Seperti hari biasa, tiap-tiap pagi pada pukul 8, Arri akan datang ke rumah Hakimi dan mengambil Alyah. Dia juga biasa membekalkan Hakimi breakfast. Arri memang dah biasa memasak untuk sarapan pagi. orang pandai masak, katanya...
Hakimi : “Aikk, harini McD je ke? Tak masak?”
Arri : “Aku terlewat lah bangun. Subuh pun boleh terbabas. Sempat yang boleh je lah. Kau tu bukan reti masak. Emy (pembantu rumah baru) tu pun datang pukul 11 pagi. Sure dia masak untuk tengahari je. Jadi tak payah nak berkira sangat lah...”
Hakimi : “Thanks Arri, by the way, kau free tak petang ni?”
Arri : “Kenapa eh?”
Hakimi : “Aku ingat, aku dah bersedia untuk ziarah pusara arwah papa aku dan juga isteri aku”Arri terkesima. Matanya tidak lepas dari melihat reaksi wajah Hakimi.
Hakimi : “Kenapa kau pandang aku macam tu?”
Arri : “Tak ada lah. Cuma terkejut je. Tapi, syukurlah kau boleh terima keadaan ini. Ok lah, aku pergi kerja dulu. Pukul 5 petang kita ke kubur arwah”Hakimi hanya mengangguk sambil tersenyum. Melihat wajah itu, Arri seperti hendak memeluknya. Kasihnya terhadap Hakimi memang tiada tandingan. Terlalu lama dia memendam rasa. Namun, apabila memikirkan balik keadaan mereka, membuatkan Arri hanya tertunduk dan terima kenyataan bahawa dia dan juga Hakimi bukan lah lagi seperti dahulu.
....................
Arri berlari perlahan ke Old Town White Coffee, tempat yang telah dijanjikan untuk bertemu Uncle Syed Amir (peguam) yang telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan segala harta Dato’ Seri Khalid. Janji pukul 1.30 tengahari, tapi terlewat setengah jam kerana meetingnya di Tebrau habis lewat.
Arri : “Sorry uncle, Arri dari Tebrau tadi. Ada meeting di sana. Punya lah sesak jalan kat sana”
S. Amir : “Eh, nevermind. Uncle pun tadi agak terlewat ke mari. So, kita teruskan je lah ye dengan perbincangan kita”
Arri : “Yap...uncle dah call Hakimi?”
S. Amir : “Uncle dah datang pun jumpa dia di rumah. Dia belum bersedia lagi untuk dengar semua ni”
Arri : “Maaf lah uncle, mungkin dia masih lagi belum terima keadaan ni. Walaupun dia nampak je macam gitu, tapi dalam hati siapa tahu. Banyak dugaan yang dia terima dalam satu masa. Kehilangan papanya, arwah isterinya. Hilang memori pula tu. Banyak betul yang dia tanggung”
S. Amir : “Uncle paham. Nasib Arri ada untuk Hakimi dan Alyah. Baguslah ada seorang sahabat seperti ini. Susah nak jumpa”
Arri : “Eh, apa lah uncle ni. Hehehe. Saya Cuma bantu selagi saya mampu uncle”
S. Amir : “Tak apalah, untuk masa sekarang hold dulu perkara ni. buat seperti biasa. Uncle harap Hakimi buat keputusan dengan segera lah”
Arri : “Saya akan cuba pujuk dia”
YOU ARE READING
KITA 2
Storie d'amoreArri dan Hakimi. Hubungan yang mereka bina sudah menjangkau 5 tahun. Cinta Hakimi terhadap Arri tetap utuh dan sempurna. Cinta Arri untuk Hakimi tiada tolok bandingnya. Walaupun sudah 4 tahun lebih Hakimi mengahwini Qistina, cinta Hakimi terhadap Ar...