2 minggu yang lepas...
Zaiful Hakimi Calling...
Hakimi : “Assalamualaikum awak..”
Arri : “Waalaikumussalam, ya, encik nak cari siapa?”
Hakimi : “Haha..saya nak bercakap dengan Aidil Arriansyah..dia ada?”
Arri : “Dia tengah busy lah. Encik boleh call lain kali tak?”
Hakimi : “Arri...” lembut suara tu.
Arri : “Hehe.. ya awak.”
Hakimi : “I miss U.”
Arri : “Me too.”
Hakimi : “Merana saya duduk sini, 4 bulan tu. Cukup lama ok tinggalkan awak. Dah macam orang gila saya kat sini. Bulan depan balik lah Malaysia.”
Arri : “Isshhh, awak ni.. apa kata Qistina kalau dia dengar.”
Hakimi : “Oppsss, sorry awak. By the way, Qistina kirim salam. Awak jangan lupa jenguk-jengukkan Alyah.”
Arri : “Jangan risau wak, saya tiap-tiap hari tengok dia. Mulut dia tak berhenti bercakap sekarang. Katanya dia rindu dengan papa and mama dia.”
Hakimi : “Rindu kat dia, tiap-tiap malam call mak (ibu kepada Qistina), berbual dengan Alyah, petah dah dia bercakap sekarang.”
Arri : “Tulah.. awak, saya nak kemas-kemas ni, nak balik rumah. Nanti singgah kejap kat rumah Aunty Zubaidah, jenguk kejap Alyah tu. Awak jaga diri ok kat sana.”
Hakimi : “Arri..”
Arri : “Ye saya..”Hakimi diam.. agak lama.
Arri : “Awak.. saya harap awak paham keadaan ni. Bukan saya tak nak awak contact saya selalu, tapi saya perlu didik awak sebegini. Saya tak nak Qistina rasa di duakan walaupun saya tahu dia rela tentang perasaan awak pada saya. Saya tak nak dia rasa kehilangan kasih sayang daripada suami, iaitu awak. Saya tak nak jadi penghalang yang besar dalam cinta awak dengan dia sebagai suami dan isteri, itu cara saya untuk mencintai awak. Saya ikhlas.”
Hakimi : “Saya tahu niat awak. Dan saya harap awak tak kan pernah tinggalkan saya, tu je. Cinta saya terlalu kuat untuk awak. Saya perlu ikut rentak awak. Lagipun kita dah janji untuk saling membantu kan.”Arri hanya mengukir senyuman. Walaupun Hakimi tidak nampak senyuman itu. Tapi Arri cukup bahagia mendengar ungkapan dari Hakimi. Hakimi padanya telah memberikan cinta yang cukup sempurna.
Oh ye, lupa nak bagitahu. Hakimi ke London bersama Qistina dan bapanya, Dato’ Seri Khalid atas urusan kerja di sana. Qistina pun ada urusan kerja di sana bagi mewakili syarikat ayahnya.
YOU ARE READING
KITA 2
RomanceArri dan Hakimi. Hubungan yang mereka bina sudah menjangkau 5 tahun. Cinta Hakimi terhadap Arri tetap utuh dan sempurna. Cinta Arri untuk Hakimi tiada tolok bandingnya. Walaupun sudah 4 tahun lebih Hakimi mengahwini Qistina, cinta Hakimi terhadap Ar...