Hakimi : “Bila masa pula aku suka warna purple?”
Hakimi melangkah masuk biliknya. Warna tu sebenarnya warna kegemaran Arri. Match dengan warna hitam, warna kegemaran Hakimi, hiasan dalaman di bilik Hakimi nampak mewah. Hitam dan purple. Arri sebelum ni dah suruh Mak Jah buang gambar-gambar dia. Hakimi memang banyak frame yang diletakkan gambar Arri. hanya satu yang tinggal. Itupun gambar dia bersama Hakimi. Selebihnya gambar dia bersama Qistina.
Arri : “Warna kegemaran Qistina, match dengan warna kegemaran kau hitam”
Hakimi : “Semua benda kau tahu? Termasuk hal dalaman?”Arri hanya tersenyum sebagai jawapan. Ya, semua benda dia tahu.
Hakimi : “Gambar ni?” Hakimi menunjukkan jarinya ke arah gambarnya bersama Arri.
Arri : “Kenapa dengan gambar ni?” Arri mencapai frame tu.
Hakimi : “Aku dengan kau, berpelukan macam ni?” mengambil frame tu dari tangan Arri.Arri kelihatan kaget. Risau jika Hakimi memikirkan sesuatu yang buruk.
Hakimi : “Aku terlalu rapat dengan kau dulu ya. Patutlah kau tahu semua benda. Tapi, dalam gambar ni menunjukkan aku terlalu happy. Kenapa ya?”
Hakimi tidak lepas memandang gambar tu.
Arri : “Cantik kan Qistina?” Sambil menunjuk frame yang mempunyai gambar Qistina sedang memeluk teddy bear.
Hakimi : “Wow... she’s gorgeous! Oh ye, dia model sambilan. Sure dia sentiasa nampak HOT. Aku pernah suka dia waktu time sekolah. Tapi, dia macam tak layan aku. tak sangka pula jodoh aku dengan dia. Dan ia tak berkekalan...” Hakimi terhenti seketika. “Kenapa semua kenangan aku dengan dia juga yang terpadam, kenapa tak kenangan aku bersama Lina?”
Arri : “Mungkin Allah mahu menguji kau. DIA beri dugaan kepada manusia yang DIA sayang”
Hakimi : “Aku orang yang macam mana Arri?”
Arri : “Kau orang yang cukup tenang. Mungkin Qistina banyak tunjuk ajar kau. Eh, aku nak solat asar, dah nak maghrib ni. Jom sekali”
Hakimi : “Aku solat ke? Yelah, apa yang aku rasa, aku ni kurang buat benda-benda tu”
Arri : “Mungkin ya, tapi sebelum aku kenal kau. Tapi bila kau rapat dengan Qistina, kau mula buat semua tu. Malah, selepas kahwin pun kau dah berubah kepada yang lebih baik. Jom, aku harap ia tak merubah diri kau yang ini”Hakimi hanya mengangguk. Dia pun rasa ia lahir dari hati yang ikhlas.

ANDA SEDANG MEMBACA
KITA 2
عاطفيةArri dan Hakimi. Hubungan yang mereka bina sudah menjangkau 5 tahun. Cinta Hakimi terhadap Arri tetap utuh dan sempurna. Cinta Arri untuk Hakimi tiada tolok bandingnya. Walaupun sudah 4 tahun lebih Hakimi mengahwini Qistina, cinta Hakimi terhadap Ar...