28

3.3K 152 3
                                    

Doktor Kamal : “Awak ada cuba untuk mengingat kembali segala memori awak?”

Doktor Kamal sambil menulis tentang perkembangan Hakimi.

Hakimi : “Saya ada cuba, tapi still tak boleh ingat doc...”

Doktor Kamal berdiri, mengambil kerusi yang berdekatan dengan Hakimi dan duduk berhadapannya.

Hakimi : “Memang tak ada peluang ke untuk saya ingat balik semua memori saya doc?”
Doktor Kamal : “Itu saya tak boleh nak jamin. Banyak kan berdoa kepada Allah. So, saya nak tanya sikit. Awak ada rasa takut pada sesuatu?”
Hakimi : “Maksud doktor?”
Doktor Kamal : “Yalah, mungkin awak takut untuk memandu. Atau mungkin awak takut pada kelajuan? Ataupun cahaya kereta?”
Hakimi : “Ish... macam drama je tu?”
Doktor Kamal : “Saya serious ni. Haha. Sebab jika awak masih dalam trauma dengan benda-benda tu, ia akan jadi penghalang untuk awak ingat semula segala memori awak”
Hakimi : “Saya tak rasa saya takut semua tu...”
Doktor Kamal : “Then? Try to think, apa yang awak rasa yang awak takut sekarang?”

Hakimi diam seketika. Ya, dia ada jawapan untuk itu.

Hakimi : “Kehilangan... saya takut kehilangan. Bila saya sedar. Saya rasa kosong. Saya lupa rasa sakit bila saya excident, saya lupa yang saya sebenarnya pernah kemalangan bersama papa dan isteri saya. Saya tak rasa bagaimana menjadi seorang suami. Saya bangun, saya kehilangan semua orang...”

Hakimi menahan sebak. Dia tak mahu menggugurkan air matanya di hadapan orang lain. Walaupun memang selama ni dia sering menangis selepas sembahyang. Terlalu banyak dugaan yang perlu dia lalui. Perit untuk menelan.

Doktor Kamal : “Arri ada cerita kisah kamu berdua. Lagipun memang saya dah kenal awak. Awak dan dia. Dulu awak pun pernah kemalangan juga. Patah kaki. Dan saluran darah di kaki awak juga putus, awak kehilangan banyak darah. Arri yang dermakan darah untuk awak ketika itu. Sebab pada waktu tu hanya dia sahaja yang bersesuaian dengan darah awak”
Hakimi : “Betul ke ni doktor??” Hakimi terkejut dengan apa yang di dengarnya.
Doktor Kamal : “Ya, lebih kurang 4 tahun lebih perkara tu berlaku. Saya sebenarnya tak dibenarkan untuk bercerita hal peribadi kamu berdua. Walaupun saya serba serbi tahu tentang kamu berdua. Tapi, Arri boleh bantu awak”
Hakimi : “Dia tak bantu saya pun”
Doktor Kamal : “Mungkin pada awak dia tak bantu. Pada dia? Apa pun, semalam Arri ada datang jumpa saya, sebenarnya dia selalu datang untuk tahu perkembangan awak”

Hakimi terdiam. Satu demi satu dia tahu sesuatu yang luar dari jangkaan dia. Tak pernah juga dia menyangka yang Arri banyak berkorban untuk dia sampai begitu sekali. Namun, Hakimi tetap Hakimi. Ego.

Danny : “Dah siap ke?”
Hakimi : “Dah...”

Hakimi dan Danny melangkah keluar dari Hospital Pakar Puteri. Ramai orang pada saat ini.

Hakimi : “Jom kita tengok wayang nak?”
Danny : “Kerja macam mana? Tak masuk office?”
Hakimi : “Bosan lah... I nak hilangkan stress pun tak boleh ke?”
Danny : “Ok-ok. I follow je. Tapi U belanja ok?”

Hakimi tak menjawab soalan itu. Memang selama ni kalau keluar dengan Danny, satu sen pun Danny tak perlu keluarkan duit. Ada juga jenis macam ni kan? Memang ada lah...

KITA 2Where stories live. Discover now