23

3.2K 172 12
                                    

Tepat pukul 8.30 malam Hakimi sudah berada di perkarangan Apartment Bukit Saujana. Alyah di tinggalkan di rumah. Memandangkan Alyah sudah serasi bersama Mak Timah, pembantu rumahnya yang baru.

Danny : “Sorry late, I tunggu housemate I balik tadi”
Hakimi : “That’s ok. I pun baru je sampai ni”
Danny : “So, kita nak makan kat mana?”
Hakimi : “I mengidam nak makan anis sup utara kat Bazar Karat”
Danny : “Kalau macam tu, I ikut je U. Boleh jugak pusing-pusing sekali kat situ”

Sementara itu... Arri pula bersama Hairudean.

Hairudean : “Kita nak pergi mana?”
Arri : “Eh, dia ajak kita. Tanya kita pulak nak pergi mana”
Hairudean : “Bazar Karat?”
Arri : “Tak nak lah. Apa kata kita makan bubur nak kat sentosa”
Hairudean : “Haaa... ok jugak tu. Dah lama tak makan situ”

Hakimi dan Danny...

Danny : “Kita nak pergi mana pulak ni?”
Hakimi : “Kita pergi sentosa nak? Makan bubur. Mengidam pulak nak makan bubur”
Danny : “Tadi kata nak makan sup...”
Hakimi : “Jom, I bawa U try makan kat sentosa lah ok”

Sampai sahaja di Sentosa.

Danny : “Ni ke tempat nya? Asal selekeh sangat?”

Hakimi tak menjawab, malas nak melayan. Baik layan perut dia, lagi bagus.

Hakimi : “Kenapa tak makan?”
Danny : “Macam tak selesa nak makan kat gerai-gerai macam ni. macam tak bersih je”

Hakimi –
‘Eh, banyak pulak bunyi budak ni. Aku nak belanja pun kira ok apa’

Danny : “Eh, tu bukan Arri dengan Hairudean ke?”

Hakimi menoleh. Menyirap darahnya melihat Hairudean bersama Arri.

Danny : “Diorang nampak mesra. Mesti mereka berdua ada apa-apa kan. Si Arri tu bukan HOT sangat pun”

Hakimi tersentap. HOT? PLU, memang macam tu lah perangai. Sentiasa menilai orang lain. Diri sendiri lupa pula nak menilai.

Hakimi : “At least Arri tu naive”
Danny : “Are U sure? Dia tu pun nampak macam sosial je perangai”
Hakimi : “Eh, mana ada. I pernah bersama dengan dia”
Danny : “U mana ingat time U couple dengan dia. U kan hilang ingatan selama 6 tahun. Entah-entah time dia bersama dengan U, dia cari makan kat luar. Muka dia tu bukan boleh percaya, ituari I nampak dia bermesra-mesra lagi dengan Hairudean tu kat bilik dia, ish, meluat tengok...”
Hakimi : “I tak percaya lah. Dia tu naive je I tengok”
Danny : “U dengan dia dah tak bersama kan?”

Hakimi tak menjawab soalan tu. Padanya, ya, dia memerlukan Arri sentiasa bersama dia. Dia terlalu rindukan Arri jika Arri tiada di depan matanya. Dia sendiri tidak tahu perasaan tu wujud sejak bila. Yang pasti, sejak dia tak sedarkan diri dulu, dia pernah nampak wajah Arri dalam tidurnya. Wajah tu kelihatan cukup tenang. Walaupun dia tak kenal. Dan sekarang, apabila dia sudah kenal. Dia nak Arri tunduk padanya. Bukan, bukan tunduk. Tetapi, dia mahu Arri beritahu perkara yang sebenar hubungan mereka berdua. Dia mahu Arri bagitahu kedudukan hubungan mereka tu bagaimana. Tetapi, Arri tetap dengan diri Arri. Diam seribu bahasa.

Danny : “Apa yang U pikirkan tu?”
Hakimi : “Tak ada apa-apa. Jom kita balik. Panas pulak kat sini”
Danny : “Kan I dah cakap. Tak selesa makan sini. Nanti kita singgah McD drive-thru ok. I lapar lah”

Dalam hati Hakimi. Sumpahan seranah je yang mampu. Dah lah perangai si Danny ni macam sial, di tambah pula dengan pemandangan yang tak enak. Siapa lagi kalau bukan Arri dengan Hairudean. Si Hairudean tu memang sengaja nak tackle Arri. Sial, sial, sial.

....................

Hakimi : “Kau pergi mana semalam?”

Arri –
‘Dengan tak ketuk pintu, tak beri salam. Main masuk je. Mamat ni memang nak makan kaki agaknya. Terkujat aku dibuatnya’

Arri : “Pergi mana?”
Hakimi : “Konon nak buat-buat tanya. Aku nampak kau dengan Hairudean semalam makan kat sentosa”
Arri : “So? Kalau dah tahu kenapa tanya? Pelik je awak ni” Arri malas nak bertentang mata dengan Hakimi. Dia sambung menaip di laptop nya.
Hakimi : “Jadi, kau nak cabar aku lah ye?”
Arri : “Apa yang saya cabar awak? Please Hakimi, cuba jadi matang. Saya dah muak dengan perangai awak macam ni. Come on, Qistina sure tak nak awak macam ni” bentak Arri. Marah dengan sifat Hakimi yang seperti kebudak-budakan.
Hakimi : “Kau! Kau jangan sebut nama arwah isteri aku. Ya, aku tahu aku dah tak ada siapa-siapa dalam dunia ni. Aku tahu Arri. Jadi tak payah nak sibuk perli aku sebegitu. Ok, game on! Aku dengan Danny pun dah bersama”

Arri tergamam. Benda yang dia sendiri mahu Hakimi jauhkan, iaitu bersama dengan mana-mana lelaki lain.

Hakimi : “Kenapa diam?”
Arri : “Hakimi... ini ke yang awak nak?”

Arri bangun dan melangkah ke arah Hakimi. Perlahan. Hatinya cukup sebak bila dia mendengar pengakuan itu daripada Hakimi. Hakimi juga tergamam apabila melihat wajah Arri yang tiba-tiba berubah menjadi sayu. Tersentuh hatinya.

Hakimi –
‘Kalau dia tak mahu aku dengan Danny ada apa-apa hubungan kenapa dia tidak bantu aku sendiri. Arri, kau buat aku makin buntu. Tak! Ini semua permainan kau. Aku yakin’

Arri : “Jawab soalan saya Hakimi, adakah ini yang awak nak?”
Hakimi : “Ya! Ini yang aku nak!” kuat suara itu.

Arri berhenti di hadapan Hakimi. Menghadap wajah insan yang dia tulus mencintainya, bukan dengan niat untuk tidak mahu membantu, tetapi inilah jalan yang terbaik untuk Hakimi. Padanya, Hakimi perlu memikirkan syarikatnya. Semua perniagaan bapanya. Dan yang paling penting Alyah. Jika Hakimi mahu berkahwin yang lain, dia juga relakan. Tetapi bukan bersama lagi dengan seorang lelaki. Dengan Danny? No way, Arri semestinya akan tentang. Tetapi berbaloi ke? Ya, Hakimi yang dia kenal sebelum bersama nya memang egonya tinggi. Apa yang dia kurang berkenan, sure kena sedas tembakan dari mulut berapinya tu. Ingat lagi Arri dengan setiap makian yang di terima. Kalau dengan Danny, sikit punya baik, manja-manja lagi pulak tu. Arri akui, memang Danny seorang PLU yang HOT. Badan tough, konon ada v-shape! Kulit muka bersih, bersinar, menyala, putih (sure GLUTAKING punya pasal). Ok, package yang tu semua Arri kalah. Fine!

Arri : “Awak bahagia dengan pilihan awak?”

Kini giliran Hakimi pula yang diam. Dia sendiri tak pasti adakah bahagia yang akan dia kecapi. Yang pasti, bahagia itu telah pergi jauh. Setelah kehilangan arwah papanya, juga arwah isterinya, yang dia sendiri hilang memori bagaimana rasa kasih sayang isterinya. Walaupun ada Alyah, namun dirinya rasa terlalu kosong. Adakalanya dia salahkan Tuhan. Dugaan yang di beri terlalu berat. Tetapi dia cepat-cepat mengucap. Menyalahkan takdir bukan sesuatu yang baik. Dia redha. Namun, redha itu bukan bermakna dia relakan Arri buat begitu kepadanya. Padanya, Arri terlalu kejam.

Hakimi : “Apa maksud kau?”
Arri : “Saya tanya awak, sama ada awak bahagia atau tidak dengan pilihan awak tu?”
Hakimi : “Bahagia... hahaha” dia hanya gelak “bahagia! Aku bahagia Arri. Semua yang aku ada hilang. Semua. Termasuk segala kenangan indah yang aku ada. Aku lupa ingatan. Sekarang aku nak mula hidup baru”

Arri hanya tunduk. Dia dah berjanji dengan Qistina yang dia akan buat Hakimi bahagia.

Arri : “Kalau itu pilihan awak. Saya tak boleh nak kata apa. Itu yang awak pilih”

KITA 2Where stories live. Discover now