi dengan bff 10 tahun lebih dia tu ha.

YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionHarris Naufal.....A gay? Dia sendiri pun tak sangka yang dia tu gay. Rahsia tu satu orang je yang tahu. Tak lain tak bukan, sahabat paling rapatnya sejak kecil. Shah. Atau nama panjang sikit. Shahira Natasha. Nama secantik puan punya badan. Tapi sa...