1

7.9K 163 5
                                    

Menutup Surah Yassin di hadapannya. Termenung seketika di tikar sejadah, pandangannya tidak lepas memandang sekujur tubuh yang berada di atas katil. Sudah seminggu lebih juga tubuh itu berada di dalam keadaan koma. Dan sepanjang itu juga selepas sahaja waktu pejabat Arri akan segera ke Hospital Pakar Puteri yang terletak di Bandaraya Johor Bahru. Dah masuk seminggu juga insan yang paling dia cintai itu berada di hospital ini sejak dipindahkan dari salah sebuah hospital di London. Atas permintaan Arri sendiri sebenarnya untuk dipindahkan. Lebih mudah, lagipun dia tidak boleh abaikan kerja di sini. Mandi juga di bilik air yang telah disediakan di bilik ini. Adakalanya juga dia bermalam di bilik ni. Bilik ini memang dikhaskan untuk seorang pesakit sahaja.

Arri : “Awak... Dah lama awak tidur, awak perlu bangun, saya sentiasa ada untuk awak di sini, saya setia untuk menunggu awak. Bangun lah wak.”

Air mata mengalir, seperti ia tidak akan kering. Adakalanya dia seperti seorang yang cukup lemah, mengharap bila bangun ketika subuh, Hakimi akan sedar. Tapi dah lebih seminggu Hakimi masih memejamkan mata.

Arri – (monolog)
‘Aku perlu kuat untuk semua ini. Ya Allah, KAU kuatkan lah imanku, KAU berikan lah petunjuk ke arah jalan-Mu. Ya Allah, KAU permudahkanlah hamba-Mu ini untuk menghadapi ujian. KAU ringankan lah dugaan yang KAU beri kepada teman ku. KAU berikan lah kekuatan juga kepada dia. Ya Allah, hanya kepada-Mu aku meminta pertolongan, dan hanya kepada-Mu aku merayu. Amin’

Menyelimuti tubuh Hakimi, mengucup perlahan pipinya. Merenung seketika pada balutan di kepala Hakimi, dan mengusap perlahan, mungkin juga memberi kekuatan untuk Hakimi, walaupun dia tahu Hakimi tidak sedar. Arri melangkah perlahan ke kerusi yang disediakan di situ. Malam ni terasa malas untuk pulang ke rumah. Azwan juga tiada di rumah 3 hari ni. Dia ke KL untuk tolong bapa dia handle beberapa tugasan di sana.

Mengimbau kembali kisah pertemuan dia dan juga Hakimi. Hampir 5 tahun sudah berlalu. Kenangan indah bersama Hakimi, itulah kenangan yang Arri tidak akan pernah lupa hingga akhir waktu nanti. Teringat bisikan Hakimi kepadanya.. “cinta saya untuk awak tidak akan padam, biar waktu berjalan, biar kita jauh dan tidak bersama, tapi cinta saya ini tidak akan pernah pudar, tidak akan lupa satu perkara pun tentang awak, kecuali jika Allah tarik segala ingatan saya”

Tersenyum sendirian, dan akhirnya Arri terlena dan dibuai mimpi indah bersama Hakimi, sebenarnya bukan mimpi tetapi segala kenangan bersama Hakimi.

KITA 2Where stories live. Discover now