Arri datang ke pejabat macam biasa. Segala kerja yang di tinggalkan di letakkan di atas meja. Sambung semula untuk di uruskan. Banyak sebenarnya report yang perlu di semak.
Ada ketukan pintu...
Arri : “Masuk”
Hakimi masuk dalam bilik Arri. Arri melopong sekejap, tapi segera buat-buat tengok laptop. Nak cover gelabah.
Hakimi : “Kau dah ok ke?”
Arri pandang ke arah Hakimi. Tak paham.
Arri : “Maksud kau?”
Hakimi : “Yelah, jumaat lepas kan kau tak sihat. Kau dah ok ke?”
Arri : “Oh... dah! Alhamdulillah. Awak macam mana? Dah buat check up dengan Doktor Kamal?”
Hakimi : “Sekejap lagi. Aku minta Danny temankan aku”Ok. Memang cukup buat Arri tersentap dengan nama pukimak tu.
Arri : “Ada apa-apa lagi ke?”
Hakimi : “Nope. Just nak tanya pasal kau je...”Arri hanya teruskan menaip di laptop. Tak tahu nak cakap apa. Yang pasti, dia sendiri mahu Hakimi keluar dari bilik dia.
Hakimi : “Kau dah tahu kan aku dengan Danny dah bersama?”
Arri hanya mengangguk. Matanya masih lagi menatap screen laptop. Soalan seperti mampu membuat dia menangis bila-bila masa sahaja. Tapi dia cuba mengawal emosi.
Hakimi : “Kau bahagia ke dengan Hairudean?”
Arri : “Soalan apa tu?”
Hakimi : “Danny ada cerita kat aku yang dia ada jumpa kau dengan Hairudean kat City Square. Korang nampak happy”
Arri : “Lagi? Apa je yang dia bercerita pasal saya?”
Hakimi : “Kau tak rindu masa kita dulu...?”
Arri : “Adakah soalan itu boleh mengubah pendirian awak Hakimi?”Kali ni Hakimi pula diam. Soalan yang diajukan, dan soalan juga sebagai jawapan.
Arri : “Saya anggap yang awak sendiri dah buat keputusan untuk diri awak sendiri. Lagi satu, jangan kerana ada cerita yang mengatakan saya dengan Hairudean bersama, awak buat satu keputusan yang melulu. Padahal hakikat nya, pernah ke awak tanya diri awak? Awak ada tanya saya pulak tak? Tak Hakimi. Saya tak anggap awak salah kan takdir, atau apa yang berlaku pada diri awak tu sebagai dugaan. Cuma saya anggap awak dah pilih jalan tu untuk hidup awak. Saya tak nak cakap banyak. Sebab saya tahu yang saya tetap akan kecewa pada sesuatu yang mustahil. Saya ada banyak kerja. Kalau tak nak keluar saya boleh keluar”
Hakimi tunduk. Dia mula berdiri untuk keluar dari pejabat Arri. Dan berhenti di pintu...
Hakimi : “Kau tak kan rasa apa yang aku rasa sekarang. Kecewa. Sedih. Marah. Semua tu dalam satu emosi. Aku yakin, dulu aku terlalu cintakan orang yang bernama Aidil Arriansyah. Dan memori tu hilang. Ia tetap hilang walaupun orang tu masih ada di depan aku”
Hakimi menutup pintu. Arri hanya memandang lemah ke arah pintu. Segala memori indahnya bersama Hakimi tiba-tiba menerpa di mindanya. Dan serta-merta air matanya jatuh. Ya, dia terlalu lemah waktu ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
KITA 2
RomanceArri dan Hakimi. Hubungan yang mereka bina sudah menjangkau 5 tahun. Cinta Hakimi terhadap Arri tetap utuh dan sempurna. Cinta Arri untuk Hakimi tiada tolok bandingnya. Walaupun sudah 4 tahun lebih Hakimi mengahwini Qistina, cinta Hakimi terhadap Ar...