Arri melangkah longlai ke dalam kondo milik Azwan.
Azwan : “What the?? Hei, asal dengan muka kau Arri?”
Ryan dari jauh memerhatikan muka Arri.
Azwan : “Kau gaduh ke? Dengan siapa?”
Arri : “Hakimi”
Ryan : “What? Macam mana korang boleh gaduh?”
Arri : “Rahsia dah terbongkar”
Azwan : “Rahsia terbongkar pun, dia patut rasa berterima kasih sebab kau masih lagi bersama dengan dia. Ni sampai teruk ni. Lebam ni, kau tak lawan ke? Kuat sangat ni pukulan dia”Ryan menghulurkan air batu yang dibalut dengan kain.
Arri : “Aku tak jelaskan pun keadaan yang sebenar”
Azwan hanya diam, memandang tepat ke arah muka aku. Kemudian, dia memeluk Arri. Azwan dari dulu seorang sahabat yang amat baik. Dan kerana itu juga Arri mudah untuk meluahkan segalanya kepada sahabat dia yang seorang ni.
Azwan : “Aku tak tahu apa niat kau Arri, tapi setiap langkah kau, aku harap kau buat keputusan yang terbaik. Aku sentiasa ada sebelah kau”
Arri : “Terima kasih Wan sebab menjadi sahabat yang baik, aku hargai”Arri menepuk lembut bahu Azwan. Mungkin untuk memberitahu yang dirinya tidak apa-apa.
Arri segera ke biliknya. Membersihkan diri selepas menziarahi kubur. Kemudian, cuba untuk menenangkan mindanya. Terlalu berat rasanya untuk terima keadaan seperti ini. Dia merindukan keadaan yang dulu, di mana Hakimi sentiasa berlembut dengan dia. Tiada sedikit cela pun layanan Hakimi kepadanya. Tapi, inilah kisah cinta yang hebat. Arri sanggup lakukan apa sahaja demi kebahagiaan insan yang dia cintai iaitu Hakimi. Segala janji dia bersama Hakimi dan juga arwah Qistina perlu di kotakan.
Arri –
‘Awak tak perlu tahu niat saya, dan awak perlu tahu permainan saya. Hanya Allah Maha Tahu cinta saya untuk awak sangat hebat. Saya sanggup lakukan apa sahaja demi awak. Demi cinta saya. Cinta saya bukan main-main, dan tak kan pernah hilang’Arri hanya menahan dirinya dari terus menangis. Terlalu berat kepalanya memikirkan ini semua. Dan akhirnya dia terlena sambil tangannya memegang bingkai gambar Hakimi.

ANDA SEDANG MEMBACA
KITA 2
RomansaArri dan Hakimi. Hubungan yang mereka bina sudah menjangkau 5 tahun. Cinta Hakimi terhadap Arri tetap utuh dan sempurna. Cinta Arri untuk Hakimi tiada tolok bandingnya. Walaupun sudah 4 tahun lebih Hakimi mengahwini Qistina, cinta Hakimi terhadap Ar...