Nowadays..
Aku menapak keluar dari perut lif. Meja Rachel aku tuju.
Kosong.
Eh? Mana minah ni? Aku pandang sekeliling.
Nak bertanya pun, nak tanya kat sape? Kat tingkat ni, kami tiga orang je yang ada. Aku, Rachel dan bos gila tu.
Telefon pintar aku keluarkan dari beg. Nombor Rachel aku dail laju.
Tut tut.. Tut tut..
Dan akhirnya panggilan dijawab.
"Hello? Chelly. Mana kau?" Soalku pantas. Dah la aku tengah lapar ni.
Takut pula bos tu naik balik, tarik aku minta join dia lunch sama. Eeee, seram.
"Shah. Turun." Eh eh?
"Asal suara kau garau semacam weh?" Soalku terkejut. Garau gila suara dia. Macam suara lelaki doh!
"Takkan suara aku pun kau tak kenal. Turun. Now." Ujarnya di hujung talian.
Eh? Macam suara..
"Sir?! Asal handphone Rachel ada kat kau?" Soalku bengang.
"Turun. And you will know why."
Talian dia matikan. Aku pandang skrin telefon, tidak percaya.
Erghhh! Kaki aku bawa menuju lif kembali.
💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐
Aku dekati dia yang tengah elok bersandar sebelah kereta Lotusnya.
Dia memandang ke arahku bersama senyuman sinis dibibir.
"What have you done? Kenapa telefon Rachel ada kat tempat kau?" Soalku sebaik sahaja aku berada dihadapannya.
Dia tertawa kecil. Lalu kepala dia geleng perlahan.
"Kau yakin ke nombor tu, nombor Rachel?"
Imbas kembali...
Harris Naufal POV
Nombor seseorang pantas aku dail.
"Rachel, turun pergi lunch. Now."
"Eh, why bos?"
"Just do it. And did you do what I asked you to?" Soalku.
"About the number? Yes. Already."
"Good. Sekarang you turun. Don't let Natasha see you." Ujarku memberi amaran.
"Okay, bos."
Dan panggilan ditamatkan.
Telefon pintar, aku biarkan ditangan sambil belakangku menyandar ke sisi Lex. My Lotus.
Tak lama kemudian, telefonku berbunyi.
Automatik, bibirku membentuk senyuman kecil.
Butang hijau ku heret ke tengah.
"Hello? Chelly. Mana kau?" Tak menyempat betul si Shah ni. Lapar la tu.
"Shah. Turun." Suara aku tekankan. Cuba untuk kedengaran seserius mungkin.
"Asal suara kau garau semacam weh?" Pap! Aku tepuk dahi perlahan. Lahai. Lembab gila dia ni! Tak berubah.
"Takkan suara aku pun kau tak kenal. Turun. Now." Aku mula geram. Dia boleh tak cam suara aku yang macho ni?
Shah diam di hujung talian. Cuba mengecam suaraku barangkali.
YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionHarris Naufal.....A gay? Dia sendiri pun tak sangka yang dia tu gay. Rahsia tu satu orang je yang tahu. Tak lain tak bukan, sahabat paling rapatnya sejak kecil. Shah. Atau nama panjang sikit. Shahira Natasha. Nama secantik puan punya badan. Tapi sa...