Arri berjalan dengan pantas ke bilik mesyuarat. Ada mesyuarat dengan Dato’ Hisham dan bersama dengan barisan pengurus. Hari ni dia hadir mesyuarat sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Ada sedikit gementar, yalah, tiba-tiba jadi salah seorang Pengarah kepada syarikat yang gah di Malaysia. Mahu tak bangga oii.
Arri : “Maaf terlewat”
Arri berjalan terus ke kerusi dan kemudian duduk. Tidak memandang ke arah lain kerana sibuk dengan dokumen-dokumennya.
D. Hisham : “Baguslah, tunjuk dengan orang bawah yang pengarah kepada syarikat besar boleh sesuka hati lewat masuk meeting”
Arri hanya diam. Masih lagi menatap dokumen-dokumen yang berada di hadapannya. Malas nak layan orang tua tu, kalau layan memang perang mulut lah jawabnya. Mikhail juga ketawa sinis, memerli mungkin. Dato’ Hisham kemudiannya sambung balik pembentangan dia yang terbantut sebentar tadi. Arri hanya memberi fokus pada isi mesyuarat, walaupun dia sedar dari tadi hanya ada sepasang mata yang pandang dia tidak lepas. Bukan Hairudean, mungkin Hairudean ada sekali-sekala menjeling ke arah dia. Tapi, Mikhail!
Arri sengaja mencelah...
Arri : “Dato’, berapa kali saya nak ingatkan dengan dato’ yang sepatutnya dato’ tunggu dahulu keputusan daripada Hakimi sebelum buat apa-apa langkah”
D. Hisham : “No Arri! Saya juga berhak buat keputusan sendiri memandangkan Hakimi tidak datang ke pejabat sudah berapa lama. Projek ini bernilai 10 juta. Tak kan lah nak lepas gitu sahaja?”
Arri : “Saya tidak pernah tolak...” namun kata-kata Arri di potong oleh Mikhail.
Mikhail : “Eh, kau nak buat kepala pula kat sini. Habis, kau nak tunggu bankrupt lah syarikat ni baru nak terhegeh cari projek? Kau tak boleh guna otak ke apa?”“Jaga perkataan awak Mikhail. Dalam meeting room. Dan respect your boss. Arri boss kamu”
Suara itu memeranjatkan semua orang yang berada di bilik mesyuarat itu. Semua berdiri memberi tanda hormat. Malah Dato’ Hisham segera bergalih tempat yang sememangnya bukan tempat dia. Hakimi menjeling seketika ke arah Arri. Serba kalut Arri dibuatnya. Barang yang di pegang juga jatuh berselerak.
Mikhail : “Maaf Hakimi”
Hakimi : “Tuan Hakimi, bukan sekadar Hakimi. Saya rasa mulai sekarang semua kena belajar untuk menghormati mana yang pangkat lebih tinggi. Di waktu pejabat sahaja, di luar lantak kalian. Dan mulai sekarang saya perkenalkan kalian semua Lembaga Pengarah baru yang memegang 20% saham syarikat Julung Sedia Sdn Bhd, Aidil Arriansyah. He’s no longer Marketing Manager. I thought HR dah boleh buat iklan untuk jawatan-jawatan kosong yang ada dalam syarikat ni. Ok, kita proceed dengan beberapa pertelingkahan tadi. Yes, Uncle Hisham, saya dengar uncle ada proposal tentang projek 10 juta, nampak macam gah sangat katanya”
D. Hisham : “Ya, Hakimi. Ehem. (Berdehem)”
Hakimi : “Esok saya akan bagi jawapan tapi sebelum tu saya teliti dulu kertas kerjanya. Is that simple Arri?”Satu penangan yang hebat tepat untuk Arri. Mikhail tersenyum apabila melihat Arri seperti gelabah. Suka apabila melihat musuh dalam diamnya kena bidas.
Arri : “Saya bukan apa. Cuma tunggu Tuan Hakimi jawab bagi projek ni. Saya tiada kuasa”
Hakimi hanya menggeleng. Terlalu banyak alasan rasanya Arri selalu bagi.
Hakimi : “Ok, sebelum tamatkan meeting ni, saya nak semua department dan ketuanya perlu sediakan laporan kepada saya semenjak dari sehari saya tak ada, dan sampai sekarang. Saya beri tempoh dua bulan, itu paling lewat. Tapi keep on give me the report, saya perlukannya. Paham kan dengan situasi saya. Saya harap kalian tidak mengambil kesempatan, ada niat sahaja, boleh berambus lah dari syarikat ni. Meeting adjourned. Arri...”
Arri menoleh Hakimi. Hakimi hanya pandang dia bersahaja.
Hakimi : “Saya nak jumpa awak di bilik saya. In my office, 5 minute!”
YOU ARE READING
KITA 2
RomanceArri dan Hakimi. Hubungan yang mereka bina sudah menjangkau 5 tahun. Cinta Hakimi terhadap Arri tetap utuh dan sempurna. Cinta Arri untuk Hakimi tiada tolok bandingnya. Walaupun sudah 4 tahun lebih Hakimi mengahwini Qistina, cinta Hakimi terhadap Ar...