Bab 30

27 1 3
                                    

Lunch break... (kantin sekolah)

Aku tenung nasi lemak yang baru sahaja diletakkan Ariz atas meja hadapanku.

"Tak kenyang kalau kau tenung je mende tu." Ariz yang kini melabuh punggung atas kerusi berhadapan denganku, menyindir halus.

Dia mula menyantap nasi lemak miliknya.

Aku pandang dia. Agak lama. Tangan mencapai sudu. Dan aku mula menyuapkan makanan ke dalam mulut, tanpa melepaskan tatapanku dari wajahnya walau sesaat.

Perasan dirinya ditenung tidak lepas olehku, dia mengangkat wajah dan mata kami bertembung. Kening Ariz berkerut hebat. Hairan mungkin dengan tingkahku.

"Yes, Shah?" Sambil mengunyah, dia menyoalku.

Perlu ke aku tanya? Tapi kalau dia kata dia prank je macam mana? Tidak kecewakah hatiku? Ceh. Jiwang benar kenapa kau ni Shah.

Tanya je la. Benda simple kut.

"Sebenarnya, aku dengar ayat kau malam tadi." Aku bermukadimah.

Ariz pandang wajahku lama dengan riak bingung.

"Yang kau cakap.." Perlu ke aku bagitahu? Duhhhh. Tanpa sedar, bibir aku gigit perlahan. Should I or shouldn't I?

"Be my girlfriend, Shah." Suara... Ariz?

Mataku pantas menala semula ke wajahnya. Dunia seakan terhenti.

Semalam, dia cakap benda yang sama juga. Dan kali ni pun, dia cakap benda yang sama. Tapi, bila dia ajak depan-depan macam ni... Effect dia lain macam woh kat aku!

Dia ajak aku couple depan-depan weh! Adakah aku bermimp-

"Yang tu ke?" Soalan daripada Ariz menarik aku kembali ke dunia realiti. Aku pandang tempat lain sebelum mata kembali memandang wajahnya. Cuba menenangkan diri.

Ingatkan dia ajak aku couple sekali lagi tadi. Nasib baik aku tak sempat jawab. Fuh fuh. Kalau tak..

Aku mengangguk saja sebagai jawapan. Terasa berat lidah ini ingin bertutur.

Ariz meng'oh' panjang kemudian dia kembali menunduk, menghabiskan makanan di pinggannya. Aku hanya memerhati sambil tangan menguis perlahan nasi lemak. Seleraku sudah mati.

Kecewa?

Ya. Kecewa gila. Tu je balasan dia? Tak nak tanya ke apa jawapan aku? Tak pun, kalau betul dia prank aku je.. Bagitahu la jelas-jelas. Ni tak! Apa kau ingat dengan oh kau tu, boleh jelaskan kebingungan dan kesalah fahaman yang aku dapat ke?! Sia-sia je aku teruja. Puih!

Hati mengomel marah, namun wajah maintain tidak beriak. Kang kalau aku marah betul-betul, lain jadinya ni.

Aku tersentak tatkala pingganku ditarik dari arah depan. Mata naik memandang wajah selamba Ariz.

"Kau tak nak makan kan? Bagi aku. Aku habiskan. Tak baik membazir, Shah." Belum pun aku membenarkan, dah dia santap makanan aku. Cis la Ariz ni.

Kenapa aku suka kat kau pun aku tak tahu. Dah la berperangai tak semengah macam ni. Gay pula tu. Opps! Eheheh. Maaf sahabat. Terumpat kau dalam hati.

Aku sekadar menjelingnya tajam. Mulut masih terasa berat. Lidah pun sama. Uhuhu. Kecewa benar gamaknya.

"Malam ni kita lepak. Nanti aku datang rumah kau." Ni ajakan atau satu arahan? Aku lempang satgi mamat ni. Dah kenapa tiba-tiba keluarkan aura cool plus dictator dia tu?

"Kau nak makan kaki? Tak minta pun pendapat aku. Main arah je. Kau ingat kau boss aku? Lempang kang." Aku dah buat aksi backhand depan dia. Bengang sunggoh kita. Aku paling pantang bila ada orang arah-arah aku. Dan Ariz tahu itu. Saja je mamat ni.

BestfriendWhere stories live. Discover now