14

3.2K 163 11
                                    

Arri hanya duduk sebelah Hakimi, selesai sudah sedekahkan surah Yassin kepada arwah papa Hakimi dan juga arwah Qistina. Kubur mereka hanya sebelah-sebelah sahaja.

Arri –
‘Sahabatku Qistina, Qis pergi jua. Qis tinggalkan Hakimi bersama Alyah sendiri menempuh dugaan yang berat ni. Qis, apa yang Arri boleh lakukan tanpa Qis? Adakah mampu Arri tanggung semua ni. Qis, Arri perlukan Qis sebenarnya untuk Hakimi. Hakimi tak seperti dulu. Hakimi yang Arri cintakan, langsung tak ingat Arri siapa. Arri hanya seorang yang dia tak kenali. Qis.. apa yang Arri patut buat? Qis dah janji dengan Hakimi untuk bantu dia. Kenapa Qis mesti pergi?’

Arri mengalirkan air matanya. Deras. Hakimi yang daripada tadi hanya memerhatikan Arri. Tangannya perlahan-lahan mencapai tangan Arri. Arri segera mengesat air matanya, dia sendiri hanyut dengan perasaannya sehingga terlupa yang Hakimi ada di sebelahnya.

Hakimi : “Arri, aku tak kenal kau. Siapa kau yang sanggup mengalirkan air mata untuk keluarga aku?”

Arri tak tahu nak jawab soalan tu. Dia hanya bangun lemah untuk berganjak, sebenarnya untuk melepaskan tangan Hakimi dari tangannya.

Arri : “Aku tunggu kat kereta”

Hakimi hanya melopong.

Hakimi : “Aku nak pandu kereta”
Arri : “Eh, kau dah boleh ke bawa kereta?”
Hakimi : “Bagi jelah. Lagipun yang kau bawa tu kereta aku. Suka hati aku lah!” kasar.

Arri hanya mengangguk. Tak nak bertingkah. Lagipun, kawasan perkuburan. Sedikit terkilan dengan cara Hakimi. Tidak hormat langsung dengan persekitaran.

Hakimi hanya memecut laju, keluar dari kawasan perkuburan Taman Mahmoodiah.

Arri : “Perlahan Hakimi”
Hakimi : “Kau diam!!”

Sekali lagi Arri tersentak. Kenapa dengan Hakimi? Perubahan yang mendadak.

Hakimi berhentikan keretanya di hadapan pantai lido. Danga Bay. Tempat yang biasa Arri dan juga Hakimi termenung. Melihat kapal yang berlampu apabila tengah malam. Sekarang lewat petang. Masih lagi terang. Orang sekeliling juga hanya beberapa orang. Mungkin dating dengan pasangan masing-masing. Hakimi keluar dari kereta. Arri hanya menuruti perlahan rentak Hakimi. Agak kekok dengan memakai baju melayu di kawasan gini.

Arri : “Kau ada masalah ye?”

Hakimi diam. Tangannya berpeluk tubuh, dan membuang pandang ke arah lautan. Seberang adalah Singapura.

Arri : “Hakimi, kalau kau....” belum habis cakap Hakimi sudah tingkah.
Hakimi : “Apa semua ni Arri!” kuat suara dia. Amat kasar. Sambil melempar beberapa keping gambar.

Arri melihat gambar itu berterbangan dan jatuh di kakinya. Kutip dengan perlahan. Sedikit terkejut. Gambar dia bersama Hakimi. Bukan sekadar gambar biasa. Tetapi gambar Hakimi sedang mencium dahinya di Venice. Gambar Hakimi sedang memberi bunga kepada Arri. Dan juga gambar dia berkongsi minuman dengan Hakimi. Semua itu diambil ketika bercuti ke luar negara. Sebenarnya Hakimi ada urusan kerja. Sambil juga bercuti.

Hakimi : “Aku dah jumpa dari ituari Arri. Tapi aku hanya tunggu kau untuk bersuara! Aku tunggu! Melihat kau menangis tadi membuat aku tertanya-tanya. Apa permainan kau Arri? Kenapa kau perlu mendiamkan diri. Siapa kau Arri!!!???

Hakimi sudah menjadi dirinya yang dahulu, dahulu sebelum Hakimi menjadi miliknya. Tidak pedulikan orang sekeliling. Walaupun hanya beberapa orang, tapi Arri juga berasa malu apabila suara Hakimi seperti bergema satu Danga Bay.

Hakimi : “Cakaplah!”
Arri : “Ok fine! Tapi control emosi kau. Keadaan kau masih belum ok”
Hakimi : “Kau perlu jawab sebelum aku belasah kau”

Arri terdiam. Menelan air liur. Cis, dia belum tahu siapa lagi hebat dalam pertarungan.

Arri : “Aku... aku, ok, kita sebenarnya...” Arri terberhenti.
Hakimi : “Jawab Arri!” terkejut. Hakimi betul-betul dihadapannya, sambil memegang pipinya dengan kuat. Matanya mencari gerak mata Arri.

Arri membiarkan tanpa melawan. Rasanya, dia perlu tahan perkara ini.

Arri : “Kita pernah... saling mencintai Hakimi”

Namun, habis sahaja ayat yang dikatakan oleh Arri, satu tumbukan tepat di muka Arri. Arri terduduk. Perit. Cuba untuk memegang bibirnya. Darah mengalir di bibirnya.

Hakimi : “Kau memang sial. Kau tahu? Kau tak pernah cintakan aku Arri. Tak pernah! Kalau kau cintakan aku, kau tak kan buat aku seperti ini! Kau biarkan aku mencari jawapan sendirian. Apa permainan kau Arri? Kau memang sengaja mahu aku lupakan segalanya. Ya, sekarang aku dah lupa tentang diri kau. Tapi kenapa kau tak cuba tolong aku ingatkan semula Arri”
Arri : “Kau tak paham ni Hakimi”

Belum lagi penjelasan yang diberi oleh Arri, Hakimi sudah kembali masuk ke dalam kereta. Kemudian campak wallet Arri keluar. Dan berlalu meninggalkan Arri yang masih lagi terduduk di pasir.

KITA 2Where stories live. Discover now