20

3.1K 139 7
                                    

Pagi lagi Hakimi dah sampai ke pejabat. Selepas breakfast dengan Eddy, dia hantar Eddy ke UTM, entah ada urusan apa di sana. Semalaman dia berborak dengan Eddy tentang kehidupan dia yang dulu, tentang zaman remaja dia yang nakal. Rindu juga zaman tu.

Hakimi : “5 orang je kan interview hari ni, so, tak lah lama sangat. Malas saya nak interview bagai ni lama-lama. Make it simple, then u pick ok”

Arri hanya buat dunno je. Kalau ikutkan hati malas nak join benda ni. Tapi akibat Hakimi yang suruh, terpaksa juga dia hadir sesi interview ni. Nak-nak, dia yang kena soal semua penemu duga.

Penemu duga 1

Arri : “So, before ni kerja government. Kenapa berhenti?”
PD1 : “Nak cari pengalaman lain”

Arri –
‘REJECT! Aku tanya sepatah dia jawab sepatah. Apa dia ingat aku ni nak tanya dia sentiasa. Dah lah aku tak pandai nak tanya benda-benda ni. Konon bagus sangat lah tu. Puiii~’

Penemu duga 2 (DONE)
Penemu duga 3 (DONE)
Penemu duga 4 (DONE)

Hakimi : “Awak kata semua berpengalaman. Ni lembik semacam je?”
Arri : “Tak boleh nak cakap apa. Ikut resume je lah. Mana saya kenal pun diorang”
Hakimi : “Siapa yang last?”
Arri : “Daniel Kifli Bin Abd Rahman”
Hakimi : “Danny? Dia dulu study mana?” Hakimi seolah-olah kenal.
Arri : “UiTM Shah Alam, Bachelor in Office Management. Kenapa?”
Hakimi : “Wow... tak sangka! Awak tahu semua perkara pasal saya?”

Arri mengangguk. Ya, baru dia perasan bila Hakimi sebut nama Danny.

Hakimi : “He’s my first date, and first sex, tua setahun tak silap dari U”

Arri menelan air liur. Pernah sekali Hakimi tunjuk gambar Danny tu. Katanya, tu lah lelaki pertama yang dia pernah tidur. Lelaki pertama juga yang dia pernah date. Setakat tu jelah dia tahu. Tak tahu kalau Hakimi pernah jatuh cinta dengan mana-mana lelaki lain selain dia, walaupun sebelum dia sendiri, arwah Faris pernah bersama dengan Hakimi, namun Hakimi kata itu hanya untuk suka-suka. Dia tak pernah sebut pasal lelaki lain yang pernah singgah di hatinya.

“Assalamualaikum”

Arri terus memberi tumpuan pada pemilik suara tu. Menilai. Ok, dah memang taste Hakimi sentiasa hebat-hebat belaka.

Hakimi : “Wa’alaikumussalam. Wow, U...dah lama kita tak jumpa”
Danny : “Hei U, OMG! I tak sangka kita boleh jumpa kat sini. Ok, I dah kena reject awal-awal ke?”
Hakimi : “Come in dear...”

Dear?? Arri melopong bila dengar perkataan tu.

Hakimi : “Arri, let me handle this ok”

Bengkek je Arri tengok gelagat diorang berdua. Last-last Arri jadi tunggul kat situ. ERGH~. Kalau tengok gaya Danny, sure dia memang jenis HOT. Memang layak lah dia jadi first date Hakimi. Nak di bandingkan dengan Arri. Errmmmm. ‘Can anyone describe untuk Arri?? I can’t!’

Hakimi : “So, nice to meet U Danny. Ada apa-apa kita akan call U ok”
Danny : “Ok. Thanks ok”

Hakimi –
‘Kau ingat kau sorang boleh buat aku jeles. Aku yakin kau pun jeles Arri. Sekarang kita tengok permainan siapa lagi best!’

Hakimi rasa puas bila lihat Arri seperti tak tentu arah melihat dia dengan Danny seperti mesra. Walaupun dah lama dia tak berhubung dengan Danny, tapi kenangan dia bersama Danny masih lagi dia ingat. Sengaja dia nak menduga Arri.

Hakimi : “Awak ok?”
Arri : “Tak!”
Hakimi : “Laaa... tak kan jeles kot tengok saya dengan Danny tu?”
Arri : “Buang masa nak jeles-jeles ni. Dah habis kan? Saya nak pergi toilet dulu. Sakit perut. Dari tadi tahan. Sorry”

Now, giliran Hakimi pula yang melopong.
....................

Sudah 2 hari Danny bekerja di Julung Sedia Sdn Bhd. Pada pandangan Arri, Danny nampak selesa bekerja di bawah Hakimi. Hari pertama kerja dah lunch sama. Memang Arri pandang kecik besar jelah dengan Hakimi tu. Yelah, dulu hari pertama dia kerja dengan Hakimi, apa je yang dia tak kena hamun? Perkataan apa je dia tak kena? Semua kena hadap. Amboi, amboi, amboiiiii... Ini tidak adil!

Sedang Arri membancuh air milo untuk dirinya, and sambil feeling sorang-sorang, ada seseorang tegurnya dari belakang. Danny.

Danny : “Aku ingatkan kau dengan Kimi, still bersama”

Arri hanya buat tak tahu. Masih membancuh milo di cawannya.

Danny : “Aku pun dengar pasal dia lupa ingatan selama 6 tahun. Oh, bukan ke kau dengan dia baru 4 tahun. So, dia lupa juga lah pasal kau. Malang betul nasib kau. Macam terus hilang dari ingatan dia. Well, aku memang sentiasa ikut perkembangan Kimi. Hottest kat kolej aku dulu, and until now, aku rasa dia paling HOT daripada mana-mana lelaki yang aku pernah jumpa and RASA...”
Arri : “Macam ni lah... apa nama kau, Daniel ya. Ok, Daniel, aku rasa kau tak perlu nak ungkit sangat pasal aku dengan Hakimi. Kau tak pernah tahu, dan kau tak akan tahu. Baguslah kau dah tahu pasal kejadian yang Hakimi terima. Until now, aku rasa dia perlu sesuatu untuk membimbing dia. Aku tak tahu niat kau, tapi I am warning you. Kalau kau buat sesuatu yang betul-betul buat aku like super duper marah kau tahu lah nasib kau macam mana”
Danny : “Setahu aku, apa yang aku dengar dari kawan-kawan aku lah yang Arri, BF kepada Hakimi, dahulunya seorang yang humble. Jadi, ini ke Arri dulu? Atau rasa tercabar? Aku amat yakin Hakimi dah lupa kau totally. Aku tak boleh nak kata apa kalau BF kau jatuh ke tangan aku pula kali ni. Perlu diingatkan, langkah aku lebih hadapan daripada kau”
Arri : “Oh yeke. Aku tak ada masa untuk berebut Hakimi. Tapi aku hanya nak dia kembali menjadi dirinya yang asal. Aku harap kau tak ganggu plan aku”
Danny : “We will see Arri. Oh ye, kau tak layak untuk dia pun sebenarnya, dari dulu lagi pun. Cermin dulu diri kau Arri”

Arri hanya biarkan Danny tersenyum mengejek ke arahnya. Dia harus bertenang. Danny hanya Danny. Dia dah lalui banyak perkara dalam hubungannya bersama Hakimi. Tak salah untuk dia cuba untuk lawan kali ni. Janji dia pada Qistina perlu ditepati.

Arri –
‘Bantu aku Qis!’

KITA 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang